Wednesday, October 28, 2009

Berangkat Anta Mak ayah pegi Haji







Sayup2 aiman (adik husband yg bungsu) azan sebelum nak berangkat anta mak n ayah ke tabung haji buatkan seme org sedey terutamanya mak. Tidak lupa pesan2 an mak dan ayah sebelum ke sana. Alhamdulillah kami sempat sampai ke Tabung Haji tepat pada masa nya walaupun tepaksa melwan arus jem dr pukul 5 sampai le dekat kul9 br sampai. Cik nu (adik mak) dan sedara mara yg laen da lama tunggu kat sana. Doakan mereka selamat pegi dan selamat kembali ke malaysia. Amiin.

Monday, October 26, 2009

Sunday, October 25, 2009

AyamMasak Taucu


Eskperimen dapur zai kali ni,ayam masak taucu. dulu2 penah makan ummie penah masak ikan masak taucu jek. ni le first time. taktau ape rase.

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dipotong kecil

1 biji bawang besar - dikisar

8 ulas bawang putih - dikisar

2 inci halia - dikisar

3 sudu taucu dikisar

3 sudu minyak masak

2 sudu kicap pekat2 cawan

airgaram , gulaserbuk lada hitam

1-2 biji cili hijau - dipotong dua memanjang


Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan goreng rata ayam bersama bahan-bahan yang ditumis tadi.

3. Masukkan kicap dan air. Jerang sehingga mendidih dan ayam empuk.

4. Masukkan sedikit garam, gula dan cili hijau. Didihkan sehingga cili layu sedikit dan angkat.

Tuesday, October 20, 2009

Besedia kah aku?

Bersediakah aku? dalam kekonpiusan masih ragu2 tuk buat keputusan, walaupun realiti sebenar keadaan di hadapan masih samar2. namun berharap agar Dia tentukan yang terbaik untuk kami berdua. tapi walau apa pun yg akan berlaku dalam masa terdekat ini, diri sndiri ini masih tertanya bersediakah aku? namun diri ini tahu hidup di hadapan nnti pasti hampir pasti tidak akan sama lagi. Dan berharap agar kebahagian dan lebih kecerian disamping kami selalu dalam menempuh hidup ini yang penuh liku2.

Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tidak perlu dirunguti dan tidak perlu dikeluhkan apa yang terjadi. Setiap yang bergelar insan pasti ada cabaran dan ujian yang harus dijalani membuktikan kita hanyalah hamba yang Esa , Dia yang satu. Walau apa skalipun, jangan lah kita lupa bersyukur padaNya kerana mungkin dugaan kita tak sehebat dugaan orang laen. Mungkin juga Dia begitu sayangkan kita sehingga tidak mahu kite alpa lupa akan Dia walaupun sedetik. Bertuahnya diri.

sehati berdansa

program realiti sehati berdansa baru nk mula. salunye ujung minggu kalu tadak aktiviti yg membizikan, duduk le depan tv together with my ayang. suka jugak tgk gelagat darang. tapi kali rase lagi nk tgk sbbnye Anita ni wakil persatuan SLE semalaysia. sokong le anita yek.

Monday, October 19, 2009

weekend - letih tapi berbaloi




Ujung minggu br lepas ni, mak sedara da booking awai2. so seme open house ke, kawan2 nk dtg ke terpaksa tolak n tangguh. mak sedara ni adik bungsu ayah zai. lama sunggoh2 le dok jupe dia.masa kawen ri tu musim banjir, moksu dok berani drive. moksu ni keje dia cikgu sains sek ren. orgnye peramah, suka cakap dan salu amek berat sal sedara mara dia. moksu naik bas dgn anak bungsu dia yg kami panggil dia dik mah. xlarat nk drive kateye. naik bas dr bagan serai.

hari sabtu masak nasik ayam. ahad tu masak nasik tomato.byk le masak skaligus terus dr tengahari smpi malam. moksu ajak pi open house kat Kelang. sambil anta moksu ke rumah kwn dia kat shah alam. purpose moksu dtg sini sbb nye darang ada re union sekolah2 lama. dkt frim kepong. jd kutinggalkan le moksu kat situ. esknye ayg cakap kawan dia yg duk penang nk dtg bejalan kat umah. kelam kabut organise masa nk re locate kt mane. tp alhamdulillah seme bejalan lancar. seme dpt layanan. letih tapi berbaloi. atiku girang. toin.toin.toin. nnti nk paste gamba darang k.

Thursday, October 8, 2009

papadom papadom papa saadom



papadom... da set filem wajib tgk bile dia da tayang. sbb yang pertama memang zai and husband memang minat hasil2 karya afdlin sauki ni. sbb yang kedua filem ni menang filem festival tahun ni sblum filem ni ditayang. akhirnye 8hb oct ari tu hari pertama filem ni ditayang zai and husband pi tgk citer ni. memang beh betul citer ni. sebelum ni dak penah lg bg 5 bintang kat filem melayu tp ri ni .. ni le first filem zai bg 5 BINTANG. memang berbaloi. keluar panggung dengan senyum lebar smpi ke telinga. Terdengar org still gelak wlaupun da keluar wayang. citer dia so sweeet. Jalan citer yang mantap tadak rase bosan pun. bravo la afdlin! nnti keluarkan lg citer2 melayu yg beh mcm ni eh. sokong le filem tempatan kita. yeah!

Saturday, October 3, 2009

Dinner nga my famili nyum3x

Hujung minggu lepas2 zai balik umah my mum. tumpang my husband sbb my husband ada keje sket dekat2 area sana. zai ajak ummie(my mum), bak and my husband pegi dinner kat luar. mula2 nye plan nak pegi tanjung lumpur (sana memang glamer kalu nak makan seafood ke ikan bakar ke). rase mcm teringin nk makan rojak sotong+kangkung ada tabur kacang tu. call ajak abg ngoh skali, abg ngoh takbleh pegi kate nye amin da tido takde org jaga. abg ngoh kate mcm mane nk pegi tgk le langit mendung gelap guguk smcm le. Ermm betul jugak tu, da le tanjung lumpur tu dekat2 area2 laut, skrg kan bahaya sbb org duk sibuk gempa bumi le, tsunami le. bahaya2. so, kami beralih plan ke Restoren Seafood Mesra kat batu 11. kat sini pun boleh tahan. Sampai2 sana ramai nye org, darang da extend besakn lg restoren nye. zai cepat2 pegi bookin tempat betul2 kat pintu masuk restoren spy senang sket bak tak nyah jalan jauh2. darang cam konpius2 nk makan ape ek. zai ape le laso zai le yang pilih menu ri ni sbb zai yg nak banje. ngeh2. zai pilih ikan siakap stim halia, kailan ikan masin, tomyam campur, telur dadar dan sotong celup tepung yg perggh tu. rasenye cukup kot tu, kalu xcukup orde lagi. upanye lebih smpi sotong tpaksa tapau sbb perut da penuh.






















Thursday, October 1, 2009

alhamdulillah


regular check up smlm membuat aku senyum dan senyum. alhamdulillah syukur pdMu Ya Allah. major ubat pun suda dkurangkan sket. selang check up pun suda dipanjangkan sket. ku tidak menyesal pengorbanan ku selama ini. aku berharap agar masa2 akan mendatang ini beharap agar beterusan kesihatan aku semakin baik dan baik. amin. doakan aku selalu.