Thursday, April 23, 2009

TERLANJUR CINTA - ROSSA feat PASHA (UNGU)



(Rossa)

Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

(Pasha)
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
(Korus)
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….
(Rossa)
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

(Pasha)
Apa yang ku genggamTak mudah untuk aku lepaskan…

Monday, April 20, 2009

Selamat Pangantin Baru Bilal & Dayah

Ya Allah, Ya Tuhan kami
Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu
Kau limpahkanlah Rahmat jua keampunan-Mu kepada

Hafizal & Hidayah

Andai kau berkenan,
Limpahilah rasa cinta kepada mereka
sebagaimana yang Kau jadikan pengikat
rindu Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
sebagaimana yang Kau jadikan
air mata kasih sayang
Ali bin Talib dan Fatimah Az-zahra,
dan sebagaimana yang Kau jadikan
penghias keluarga Nabi Mu yang suci,
Ya Allah, Andai semua itu tidak layak bagi mereka,
Maka cukuplah permohonan kami
hanya dengan redha-Mu
jadikanlah mereka suami & isteri yang sentiasa
mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketaqwaan, serta saling menyempurnakan
dalam peribadatan.









PC ku demam teruk


Pc zai ni demam teruk da seminggu da dia demam. da tak tau da nak bg ubat ape da. Mula2 ari tu start dgn hang. pastu ayg install antivirus kaspersky. nampak mcm okey..upanye kejap jek ok. bile pc ni demam ni zai mula le ikut sama nak demam + tensen plus plus. tak bole nak wat keje. kedai pun tak berape berjalan lancar. miscommunication le hape le. baru je pakai sebulan pc ku ini. pc ku ini destop. dolu2 pakai laptop lama abg. tapi yg tu prob sebab da tua. keyboard oasak. kipas pun osak. pun ter off sndiri bile da lama2 kite pakai. ni destop osak terpakse tekeja2 kejap on laptop. kadang2 dia okey. lama gak boleh guna bile da tak ok berlari pulak masuk bilik depan on pc nadiah(adik ipar), terpaksa pinjam kejap. Ni baru je format tak tahu le ok ke tidak lg. tp mcm ok sket le tapi ada jugak ter off tu. nak kata kipas osak mcm okey je. ni mesti virus/ vulnerability. tak tahu le apo masa'aleh nye. zai ni bukan reti sgt sal pc ni. arap bantuan ayg aje. pape pun tengah pc cam gini ni, arap2 kastemer koleksideniza jgn le mare2 kalo zai lambat reply mesej ke, email ke. wlpun lambat reply insyaAllah cam mane skali pun zai akan reply, dont wori. satu je tp jgn le tepon2 nerbes le. kdg zai duk sibuk wat mende laen kadang tak perasan hp bunyi. biasa le org da berumah tangga ni kadang2 hp tak tau letak mane. ekeke. arap2 prob tak berpanjangan. cepat le baik pc ku ini.




Saturday, April 18, 2009

Air Mata

Pagi ni dapat forward email2 ni adalah salah satu email fwd dr SIM nenarik perhatian zai. So untuk selalu peringatkan zai yg memang cengeng sket ni zai paste kan kat blog nanti leh baca selalu.


PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.






10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Tangis tercela atau terpuji?Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan dapat memadamkan api NerakaAda jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.Air mata taubat Nabi Adam a.s.Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”Air mata yang tidak dituntut
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
  • Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

  1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
  2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

  1. Apabila dahinya berpeluh.
  2. Airmatanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
  1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
  2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
  3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
  4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
  6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
  7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
  4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

dikna



alhmdulillah dikna dapat matrik gambang dekat aje le nga umah umie. semalam baru cek kat tenet ni. tak sure le kalo dpt yg laen maybe tengok keadaan nak pegi tak yg ini.


AF7




Bile time malam je mengadap pc ni mata zai ni macam nak katup..tak tahu le ape yang tak kena...maybe badan ni kalo leh cakap mesti dia cakap weh rehat la woi takpun pii le tido..wakaka.ntah le tak tahu i'm still here..kedek2 duk menaip2 update blog ni. baru le pas tengoj konsert AF7, my hubby keluar borak ngan bes pren dia kat kedai mamak. Sebut sal AF nih, nak kata bes sesgt AF7 ni takde le ok2 jek. Biasa le tiap2 ta'un yg bersemangat duk tertunggu AF ni my hubby le, Mr Anas. Hehehe..mesti ramai tak caye ni. kwang2x. tetapi itu le kenyataan nye. bile dia2 mula da bersemangat tgk zai pun ikot layan skali le. Senang2 zai bahasakan my hubby tu ayang lah takpun abg..memang itu le panggilan zai kat die. tak biasa my hubby2 ni sbnrnye..terikot2 org aje nih. Tahun ni ayg suka AISHAH yang comey dan cute. Alang dia suka Aishah zai cari le student2 yg mane yg bekenan di hati sesaje nk fight nga ayg ni..idak2 last zai pilih le HAFIZ sebab dia memang nampak boleh le dikatakan berkebolehan, comey and cute le jugaks. sesaje le involve in sokong AF ni sebab ade le jugak mende yg leh duk sama2 depan tv smbil suka2 ujung minggu. itu aje. takde lebih2.

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Maleh se nak packin2 mlm2 gini

Maleh betol zai se nak packin2 tudung2 nih malam ni. tak tahu nape. berat je perasaan nih. adeh. tulun2 perut ni asik meragam2 sejak kena gastrik 2 hari lepas. Mane idak nye kena gastriknye zai makan buah "pauh ringan" ala buah mempelam yg kecik2 tu yg masem tak henggat tuu. pa idaknye sekilo sorg2. apa la laso ke klinik Idham le mintak ubat gastrik gelak je doctor kat sane. tp perut masih tak beberape nak ok lg. zai bukan bleh nampak asam2 ni lg masam lg kecur air liur ni. sanggup tunggu kedai bukak semata nak kan buah pauh tu. ni stop kejap bukan serik tp bg perut ni elok sket. ubat standby da ada. ekekekeke.


org keje opis masuk 8.30 pg balik 5.30 ptg. baru ku tahu keje wat bisnes sndirik ni kadang2 menuntut pengorbanan wlpun sbnrnye kite le yg atur sndiri ke mane dan di mane kite. org cuti sabtu ahad kdg2 kite duk mengadam pc ni masukkan stock baru. tu org duk kate2 rezeki Allah tu ada mana2. masa time raye dulu ada org yg sudi membantu. sape lg hubby kesayangan zai yg baik ati (ecece ni bodek ni). zai selalunye bile amek stock tudung dr supplier balik cek tudung dulu, mane benang2 yg terlebey tu nak kena edit2 gak. kalo xbersih ke kdg2 basuh sndirik kalo idak anta supplier balik. tp leceh le kan nak kena pegi balik. kos transport gak tu kirenye. pas da edit2 tu biasa nye zai iron kasik cantik. masuk dlm plastik. packing cantik sebelom masuk kotak. tgk le kalo byk order sape je yg ada kat umah ni jd mangsa le. ari tu adik zai, joe jd mangsa. hubby zai tu memang da paham le kalo byk sgt mesti dia turun padang gak. tp skrg ni tadop sape. hubby sibuk sgt skrg ni dgn keje dia. ni jam da dekat kui 9.30 mlm belom lg smpi umah. kesian dia penatnye keje. seb bek le skrg ni boleh le handle sorg2. ni zai letak satu pict kat bawah ni tudung mudung da siap packin nak masuk kotak.

Friday, April 3, 2009

mEEt UncLe SaLLEh

Kenape meet uncle salleh? ekeke org duk sibuk meet uncle husin yg ini sibuk nak wat group gak. detail nye leh le baca kat blog my husband nih http://anas-kacak.blogspot.com/2009/04/album-pertama-meet-uncle-salleh.html .

Mempelam Satu meter Nak try Berbuah - Episod 2

Kiosk

Ni gamba amek masa g carrefour wangsamaju. alang2 g pos opis pos tudung g cuci2 mata ilangkan poneng kepala. Memang berangan nak buka kiosk kalo dimurahkan rezeki; kalo dimurahkan rezeki lagi nak buka butik.. tu tengah survey2 mane tempat yg cun2 ke. tu nama nye angan-angan mat jenin. takpe5 mula2 angan dulu mana tahu sok2 dapat bukak butik betoi2. InsyaAllah, YaAllah kurniakanlah rezeki yang berlimpah ruah kepada kami YaAllah..amin. amin. amin. hihihihi rezeki kan ada mane2 tak kira tempat dan cara yang penting niat dan ikhlas. Pakar motivasi pun kata kalo kite berangan hendak kan sesuatu tu kalo boleh sekerap mungkin kita tengok gamba mende tu. Contohnye kalo kite ada kereta idaman kita, kita letak bawah bantal ke tiap kali belom tido kite tengok, tu akan jadi motivasi kat kite tuk dapatkan ia. alamak ape yg zai merapu memalam ni. maybe time to sleep. ngantok. zzzzzzzz.

Wednesday, April 1, 2009

Celoteh sorg2 tengah MALAM

Mata ni mcm da ngantok tapi baru je siap update blog kain pasang. sejak terlibat terbabit terjerumus dlm bisnes kain psang ni entah mcm pening2 lalat sket. takpe2 baru2 mesti le mcm tu tp zai suka. suka sebab memang suka. hehehe. thanks byk2.

tp start je sejak zai tutup kedai ari jumaat ari zai tak leh nak concentrate sgt sebab nye ada msalh famili sket yg tak dapat nak elak. mak ayah famili seme ada KL sibuk le sket almaklum le mak sndiri dtg ni zai se zai lagi takut dr mak mertua dtg. tapi takpe le di smping terkeja2 layan diorg and nak setel famili prob zai tuh sempat gak le zai setel kan order akak sorang yg bek ati dan comey tu. letih tu tak tahu nak kata ape tapi kesian kat akak sebab nye akak da masuk kan duit ari jumaat lagi. masa tu le dpt panggilan urgent suh balik kg mlm jumaat tu ada mesej kat akak, takut nak simpan duit akak lama2 ingat nak transfer balik duit akak, bile da setel semua mslh famili zai ni baru suh akak transfer balik. tp akak ni bek ati sgt suh zai simpan je. cakap percaye kat zai. zai se tak tenang sket kalo pegang duit customer lama2. nak2 yg order borong. yg byk2. isau sbb duit orang. oklah cam gitu tp tuk ilang kan sket ke tidaktenangan ati tu zai bg no tepon hubby and ummie zai kat akak. td baru setel order akak. kesian gak kat akak tunggu lama sket. biasanye 1-3 zai da setelkan order kalo borong and tempah le. tu le tetiba je aral melintang tanpa disangka time2 yg memang genting lak tu. k la da ngantok.