Showing posts with label tentang diri aku. Show all posts
Showing posts with label tentang diri aku. Show all posts

Tuesday, January 27, 2009

DIRI ANDA

Ari tu aku ada le jenguk2 blog akak aku sorg ni. aku suka baca blog dia. bukan ape. ntah gaya bahasa dia yg straight to the point. ikhlas dan bershaja. ada satu topik..topi ni la DIRI ANDA aku copy and paste kat blog aku and aku edit ngan gaya bahasa aku.

***5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
  • Suka tido dalam kelas...aku suka stay back smpi kul3 kadang penah kul5. bilik study bersembunyian aku tu da jadi tmpt segala-galanye bg aku. tido kat dorm kdg2 2-3 jam je. situ le semua2 nye. so dlm kelas merupakan salah satu tmpt aku melapaih rase ngantok aku. terumata kelas SEJARAH.
  • Ponteng prep. suka sgt. sbb kalo g prep asik borak je. jupe teman2 kwn2 tapi mesra. mula2 le. Sanggup woo tengah2 prep balik dorm semata-mata sbb takde mood nak stadi.,kaki ponteng sama nga aku adalah kwn aku miah.saubatul aslamiah omar. aku da lost contact nga dia. aku indu bangat sama kwn aku sorg nih.
  • Penah kena tangkap berdua-dua2 nga Jusri. Ala cikgu ape tu lupa plak aku. ada ke masa tu tgh wat discussion BIO kelas aku. satu kelas tu ada lg beberapa org yg laen. takde buat bising pun. cuma guna satu meja. tak bleh.
  • Tak akan menyahut kalo kwn lelaki masa time sekolah menengah dulu kalo tak panggil nama penuh aku. bebudak pompuan ni panggil aku zai. ada sorg je budak laki satu kelas nga aku Khadihan nama dia. dia sorg je panggil aku nama zai. degil.
  • Alamak satu lagi ke.. ooo aku suka fly. gunting pagar panjat pagar nakg outing. alamak nakal le aku. jalan kaki ikot jalan kampung. pastu cari teksi g jerteh. takmo pakai baju uniform sekolah. aku penah kuar nga miah, irah, ana..n sape lg ntah. pastu time nak spm suka keluar cari pasa malam. penah teserempak denga cikgu disiplin tapi dia buat tak nampak kite org. ekeke. maleh nak amek tindakan kot sbb time nak peksa.

***3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??

  • Biologi - ntah sebab memang aku minat. konon2 nak jadi doktor. mesti le kena minat bio. kalo tak minat bio mane leh jadi doktor. pastu cikgu yg ajar time tu baik gile. lg pon aku suka bak hafal2 mende Allah ni. satu lagi aku selalu dapat markah tinggi. wakaka.
  • Kimia - ni satu lagi subjek yang memang aku tak tahu ape kena sebab aku aku suka. Dia unik and interesting sbb tu kot aku suka.
  • Add Math - subjek yg kena kira2 and menarik. wlpon selalu aje fail n dapat markah rendah tapi aku suka. kan setiap abes satu topik ada test kan. paling tinggi aku dapat time topik statistik 76. tu le paling tinggi time ujian tak termasuk peksa spm. peksa spm lain.
***3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
  • B.I
  • Sejarah
  • Matematik Moden
***MENARIK PADA KAMU...?
tak tahu dan takmo tahu. bia org laen aje yang menilai. aku juz be myself.yang penting IKHLAS.


***KAMU PALING SUKA...?
  • Jalan2 cari makan. dulu2 masa muda amat le bertenaga jalan2 nih. skrg da tak larat
  • Makan makan and makan. makan sedap. sedap dan sedap
  • tgk movie - cd ke..wayang ke..citer besiri..dulu suka cite antu. skrg da takmo tgk citer antu sejak ada satu peristiwa yg takleh dilupakan. skrg suka citer epik ke..citer yg feeling leh wat aku nangis ke..atau pun wat aku gelak besa. kalo aku suka satu cite tu aku akan tgk berkali2.


***ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
takmo jawab. Yang Kekal adalah milik Allah. Kita ni hanya meminjam. Kita hanya mampu merancang Tuhan Menentukan Segalanya. Ya Allah tentukan lah yang baik2 untuk ku dan permudahkanlah jalan hidup ku. Jangan lah Engkau uji aku dengan bebanan yang amat berat dan yang tidak sanggup aku memikul nye. Sesungguhnya aku insan yang lemah.


***SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR APA AKU BUAT..?
Sebelom tido mesti aku mintak maap dengan hubby dulu. cuim tangan dia.
Baca Ayat Kursi dan doa tido
Pastu berangan smpi tetido

yang mane satu?




Yang mane satu ni cantik? nak beli ke idak? cantik ke idak? betol ke nak beli ni? betol ke aku nak pakai ni..? ke saje nafsu membeli ni..entah le? yang mane satu ni? toin~ toin~toin~ kwang2x zasss!

Saturday, January 17, 2009

Nape ada dua kek ni?

Tahun 2009 ni begitu spesel sambut birthday. kwang2x. 2 kek lagi tu.. hehehe. sebenarnye cite dia macam ni. Aku dengan sindirik nye terasa nak belanja diorg ( ayang, dikna and nora) makan kek sempena ari jadi aku. aku ada gtau tina...tina!tina! i nak keluar ni nak g beli kek. ari ni ari jadi i. upanya aku bgtahu tina je yang aku nak beli kek. takde niat nak suprise ke hape. aku lupa nak bgtahu ayang yang aku beli kek. macam biasa malam kul8 lebey ayang baru smpi umah. smpi2 je kata nye dia nakg amek kek. dia dah tempah kek and bunga skali tuk besday aku. lor yeke ni. zai dah beli kek da pun. kwang2x begitu la citer nye.. Esok nye pulak kiter org g cameron highland cuti2 malaysia. aku. ayang. nora(adik anas). dikna(adik aku). nanti next post aku tulih sal aku g cameron highland pulak.daa.

Thursday, January 15, 2009

TODAY MY BESDAY











Hepi besday to me. jeng2 yang ke berape... heehehe dah tua daaa.

Monday, December 29, 2008

PERTAMA kali

Pertama no.1
Pertama kali jatuh cinta....
Hikhikhik gelak dulu sblom tulih. teringat zaman cinta monyet yet ni. Pertama kali jatuh cinta time aku form 3 nak masuk form 4. Time tu kan org duk sibuk tunggu result PMR. aku duk sibuk ber cintun. Satu kg nga aku. sebaya sama umo. sekolah laen. budak sekolah teknik. Sonok nye first time rase macam dunia ni warna warni penuh nga pelangi jek. Masa tu dapat surat bertali arus..surat wangi gile lak tu. Ayat2 mak aii berbunga2 upanye dapat mamat jiwang kena le layan. Skrg nih mamat ni daa kawen daa ada anak daa pon skrg nih. Dia kawen dulu kot dr aku. Lama gak aku couple ngan dia nih. Dr time tu smpi aku masuk Forecast kat UTM. sebab jauh sgt susah nak contact..jeles se seme2 kiter clash. Mak aii masa time tu baru se betapa sakit nye putus cinta. Tu le kali pertama dan terakhir putus cinta.

Pertama No.2
Pertama kali lihat suami saya...
Pertama kali lihat ANAS MOHD SHAH ni macam aku cite kat blog sebelom ni le. tarikh tak ingat tapi kat kelas 1-9 kelas kelas Biologi Gunaan Dr Rosli Ilyas bulan JUN 2000. Beza umo setahun je. ala2 kira sebaya jugaks le. Dr benci datang le suka. dr suka datang le sayang. Sepanjang kat UTM tu pahit manis susah ke senang ke sama2 le nga dia.

Pertama No.3
Pertama kali keluar dating ngan suami saya...
First time keluar dating ngan ANAS MOHD SHAH ni kat "payung" kat skudai. tak tahu tempat tu duk ada tang tu lagi ke idak. daa ada highway besa nak masuk utm dr jalan skudai. Payung tu betoi2 kat simpang jalan Skudai nak masuk UTM. Masa tu dia nak belanja. Makan nasi ayam. Yang kelaka time tu aku ni kan minah gelabah..semua sudu garfu jatuh bawah meja. Dia tolon aku g amek yg laen. Masa tu banyak le dia punye cerita. Masa sekolah menengah punye citer le.. macam2 rase satu malam tu pun tak abes. Masa tu baru tahu dia ni org yang punya. daa ada makwe upanye. Masa tu lak aku baru clash. Dalam ati..melepaih le tapi tak ape le..kawan2 je. anggap dia abg je. abg angkat. hehehe~ lama ter angkat.

Pertama No.4
Pertama kali naik kapal terbang...Pertama kali naik flight ni time keje nga PELORUS dulu. wat Port Health Safety Management System tuk Sabah Port. Dr KLIA g Kota Kinabalu. Masa tu gak first time g sabah. Waa seronok irup udara yg jauh dr pencemaran. tak sama macam KL. time masa tu yang pelik nye kat sana waktu dia laen awai satu jam. so difficult woo mata macam tak leh terima je.pening2 lalat dia buat nye.


Pertama No.5
Pertama kali bawak kereta....
Tak henggat sangat pertama kali bawak kete ni. Tapi yang aku pasti kereta first aku bawak kereta WIRA. Anas yang ajar kot. Betoi tak ingat sangat. Bila. Tapi bila aku baru dapat lesen masa tu aku berulang alik dr Hulu Kelang ni ke PELORUS..jauh siot. yang aku paling takot jem, bukit, traffic light dan tol. Bergoyang lutut aku time kuar dr kereta. Time pegi tak ape le time tu kul6.3 tak banyak kereta lg ataih jalan tapi ala balik mak aii jem merata2. masa tu alamak..alamak..gelabah semacam je. Lama2 jadi biasa. Tapi tu le ada hikmah nye kalo takde macam tu aku se smpi skrg aku still lagi tak konpiden bawak kete dalam KL nih. di sebabkan itu jugak le aku jadi berani sket.


Pertama No.6
Pertama kali naik basikal....
Pertama kali aku naik basikal lebih kurang masa aku akhir umo 6 tahun. pantang nampak basikal abg aku free mesti aku rembat. try kayuh pelan. tak cukup pusing 360 pun mula2 nye. bila aku nengok kwn2 yg laen kayuh aku perhati betol2 diorg kayuh. lama2 dapat kayuh sepenuhnye. suka nye time tu. tarikh keramat 10.10.89 masa aku darjah satu time tu ayah aku hadiah kan aku basikal rally warna biru hadiah aku dapat naik Quran besar. tarikh keramat aku ingat sampai skrg tak leh nak dikikis dlm memori aku. mybe tuk selamanye. teringat time naik basikal baru aku tu.. nak g ngaji. pakai baju kurung warna tanah merah bunga hijau...hehe ingat lagi detik bersejarah tuh. masa tu lepas ujan. redup. sejuk. kelas mengaji batal. apalagi time tu pusing satu kampung tunjuk basikal baru. seroooonok.