Wednesday, December 31, 2008

Monday, December 29, 2008

PERTAMA kali

Pertama no.1
Pertama kali jatuh cinta....
Hikhikhik gelak dulu sblom tulih. teringat zaman cinta monyet yet ni. Pertama kali jatuh cinta time aku form 3 nak masuk form 4. Time tu kan org duk sibuk tunggu result PMR. aku duk sibuk ber cintun. Satu kg nga aku. sebaya sama umo. sekolah laen. budak sekolah teknik. Sonok nye first time rase macam dunia ni warna warni penuh nga pelangi jek. Masa tu dapat surat bertali arus..surat wangi gile lak tu. Ayat2 mak aii berbunga2 upanye dapat mamat jiwang kena le layan. Skrg nih mamat ni daa kawen daa ada anak daa pon skrg nih. Dia kawen dulu kot dr aku. Lama gak aku couple ngan dia nih. Dr time tu smpi aku masuk Forecast kat UTM. sebab jauh sgt susah nak contact..jeles se seme2 kiter clash. Mak aii masa time tu baru se betapa sakit nye putus cinta. Tu le kali pertama dan terakhir putus cinta.

Pertama No.2
Pertama kali lihat suami saya...
Pertama kali lihat ANAS MOHD SHAH ni macam aku cite kat blog sebelom ni le. tarikh tak ingat tapi kat kelas 1-9 kelas kelas Biologi Gunaan Dr Rosli Ilyas bulan JUN 2000. Beza umo setahun je. ala2 kira sebaya jugaks le. Dr benci datang le suka. dr suka datang le sayang. Sepanjang kat UTM tu pahit manis susah ke senang ke sama2 le nga dia.

Pertama No.3
Pertama kali keluar dating ngan suami saya...
First time keluar dating ngan ANAS MOHD SHAH ni kat "payung" kat skudai. tak tahu tempat tu duk ada tang tu lagi ke idak. daa ada highway besa nak masuk utm dr jalan skudai. Payung tu betoi2 kat simpang jalan Skudai nak masuk UTM. Masa tu dia nak belanja. Makan nasi ayam. Yang kelaka time tu aku ni kan minah gelabah..semua sudu garfu jatuh bawah meja. Dia tolon aku g amek yg laen. Masa tu banyak le dia punye cerita. Masa sekolah menengah punye citer le.. macam2 rase satu malam tu pun tak abes. Masa tu baru tahu dia ni org yang punya. daa ada makwe upanye. Masa tu lak aku baru clash. Dalam ati..melepaih le tapi tak ape le..kawan2 je. anggap dia abg je. abg angkat. hehehe~ lama ter angkat.

Pertama No.4
Pertama kali naik kapal terbang...Pertama kali naik flight ni time keje nga PELORUS dulu. wat Port Health Safety Management System tuk Sabah Port. Dr KLIA g Kota Kinabalu. Masa tu gak first time g sabah. Waa seronok irup udara yg jauh dr pencemaran. tak sama macam KL. time masa tu yang pelik nye kat sana waktu dia laen awai satu jam. so difficult woo mata macam tak leh terima je.pening2 lalat dia buat nye.


Pertama No.5
Pertama kali bawak kereta....
Tak henggat sangat pertama kali bawak kete ni. Tapi yang aku pasti kereta first aku bawak kereta WIRA. Anas yang ajar kot. Betoi tak ingat sangat. Bila. Tapi bila aku baru dapat lesen masa tu aku berulang alik dr Hulu Kelang ni ke PELORUS..jauh siot. yang aku paling takot jem, bukit, traffic light dan tol. Bergoyang lutut aku time kuar dr kereta. Time pegi tak ape le time tu kul6.3 tak banyak kereta lg ataih jalan tapi ala balik mak aii jem merata2. masa tu alamak..alamak..gelabah semacam je. Lama2 jadi biasa. Tapi tu le ada hikmah nye kalo takde macam tu aku se smpi skrg aku still lagi tak konpiden bawak kete dalam KL nih. di sebabkan itu jugak le aku jadi berani sket.


Pertama No.6
Pertama kali naik basikal....
Pertama kali aku naik basikal lebih kurang masa aku akhir umo 6 tahun. pantang nampak basikal abg aku free mesti aku rembat. try kayuh pelan. tak cukup pusing 360 pun mula2 nye. bila aku nengok kwn2 yg laen kayuh aku perhati betol2 diorg kayuh. lama2 dapat kayuh sepenuhnye. suka nye time tu. tarikh keramat 10.10.89 masa aku darjah satu time tu ayah aku hadiah kan aku basikal rally warna biru hadiah aku dapat naik Quran besar. tarikh keramat aku ingat sampai skrg tak leh nak dikikis dlm memori aku. mybe tuk selamanye. teringat time naik basikal baru aku tu.. nak g ngaji. pakai baju kurung warna tanah merah bunga hijau...hehe ingat lagi detik bersejarah tuh. masa tu lepas ujan. redup. sejuk. kelas mengaji batal. apalagi time tu pusing satu kampung tunjuk basikal baru. seroooonok.

Sunday, December 28, 2008

AHLAN WA SAHLAN 1430H


DOA AWAL TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 23, 2008

UNTUK BACAAN DAN AMALAN

Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak Dan Menyembuhkan Penyakit.


Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.PERASAAN BENCIPerkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.


PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.



Maksud firman Allah:Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Monday, December 22, 2008

Long knitted Cardi

Order LoNg Knitted Cardi warna sweet pink dr classywardrobe. Katanya esok sampi... wink**~wink**~ tak sabo ni . Thanks Daini.. kalo ada bekenan kite beli lagi.. Ala gambar nye daini dah tak letak dlm blog.. ingat nak amek paste kat sini. Tak ape lah. Nanti daaa smpi leh possing. toin~ poin~

YEA2~ DAPAT GELANG KRISTAL

tEringin nAk pAkAi gelang kristal.. yang dulu putus. pastu 2nd pun putus. tu le teringin macam mengidam pulak. At last, ari sabtu posmen pin pin depan umah. Haa register pos daa sampai.. cepatnya. Yea~ daa sampai.. alahai comey nye warna pepel. so sweeeeet. Nak pakai tangan kanan ke tangan kiri.. tu le asik tuka2 tak tahu lg mane. Nak kecik kan sket..besa..tapi syg nak ubah tengok le dulu cam mane. Thanks kak. Sayang akak! Muah2!

Dinner di Yankiest Hut

Dah lama nak makan kat Yankiest Hut nie. alang2 dah g mines amek cermin mata baru.. dah dekat tu ngan bangi.so apa la laso.. makan kat sana. dinner anniversary.pegi ngan joe skali. Yum2 makan siakap masak stim ala thai, telur bistik, kailan ikan masin, sup cendawan, sotong celup tepung. Makan jgn tak makan. Aku kalo bak makan tak leh tolak. mesti makan sampi rase tak larat nak jalan. tak baek kan..tapi tu le rezeki tak leh nak tolak. Membazir pulak amalan syaiton..makan smpi licin le. Aku le yang menhabis siakap sampi ke titisan isi yang ter akhir. sedap manis nye isi siakap ni..rugi kalo tak abes. Tiap2 tahun kalo ada pape tarikh yg istimewa macam tu le kiter org, makan makan makan! 1st Ann kat Madan Kwan, KLCC. 2nd kat AYAMAs Megamall sbb masa tu kat Kuantan tak tahu nak g makan mane. 3rd Yankiest Hut jadi mangsa. Ingat nak makan STEAMBOAT. Sedap woo kat sini. siap dia bawak dapur masak kat ataih meja kita tuh. Tapi hasrat tak kesampaian sebab katanya tukang masak dah lari. BBB (bandar baru baru bangi) dah banyak berubah. Dah laen macam. Banyak restoren gempak2.. ada village view le..macam2 le..tak reti nak sebut byk sgt. Kalo dulu Yankies ni penuh..skrg ni dah lengang takde org. Tempat makan ada macam2 kiter boleh pilih..nak western..nak ala2 ataih pondok..nak ala2 jepun..seme ada..pilih je. Tapi kalo tempat yang beh2 tu kite le tempah awai2 kalo tak sengeh je le. Time kiter org pegi ni kiterorg pilih ala2 jepun sbb konon2 nye nak makan steamboat yg ada dapur kat tengah2 tu kan. tapi tule siakap pun siakap la janji santap!

Wednesday, December 17, 2008

3rd anniversary

18th December 2008..3rd anniversary. Sayang sgt sgt kat ANAS MOHD SHAH. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi kebahagian dan keberkatan. Semoga dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah dan dipanjangkan umur. Jadikanlah kami sentiasa perihatin pada kaum keluarga kami. Kurniakanlah kami zuriat yang Soleh dan Solehah. Semoga hubungan kami kekal selama-lamanya dirahmati Dunia dan Akhirat. Amin YA RABBAL ALAMIN.

Friday, December 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILA DHA


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUAAAAA. YAHOOOOOO SERONOK NYEEE NAK BALIK KAMPUNG. BALIK MAIN BANJIR. DOAKAN AKU SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK.

Sedey~Sedey~

Ada cerita sedey..kalo ikotkan nak tulih yang hepi2 je tapi tu le..nak tulih jugak.nak tulih jugaks. air mata ni tengah meleleh mengalir dengan snirik.tak leh nak sekat2 dah. sedey! keputusan biopsi aku dah keluar. baru je jupe doc. mula2 doc dengan ceria meria mengusik2 aku. tanya itu la tanya ini la. bile result biopsi dihanta nurse ada depan mata semua jadi serius.mendung je. sangkaan Dr.W aku takde masalah kidney meleset. aku pun intai2 result tu bila aku tengok tetiba jek doc ni mendung je. uhh~ tahap 3. tahap agresif~

Ubat kena tambah. Kata doc prednisolone kalo tambah smpi 12biji pun tak leh kawal ke agresif an sle aku skrg ni yg tengah agresif serang buah pinggang aku. sedeynye~ Hati aku asik kata Ya Allah aku mesti kuat..aku mesti kuat. i hav to be strong..very strong..please. tapi tak bleh nak pretend pretend lagi, air mata aku kuar jugak meleleh. aku ni cepat kesat tanak bg doc perasan.
Dalam keadaan skrg aku tak dibenarkan pregnen. Makanan kolestrol tak bleh..telur maksimun 2 biji je seminggu..garam kena kurangkan. kurangkan makanan berprotein..macam ikan tak bleh nak makan sekaligus sekor.ayam kfc jangan le makan smpi 3 ketul skaligus. 1 ketul boleh. makanan berminyak kena kurangkan.

Mak aku memang kuat naluri dia. dia dah siap2 nangis dah kat sana. aku tepon dia kata dia dah dapat agak dah berita tak baik. dia yg nangis tersedu2. aku yg kena tenangkan dia. dia cakap kalo aku dah sakit nanti sape nak jaga dia kalo dia sakit. sedey~sedey~

Sebelom ni 11biji semua skli ubat kena makan sehari. skrg 16 biji..mak aii banyak tu aku telan ubat spital ni.bia betik. (sbnrnye aku tak penah kira pun sebelom ni). Ape2 pun aku mesti kuat. semangat aku mesti kuat tuk teruskan semua ni kerana masih ada org sayang kan aku. Masih ada org yg terlalu sayang kan aku. Kalo takde mereka keliling aku aku ni aku tak rase aku boleh berdiri sekuat ni. YaAllah Engkau kuatkan lah kesabaran aku, ketabahan hati aku menempuh ujian dr Mu yaAllah. Amin. Amin.

BOLA NO.7

malam semalam lepah gian main bowling. waaaa srnok nye dah lama tak main. tetiba jek abg ajak main bowling. tensen byk keje katanya. aku ikot aje.

Pegi 3 org je.. aku, abg(hubby aku) and joe (adik aku). Ajak Fauzi bespren abg tapi dia kena keje pulak. Main 3 org aje lah. Frame pertama langsung tak bersemangat~kalah teruk~~toin~toin~ bola no.7. takde! dah puas round2 tak jupe pun bola no.7 yang available. time frame yg kedua baru jupe bola no.7. yea~akhirnya at last dapat jugaks kalahkan abg and joe.

Monday, December 1, 2008

Siti kerana kau Siti


Ada sorang kawan rapat aku sorg ni nozie, fanatik gile Siti Nurhaliza. Org satu negeri ngan Siti ni. Memang suka gile le siti. Tak boleh sikit pun org kutuk siti ni mesti dier marah giler. Dia selalu kata muka nya macam siti. Aku ni nak kata tak suka tu tidak le..suka juga lagu2 dia yg best2 tu. Aku jenis pilih lagu bukan pilih artis. Tak kesah le sape artis nye asalkan lagu sedap halwa telinga aku menengar nye. Kawan aku si cik Fiza ni memang suka sangat menyakat si nozie..siti itu la siti ini le..bukan ape saje dia nak menyakitkan ati si nozie ni. Masa time Jusco Taman U baru bukak heboh siti nak datang. aku n si fiza ni ape la laso jom la tengok siti. si nozie ni tak nak pegi tak ingat aku ape alasan nye tanak pegi. tapi dia tak pegi. aku ngan fiza ni bersemangat nak salam siti nak bg nozie jeles. Jahat. Niat tak elok ni tau bukan sebab minat ke ape ke sbb nak bg jeles org pulaks. Naik moto fiza. waaa best nye dapat tengok siti face to face. Siti pakai baju warna merah macam ala2 kemeja gitu dan seluar putih. Org lelaki jadi gile tengok dia bergedik2.

Mak aii ada sorg mamat ni tak sedar diri siap tolak2 aku. Gile ke hape mamat ni. Aku pun ngan fiza berpakat nak tunggu siti pas dia perform sbb nak salam. sanggup berhujan. tak sangka pulak jadi gitu. Alih2 tak dapat jugak sbb bodyguard siti ngan abg siti control dia giler2. Ala balik la aku ngan fiza. hujan lebat giler sanggup kiter org redah. Motor fiza spark plug masuk air. Alamak tolak motor la pulak. bukit la pulak tu nak balik umah sewa Sri Pulai. bukit pun bukit la ujan pun ujan la. Tolak jangan tak tolak. Nozie kerana kau nozie. Siti kerana kau Siti. Ampun Nozie.

Aku, kelas 1-9 & mamat tu

Terasa betol2 bersemangat nak pegi fakulti kimia (FKKKSA - UTM). ari ni ari pertama nak masuk kelas selepas seminggu ke 2 minggu(tak henggat sgt) bercuti dan selepas mengharung pahit getir alam forecast 6 bulan. Pas SPM aku masuk program forecast colabration UTM-MARA. Masa time org bercuti tunggu result 6 bulan tu aku tak cuti aku tengah berperang masuk program tu le. Berkat sabo akhirnya aku diterima masuk tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Jimat satu tahun. Aku, nozie, nona, noni, wani, fiza, nurul, syikin kiter org pompuan 8 org dan seorg lg lelaki Zaki. Kiter org ni ke mane2 pun mesti bekepit..very2 close. amek kelas pun sama. semua sama2. seme together2.

Teringat masa kat kelas 1-9 masa ni la besejarah giler aku ternampak sorang mamat ni. tengah tunggu lecturer masuk. masa tu kelas biologi gunaan kelas Dr.Rosli Alias. Hp dia berbunyi dia berlari keluar kelas sambil dengan bergaya bangga dia membuka handphone dia. Time tu tak ramai lagi student yang pakai handphone ni. Alamak menyampah nye aku nengok mamat. Mengada-ngada. Pakai baju jersy warna merah seluar ala2 kelabu hijau gitu. Aku n nozie siap kutuk2 mamat ni. Memang tak suka betol le. Dr. Rosli masuk.tak de belaja2 lagi pun sesi suai kenal. Dr Rosli pun nampak mamat ni jugak eh awak bukan ke anak En. Mohd Shah Lecturer Matematik Fakulti Sains. Mamat tu jawab ya ya. Haaa kantoi..patut pun berlagak gile mamat tu upanya anak lecturer. sumpah memang aku tak suka la mamat ni. action betol.

Tu le org kata jangan terlalu tak suka seseorg. Benci benci lama2 jadi sayang. kan dah jadi hubby aku mamat tu. tengah bilang ari lagi 17 hari genap le 3 tahun aku kawen ngan mamat tu. Adeh! Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Jodoh tu kan di tangan Tuhan.