Wednesday, December 31, 2008

Monday, December 29, 2008

PERTAMA kali

Pertama no.1
Pertama kali jatuh cinta....
Hikhikhik gelak dulu sblom tulih. teringat zaman cinta monyet yet ni. Pertama kali jatuh cinta time aku form 3 nak masuk form 4. Time tu kan org duk sibuk tunggu result PMR. aku duk sibuk ber cintun. Satu kg nga aku. sebaya sama umo. sekolah laen. budak sekolah teknik. Sonok nye first time rase macam dunia ni warna warni penuh nga pelangi jek. Masa tu dapat surat bertali arus..surat wangi gile lak tu. Ayat2 mak aii berbunga2 upanye dapat mamat jiwang kena le layan. Skrg nih mamat ni daa kawen daa ada anak daa pon skrg nih. Dia kawen dulu kot dr aku. Lama gak aku couple ngan dia nih. Dr time tu smpi aku masuk Forecast kat UTM. sebab jauh sgt susah nak contact..jeles se seme2 kiter clash. Mak aii masa time tu baru se betapa sakit nye putus cinta. Tu le kali pertama dan terakhir putus cinta.

Pertama No.2
Pertama kali lihat suami saya...
Pertama kali lihat ANAS MOHD SHAH ni macam aku cite kat blog sebelom ni le. tarikh tak ingat tapi kat kelas 1-9 kelas kelas Biologi Gunaan Dr Rosli Ilyas bulan JUN 2000. Beza umo setahun je. ala2 kira sebaya jugaks le. Dr benci datang le suka. dr suka datang le sayang. Sepanjang kat UTM tu pahit manis susah ke senang ke sama2 le nga dia.

Pertama No.3
Pertama kali keluar dating ngan suami saya...
First time keluar dating ngan ANAS MOHD SHAH ni kat "payung" kat skudai. tak tahu tempat tu duk ada tang tu lagi ke idak. daa ada highway besa nak masuk utm dr jalan skudai. Payung tu betoi2 kat simpang jalan Skudai nak masuk UTM. Masa tu dia nak belanja. Makan nasi ayam. Yang kelaka time tu aku ni kan minah gelabah..semua sudu garfu jatuh bawah meja. Dia tolon aku g amek yg laen. Masa tu banyak le dia punye cerita. Masa sekolah menengah punye citer le.. macam2 rase satu malam tu pun tak abes. Masa tu baru tahu dia ni org yang punya. daa ada makwe upanye. Masa tu lak aku baru clash. Dalam ati..melepaih le tapi tak ape le..kawan2 je. anggap dia abg je. abg angkat. hehehe~ lama ter angkat.

Pertama No.4
Pertama kali naik kapal terbang...Pertama kali naik flight ni time keje nga PELORUS dulu. wat Port Health Safety Management System tuk Sabah Port. Dr KLIA g Kota Kinabalu. Masa tu gak first time g sabah. Waa seronok irup udara yg jauh dr pencemaran. tak sama macam KL. time masa tu yang pelik nye kat sana waktu dia laen awai satu jam. so difficult woo mata macam tak leh terima je.pening2 lalat dia buat nye.


Pertama No.5
Pertama kali bawak kereta....
Tak henggat sangat pertama kali bawak kete ni. Tapi yang aku pasti kereta first aku bawak kereta WIRA. Anas yang ajar kot. Betoi tak ingat sangat. Bila. Tapi bila aku baru dapat lesen masa tu aku berulang alik dr Hulu Kelang ni ke PELORUS..jauh siot. yang aku paling takot jem, bukit, traffic light dan tol. Bergoyang lutut aku time kuar dr kereta. Time pegi tak ape le time tu kul6.3 tak banyak kereta lg ataih jalan tapi ala balik mak aii jem merata2. masa tu alamak..alamak..gelabah semacam je. Lama2 jadi biasa. Tapi tu le ada hikmah nye kalo takde macam tu aku se smpi skrg aku still lagi tak konpiden bawak kete dalam KL nih. di sebabkan itu jugak le aku jadi berani sket.


Pertama No.6
Pertama kali naik basikal....
Pertama kali aku naik basikal lebih kurang masa aku akhir umo 6 tahun. pantang nampak basikal abg aku free mesti aku rembat. try kayuh pelan. tak cukup pusing 360 pun mula2 nye. bila aku nengok kwn2 yg laen kayuh aku perhati betol2 diorg kayuh. lama2 dapat kayuh sepenuhnye. suka nye time tu. tarikh keramat 10.10.89 masa aku darjah satu time tu ayah aku hadiah kan aku basikal rally warna biru hadiah aku dapat naik Quran besar. tarikh keramat aku ingat sampai skrg tak leh nak dikikis dlm memori aku. mybe tuk selamanye. teringat time naik basikal baru aku tu.. nak g ngaji. pakai baju kurung warna tanah merah bunga hijau...hehe ingat lagi detik bersejarah tuh. masa tu lepas ujan. redup. sejuk. kelas mengaji batal. apalagi time tu pusing satu kampung tunjuk basikal baru. seroooonok.

Sunday, December 28, 2008

AHLAN WA SAHLAN 1430H


DOA AWAL TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

DOA AKHIR TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 23, 2008

UNTUK BACAAN DAN AMALAN

Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak Dan Menyembuhkan Penyakit.


Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.PERASAAN BENCIPerkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.


PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.



Maksud firman Allah:Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

Monday, December 22, 2008

Long knitted Cardi

Order LoNg Knitted Cardi warna sweet pink dr classywardrobe. Katanya esok sampi... wink**~wink**~ tak sabo ni . Thanks Daini.. kalo ada bekenan kite beli lagi.. Ala gambar nye daini dah tak letak dlm blog.. ingat nak amek paste kat sini. Tak ape lah. Nanti daaa smpi leh possing. toin~ poin~

YEA2~ DAPAT GELANG KRISTAL

tEringin nAk pAkAi gelang kristal.. yang dulu putus. pastu 2nd pun putus. tu le teringin macam mengidam pulak. At last, ari sabtu posmen pin pin depan umah. Haa register pos daa sampai.. cepatnya. Yea~ daa sampai.. alahai comey nye warna pepel. so sweeeeet. Nak pakai tangan kanan ke tangan kiri.. tu le asik tuka2 tak tahu lg mane. Nak kecik kan sket..besa..tapi syg nak ubah tengok le dulu cam mane. Thanks kak. Sayang akak! Muah2!

Dinner di Yankiest Hut

Dah lama nak makan kat Yankiest Hut nie. alang2 dah g mines amek cermin mata baru.. dah dekat tu ngan bangi.so apa la laso.. makan kat sana. dinner anniversary.pegi ngan joe skali. Yum2 makan siakap masak stim ala thai, telur bistik, kailan ikan masin, sup cendawan, sotong celup tepung. Makan jgn tak makan. Aku kalo bak makan tak leh tolak. mesti makan sampi rase tak larat nak jalan. tak baek kan..tapi tu le rezeki tak leh nak tolak. Membazir pulak amalan syaiton..makan smpi licin le. Aku le yang menhabis siakap sampi ke titisan isi yang ter akhir. sedap manis nye isi siakap ni..rugi kalo tak abes. Tiap2 tahun kalo ada pape tarikh yg istimewa macam tu le kiter org, makan makan makan! 1st Ann kat Madan Kwan, KLCC. 2nd kat AYAMAs Megamall sbb masa tu kat Kuantan tak tahu nak g makan mane. 3rd Yankiest Hut jadi mangsa. Ingat nak makan STEAMBOAT. Sedap woo kat sini. siap dia bawak dapur masak kat ataih meja kita tuh. Tapi hasrat tak kesampaian sebab katanya tukang masak dah lari. BBB (bandar baru baru bangi) dah banyak berubah. Dah laen macam. Banyak restoren gempak2.. ada village view le..macam2 le..tak reti nak sebut byk sgt. Kalo dulu Yankies ni penuh..skrg ni dah lengang takde org. Tempat makan ada macam2 kiter boleh pilih..nak western..nak ala2 ataih pondok..nak ala2 jepun..seme ada..pilih je. Tapi kalo tempat yang beh2 tu kite le tempah awai2 kalo tak sengeh je le. Time kiter org pegi ni kiterorg pilih ala2 jepun sbb konon2 nye nak makan steamboat yg ada dapur kat tengah2 tu kan. tapi tule siakap pun siakap la janji santap!

Wednesday, December 17, 2008

3rd anniversary

18th December 2008..3rd anniversary. Sayang sgt sgt kat ANAS MOHD SHAH. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi kebahagian dan keberkatan. Semoga dilimpahi rezeki yang berlimpah ruah dan dipanjangkan umur. Jadikanlah kami sentiasa perihatin pada kaum keluarga kami. Kurniakanlah kami zuriat yang Soleh dan Solehah. Semoga hubungan kami kekal selama-lamanya dirahmati Dunia dan Akhirat. Amin YA RABBAL ALAMIN.

Friday, December 5, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILA DHA


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUAAAAA. YAHOOOOOO SERONOK NYEEE NAK BALIK KAMPUNG. BALIK MAIN BANJIR. DOAKAN AKU SELAMAT DALAM PERJALANAN PERGI DAN BALIK.

Sedey~Sedey~

Ada cerita sedey..kalo ikotkan nak tulih yang hepi2 je tapi tu le..nak tulih jugak.nak tulih jugaks. air mata ni tengah meleleh mengalir dengan snirik.tak leh nak sekat2 dah. sedey! keputusan biopsi aku dah keluar. baru je jupe doc. mula2 doc dengan ceria meria mengusik2 aku. tanya itu la tanya ini la. bile result biopsi dihanta nurse ada depan mata semua jadi serius.mendung je. sangkaan Dr.W aku takde masalah kidney meleset. aku pun intai2 result tu bila aku tengok tetiba jek doc ni mendung je. uhh~ tahap 3. tahap agresif~

Ubat kena tambah. Kata doc prednisolone kalo tambah smpi 12biji pun tak leh kawal ke agresif an sle aku skrg ni yg tengah agresif serang buah pinggang aku. sedeynye~ Hati aku asik kata Ya Allah aku mesti kuat..aku mesti kuat. i hav to be strong..very strong..please. tapi tak bleh nak pretend pretend lagi, air mata aku kuar jugak meleleh. aku ni cepat kesat tanak bg doc perasan.
Dalam keadaan skrg aku tak dibenarkan pregnen. Makanan kolestrol tak bleh..telur maksimun 2 biji je seminggu..garam kena kurangkan. kurangkan makanan berprotein..macam ikan tak bleh nak makan sekaligus sekor.ayam kfc jangan le makan smpi 3 ketul skaligus. 1 ketul boleh. makanan berminyak kena kurangkan.

Mak aku memang kuat naluri dia. dia dah siap2 nangis dah kat sana. aku tepon dia kata dia dah dapat agak dah berita tak baik. dia yg nangis tersedu2. aku yg kena tenangkan dia. dia cakap kalo aku dah sakit nanti sape nak jaga dia kalo dia sakit. sedey~sedey~

Sebelom ni 11biji semua skli ubat kena makan sehari. skrg 16 biji..mak aii banyak tu aku telan ubat spital ni.bia betik. (sbnrnye aku tak penah kira pun sebelom ni). Ape2 pun aku mesti kuat. semangat aku mesti kuat tuk teruskan semua ni kerana masih ada org sayang kan aku. Masih ada org yg terlalu sayang kan aku. Kalo takde mereka keliling aku aku ni aku tak rase aku boleh berdiri sekuat ni. YaAllah Engkau kuatkan lah kesabaran aku, ketabahan hati aku menempuh ujian dr Mu yaAllah. Amin. Amin.

BOLA NO.7

malam semalam lepah gian main bowling. waaaa srnok nye dah lama tak main. tetiba jek abg ajak main bowling. tensen byk keje katanya. aku ikot aje.

Pegi 3 org je.. aku, abg(hubby aku) and joe (adik aku). Ajak Fauzi bespren abg tapi dia kena keje pulak. Main 3 org aje lah. Frame pertama langsung tak bersemangat~kalah teruk~~toin~toin~ bola no.7. takde! dah puas round2 tak jupe pun bola no.7 yang available. time frame yg kedua baru jupe bola no.7. yea~akhirnya at last dapat jugaks kalahkan abg and joe.

Monday, December 1, 2008

Siti kerana kau Siti


Ada sorang kawan rapat aku sorg ni nozie, fanatik gile Siti Nurhaliza. Org satu negeri ngan Siti ni. Memang suka gile le siti. Tak boleh sikit pun org kutuk siti ni mesti dier marah giler. Dia selalu kata muka nya macam siti. Aku ni nak kata tak suka tu tidak le..suka juga lagu2 dia yg best2 tu. Aku jenis pilih lagu bukan pilih artis. Tak kesah le sape artis nye asalkan lagu sedap halwa telinga aku menengar nye. Kawan aku si cik Fiza ni memang suka sangat menyakat si nozie..siti itu la siti ini le..bukan ape saje dia nak menyakitkan ati si nozie ni. Masa time Jusco Taman U baru bukak heboh siti nak datang. aku n si fiza ni ape la laso jom la tengok siti. si nozie ni tak nak pegi tak ingat aku ape alasan nye tanak pegi. tapi dia tak pegi. aku ngan fiza ni bersemangat nak salam siti nak bg nozie jeles. Jahat. Niat tak elok ni tau bukan sebab minat ke ape ke sbb nak bg jeles org pulaks. Naik moto fiza. waaa best nye dapat tengok siti face to face. Siti pakai baju warna merah macam ala2 kemeja gitu dan seluar putih. Org lelaki jadi gile tengok dia bergedik2.

Mak aii ada sorg mamat ni tak sedar diri siap tolak2 aku. Gile ke hape mamat ni. Aku pun ngan fiza berpakat nak tunggu siti pas dia perform sbb nak salam. sanggup berhujan. tak sangka pulak jadi gitu. Alih2 tak dapat jugak sbb bodyguard siti ngan abg siti control dia giler2. Ala balik la aku ngan fiza. hujan lebat giler sanggup kiter org redah. Motor fiza spark plug masuk air. Alamak tolak motor la pulak. bukit la pulak tu nak balik umah sewa Sri Pulai. bukit pun bukit la ujan pun ujan la. Tolak jangan tak tolak. Nozie kerana kau nozie. Siti kerana kau Siti. Ampun Nozie.

Aku, kelas 1-9 & mamat tu

Terasa betol2 bersemangat nak pegi fakulti kimia (FKKKSA - UTM). ari ni ari pertama nak masuk kelas selepas seminggu ke 2 minggu(tak henggat sgt) bercuti dan selepas mengharung pahit getir alam forecast 6 bulan. Pas SPM aku masuk program forecast colabration UTM-MARA. Masa time org bercuti tunggu result 6 bulan tu aku tak cuti aku tengah berperang masuk program tu le. Berkat sabo akhirnya aku diterima masuk tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Jimat satu tahun. Aku, nozie, nona, noni, wani, fiza, nurul, syikin kiter org pompuan 8 org dan seorg lg lelaki Zaki. Kiter org ni ke mane2 pun mesti bekepit..very2 close. amek kelas pun sama. semua sama2. seme together2.

Teringat masa kat kelas 1-9 masa ni la besejarah giler aku ternampak sorang mamat ni. tengah tunggu lecturer masuk. masa tu kelas biologi gunaan kelas Dr.Rosli Alias. Hp dia berbunyi dia berlari keluar kelas sambil dengan bergaya bangga dia membuka handphone dia. Time tu tak ramai lagi student yang pakai handphone ni. Alamak menyampah nye aku nengok mamat. Mengada-ngada. Pakai baju jersy warna merah seluar ala2 kelabu hijau gitu. Aku n nozie siap kutuk2 mamat ni. Memang tak suka betol le. Dr. Rosli masuk.tak de belaja2 lagi pun sesi suai kenal. Dr Rosli pun nampak mamat ni jugak eh awak bukan ke anak En. Mohd Shah Lecturer Matematik Fakulti Sains. Mamat tu jawab ya ya. Haaa kantoi..patut pun berlagak gile mamat tu upanya anak lecturer. sumpah memang aku tak suka la mamat ni. action betol.

Tu le org kata jangan terlalu tak suka seseorg. Benci benci lama2 jadi sayang. kan dah jadi hubby aku mamat tu. tengah bilang ari lagi 17 hari genap le 3 tahun aku kawen ngan mamat tu. Adeh! Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Jodoh tu kan di tangan Tuhan.

Sunday, November 30, 2008

Banjir ooo Banjir Rumah Kita Naik Air o



Lagu senario banjir oo banjir rumah kita naik air o bergema2 je. haish macam mane nak balik kg raya haji ni.besut kawe naik air. betol ke bleh raya ni ke satg balik raye jadi balik banjir..ntah2 sangkut satg naya. Plan nakg kota bharu shoppin2..eee macam terpaksa kena batal kan aje hasrat ku itu. Balik raya tetap balik. Lama tak aku jenguk ayah aku kat kampung sana nun. Seronoknye rase nak balik kampung ni..tak tahu nape exited semacam jek. Aku ni memag tiap2 kali balik raye tak kira belah mak mertua aku ke..belah aku ke..aku le yg paling exited bukan ape..ntah saje amek mood raye.kwang2x. Ala yang penting hepi. Kalau kita tak ceriakan hidup kite sape lg. Hidup mesti ceria meria. Selamat main banjir + selamat hari raya Aidil Adha.

Thursday, November 27, 2008

Dapat Kawan SLE..

Seronok dapat kawan SLE. Kalo ikutkan org yg ada SLE akan lebih memahami org yg sakit SLE. Bukan ape sebab SLE sakitnye pelik.kita nampak je sihat tapi kat dalam Tuhan je tahu. Kita terasa kita sehat tapi sebenarnye kita tak sihat.


Dia perkenalkan nama dia Rohani.org nye sungguh peramah..celoteh itu ini. mesra senyum selalu. Walaupun aku tahu derita yg ditanggung tapi dia nampak ceria dan tabah aje. dah 8 tahun ada SLE. org yang muda lagi..23 tahun n belom ada anak. Cerita nya aku tekun aje mendengar. Teruk kulit dan buah pinggang nya diserang SLE. Takut juga aku melihatnya tapi aku senyum aje seakan-akan memahami peritnye derita yang ditanggung. Kongsi cerita kadang2 maybe dapat ringankan beban yang ditanggung selama ini. Kiter sempat tukar2 no hp. Tiap2 ari dia sms kat aku kata2 semangat. kesian dia.

Kuatkan semangat aku ini..

Ya Allah kuatkan lah semangat hamba mu ini. Jadikan lah aku sentiasa menginngati Mu setiap detik dan waktu.

Masa lawat bab kat hospital ari tu ada beberapa cerita yang ter " kesan" kat hati aku..terbayang2 smpi lor ni. Salah satunya masa borak ngan kak Ani(menantu bab). Dulu aku penah ter dengar adik kak ani masuk icu..tak tahu sakit ape masa tu. Start dengan masalah buah pinggang.katanya ada protein terlepas.buat biopsi seme le. Pastu radang paru2. 1 syawal koma sebab masalah otak. 18 syawal meninggal. Dalam masa 3 bulan je meninggal adik kak ani tu..meninggalkan suami nya dan sepasang anaknya. Seme2 ni ter rase betol2 pas dia bersalin anak dia yg ke2 tu.masa tu byk kehilangan darah.byk juga le transfer darah. Kemungkinan kecelaruan camporan darah tu agaknye kita pun tak tahu. tak bleh nak kata ape. Upa2nya selepas dikaji2 balik darah dia upanya SLE. nak gugur jantung aku mendengar SLE. dah meninggal baru di sahkan SLE.kesian nya dia.

Aku...aku pun dulu 3 bulan terlantar tak leh bangun. nazak.adik2 sedara2 seme dah keliling aku baca Yassin.masa tu dah pesan memesan nak dikuburkan aku kat mana. tapi Allah panjang kan umo aku smpi skrg. Ya Allah syukurnya tidak terhingga kerna aku masih mampu menghirup udara nikmat Allah ini. takutnya aku akan mati. Rasa nya belom cukup amal aku..Tanah suci Mekah pun belom sempat aku pijak.Tahu..semua org akan mati cuma tidak diketahui bila dan di mana. Semua org akan sampai gilirannya.

Nikmat yang Allah beri kadang2 kita terlupa. bila Allah uji hilangkan nikmat tu seketika baru terasa betapa besarnye nikmat Allah. Kadang2 tengok umat akhir zaman kini kadang2 terlalu lalai terlalu alpa dengan keduniaan. Aku juga mengingatkan diri aku sendiri kerana kadang2 aku juga terhayut dengan nikmat dunia terlupa akhirat juga perlu di tokok tambah sentiasa. Takutnya azab Allah. Takutnya siksa kubur. Takutnya seksa neraka.

Ya Allah aku tidak layak masuk syurga mu namun tidak ku upaya menghadapi api neraka. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar. Ikhlas aku ingin mendekatkan diriku padaMU selalu.

Wednesday, November 26, 2008

Bab Sakit


Handset aku tiap2 ari berbunyi..umie telepon mengkhabar kan keadaan bab.ingatkan nak balik raya haji nanti tapi tak sampai hati pulak mendengar berita aje tak balik menjenguk sndiri lihat keadaan bak. sakit kencing manis bab makin kronik. apatak nye pantang lalu membujur sapu semua nak makan langsung takde pantang2. kalau tak bg makan dia nangis.kesian pulak umie kadang2 terpaksa pulak.hari raya ari tu disbbkan pakai kasut ketat kaki bab bengkak tak surut sampai skrg. My Hubby tiba2 dapat panggilan offshore FPSO Bunga Kertas nak wat shutdown.apa lagi aku pun tumpang sekaki.alang2 anas dah ondaway ke sana aku boleh lah jenguk bab.


Kul1.30 pagi smpi rumah Panching. Sesampai nya aku kat umah aku terus jenguk bab. panas badan bab. Umie mula becerita tak renti2 walaupun dia sndiri ngantuk maklum le dah pukul berape.awal pagi tu tapi nak di khabar juga cerita nya pada aku. Katanya sehari sblum ni Kak Teh (kak miza anak perempuan tunggal bab) nak bawa bab pegi hosp tapi bab tanak. bab suh kak teh balik. umie dah tak larat pujuk bab.


Bangun pagi badan bab mengeletar nak bangun pegi toilet. bab panggil umie. suh telepon kak teh suh kak teh hantar g spital. bergegas kak teh ngan abg amir dtg. anta bab gi spital.Memang sah kena tahan. Kencing manis smpi tak boleh nak di baca. kaki bengkak. Hari ni dah masuk 4 hari bab kat hospital. 3 batang jari kaki bab kena potong. Isi kaki kena buang. kesian bab. kesian sgt. Wlpun bab bukan ayah kandung aku sndiri aku anggap dia macam ayah aku sndiri. Kadang2 aku terasa layan bab lebih dr ayah aku sndiri. Dulu teringat saat aku nazak aku nampak dia menangis teresak-esak. Sayang sgt dia kat aku macam anak dia sndiri. tu.. yg aku ingat smpi bila2.

Ya Allah, kuatkan semangat bab..tabah menempuh ujian dr Tuhan. Sembuhkan lah penyakit bab. Cucuri lah Nur dan Hidayah pada bab.Amin.

Sunday, November 16, 2008

Biopsi oh biopsi aku

10 november 2008
aku diminta mendaftarkan diri di wad neprologi HKL tingkat 3 sebelom pukul9. mindset aku tetap mengatakan doktor pakar nefrologi cakap biopsi tak sakit. Umie merenget nak temankan aku kat hospital tapi aku yang tanak. Bukan ape susah2 pulak dah le umie tak bape sihat. Aku decide tanak bgtahu sesape pun nanti diorg ni susah nak dtg melawat pulaks. selepas keputusan darah aku dipastikan dlm keadaan ok, doktor2 membuat keputusan aku boleh biopsi keesokan paginya.

Tengok pesakit2 yg laen agak mengerikan aku. ada yang cuci darah..cuci air lah. Wayar sana sini..kat leher le..kat perut. Haish takot nya..mintak2 aku dijauhkan dr mende2 cam gitu. Tak sanggup nak bawak wayar2 seme2 tu ke mane2.

Katil tepi tingkap. Mengiring sebelah kanan nampak kelip2 KLCC dan KL tower. Tak de pape nak buat. ape lg tido le. Malam tu aku tido lena selenanya. Bengkak mata sbb terlebey tido.

11 november 2008
Aku namakan doctor pakar nepro tu Dr. W. seorg chinese. Dia aku tgk pg2 dah kelihatan round2 pesakit dlm wad tingkat3 tu. Smpi turn aku, dia senyum je smbil cakap pasti ye pg ni biopsi. Ada kakak nurse dtg suh aku salin baju. Pakai baju dia je baju2 lain takleh pakai. Baring atas katil troli,kakak tu tolak aku ke bilik biopsi tingkat2. Lama aku tunggu Dr.W. Sejuk tak ingat. Agak sejam jugaks le aku tunggu. tp doc yg datang bukan Dr. W tapi seorg doctor melayu. Patutnya sampling tu 2 kali tapi tula sampai 5 kali. Kali pertama dapat. kali ke2 tak cukup.kali ke3 tak dapat langsung. Alih2 kali ke4 dan ke5 Dr W yang buat.Adeh mak aiii...sakitnya. aku ingat tak sakit. Masa tu hubby pun takde..mak ayah pun jauh (tu le sal umie kata nak teman kite yg tanak). Air mata ni mula le nak meleleh. Sampai nya ati diorg ni buat aku cam gini mentang2 la mak ayah aku takde kat sini..mentang2 le hubby aku takde, suka ati mak bapak diorg je cucuk2 aku. Sekali cucuk tak sakit tak ape. Ni...Tuhan je yang tahu. Wlpun dibius tapi sakitnya terasa. tapi aku pujuk ati aku ni, tak ape lah dah abes dah pun. 6 jam tidak dibenarkan bangun atau pun duduk.kena baring je.Sepanjang 6 jam tu adeh seksa nya. Nak kucil pun panggil nurse. Makan tengahhari hubby yg suapkan.

12 november 2008
Boleh balik setelah Dr.W pastikan dlm urine takde darah.Yea! boleh balik. Kalo laen diorg suh wat biopsi lagi haish rasa macam tanak dah. sakit tak henggat.tipulah kata tak sakit.tapi syukur lah Alhamdulillah semua nye dah selesai. Resultnya satu minggu lagi.arap2 nya tak de yang memudaratkan hendaknya.

Saturday, November 8, 2008

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Artist: Dewa

Bercuti Panjang 10.11 - 13.11

Kat semua blog2 bisnes aku terpaksa aku letak " Saya akan bercuti panjang dr 10.11.08 (isnin) - 13.11.08 (khamis). Segala urusan penempahan boleh dibuat seperti biasa melalui email e_deniza@yahoo.com tetapi urusan pengeposan barang akan dibuat selepas tarikh itu. Segala kesulitan amatlah dikesali. :) ".


Sebenarnye, last Tuesday aku tetiba jek dapat call dari neprologi HKL. Dengar je bunyi dr sane aku dah terketaq lutut aku tang tu jugaks. ni mesti takde sal laen ni mesti sal biopsi kidney aku ni. Katanya suh aku datang on thursday jupe pakar neprologi kul8.30 pg. nasib aku tak kena tahan on de dot juga time p appoitment ari khamis tuh. makna nya ari isnin aku kena daftar masuk wad. jangkaan biopsi nye ari selasa. Kalau takde pape aral melintang maybe leh kuar ari tu jugaks atau pun rabu. Itu kalo takde pape prob mintak2 hendaknya. Hari khamis 13.11.08 ifah dah tolong set kan appoitmen nak jupe pakar mata. tu satu lg nak cek katarak coz aku ni on steroid jangka panjang takot2 side effect dia ada mende tuh. Balik umah dr appoitment apa la laso aku search le tenet ape mende nye biopsi ni..takut je bunyi nye sbb aku ni takot jarum..jarum kecik pun takot wlpun hmpir dah beribu-ribu lemon dah aku kena inject sejak aku disahkkan sle ni.

Jom check it out mende ape biopsi ni. nak terang panjang aku ni bukan belaja doktor just aku tulih ape yg aku paham aje lah kot. Biopsi ni dibuat sbg suatu cara yang pasti untuk menentukan tahap kerosakan buah pinggang akibat aktiviti SLE aku. katanya, suatu jarum yang halus dimasukkan ke dalam dan suatu sampel tisu diambil keluar. Seorang pakar patologi kemudiannya akan meneliti tisu tersebut di bawah mikroskop untuk mengesan tahapnya. Rawatan susulan bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Ada 6 tahap kesemuanya.



Takot tu takot le jugaks sbb first time. tapi aku mesti kuatkan semangat. kena senyum2 selalu. tabahkan hati hadapi dengan senyuman. Tawakal aje lah pada yg Esa. Doakan aku yek.

" Ya Allah ! Tuhan sekelian manusia. Hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah. Engkaulah Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan penawar-Mu. Penawar yang tidak diikuti penyakit"...Amin.

Tuesday, November 4, 2008

FOCUS

Aku ada terbaca dalam buku "Why we want you to be rich - Donald Trump & Robert T. Kiyosaki". Dia ada tulih :

F = FOLLOW
O = ONE
C = COURSE
U = UNTIL
S = SUCCESSFUL

Aku rase dalam ape mende yang kita buat kita mesti focus (follow one course until successful) tak kira ape jua bidang skali pun. Kalau kite ilang fokus, kalo semua mende kita nak nanti ntah2 bak kata pepatah glamer yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran silap2 macam2 anjing dgn bayang2 (alamak pepatah2 ni tingat pulak Karam Singh Walia dgn tangannya). Ok, last skali akhiri ngan serangkap pantun.
Makan nasi lemak kukus
Makan bersama sotong kurita
Buat keje mesti fokus
Itulah kunci kejayaan kita

Sunday, November 2, 2008

MAK MERTUA VS MAK SENDIRI NAK DTG

Mak mertua vs mak sendiri nak dtg ni macam topik bes je aku nak tulih. Katakan tetiba jek mak kiter ke atau mak mertua kiter call nak dtg..aiseh ! sblom diorg smpi mesti nak kena prepare ape yg patut ni.umah mesti2 le kena kemas tak kan diorg dtg tgk umah bersepah2...mesti banyak le mende terbyg nak buat.itu ini dah siap dah list..berderet2 dlm kepala hotak ni.Mak kite ke mak dia patut nye kite layan sama je. Mak dia mak kita juga, mak kita mak dia jugak. Bagi aku tak kira le kita layan cemane yg penting diorg balik ngan senyuman pnjg smpi ke telinga hendaknya.

Katakan lah mula2 mak sendiri nak dtg. aku sbnrnya lebih gerun kalo mak aku tetiba je call nak dtg. mak aku ni surirumah fulltime.keja2 rumah ni memang detail n ekpek.ekpek tis dier le katakan. kalo dia nengok lantai aku sket je gelap ke..ada daki ke ape ke..siap le.mata dia pantang negok mende2 cam gitu. kalo mak aku dtg satu umah aku dia nak kemas smpi mesti demam punye lah. mane tak demam nye bilik air dia sental..bukan setakat lantai je, siap nga dinding skali.sbb tu la kalo mak aku nak dtg aku tanak le dia buat keje2 cam gitu, aku mesti sental dulu sblom dia smpi.umah aku kat kg mop lantai ari2.mak aku boleh cam kalo lantai tu tak mop.kaki dia tak leh berpijak di bumi nyata kalo dia rase2 lantai tu tak mop.satu lg bak bahgian dapur umah mesti cun le..mesti kemas punye siap2 mak aku cek dlm peti ais semua menda mesti tersusun rapi. Kat segenap ruang rumah, habuk seco ek pun kalo boleh jgn ada.sarang laba2 sebesar mane dia nampak.

Nasib le aku ni anak pompuan dia kalo aku ni menantu dia aiseh teruk juga tu. memang pun!kesian kakak2 ipar aku..kalo nak bodek mak aku rumah mesti tip top.Mak aku wlpun cerewet sket bak2 hal rumah tangga ni ati dia baik, umah kalo tak kemas dia tolon kemas kan.menda tak tersusun dia susun kan..mak aku memang tak leh duk diam.satu lagi nak bodek mak aku tanam bunga ke sayur ke ape..dia mesti suka.mak aku ni rimas duk lama2 umah aku sbb al maklum le rumah bandar kena sentiasa tutup dan berkunci.kalo tak ada je kan mamat2 yg tak dikenali masuk umah kang naya kang.

Kalo mak mertua pulak nak cal nak dtg, rumah of course mesti kena kemas.sama je. cuma mak mertua aku ni bekerjaya tapi dah bersara. mak mertua aku tak de sedetail mcm mak aku. tu memang aku tarik nafas pjg sket fuhh legaaa. aku tak de nak komen pepanjang.tapi tu le mak mertua aku ni memang memahami n baaaaik ati. segala nasihat dan tunjuk ajar dia mesti besebab. pantang nye semua menda mesti kelihatan berjimat cermat..tu aje. My hubby ni "anak mak"..manja sket ngan mak dia.bukan manja sket manja byk. Aku selalu ingat kan dia suh dia lebih kan mak dia dr aku. "Sayang, Jaga ati mak.
Tepuk dada tanya selera...mane lagi gerun mak sendiri ke mak mertua nak dtg. terpulang pd individu.Ape2 pun syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Sayangi lah kedua2 nye selagi mereka ada. Mereka berhak dihargai sbb pahit maung mereka membesar kan kita semua. Mereka marah ke ape ke semua tanda mereka care tanda mereka syg kat kita. Untuk umie yg tersayang, i love sooo much!terima kasih terhingga kerana jadi mak saya.Untuk mak, terima kasih sgt sbb terima zai se adanya.I love so much both of you.saaaayang sgt tak tergambar dengan kata2.

sayangi lah ibu anda.

Wednesday, October 15, 2008

Dr Suhaila Call...

semalam Dr Suhaila call.urine ada infection.disbbkan aku nye antibodi dilemahkan n takot infection tu melarat ke kidney aku kena g amek ubat antibiotik kat hosp putrajaya ari ni.maleh nye nak pegi.tapi tu le risau juga kalo dr pakar dah call sampai ke rumah.gambar kat atas ni le kaunter klinik perubatan yg selalu aku deal tiap2 kali aku g hosp putrajaya.diorg seme ni dah familar ngan muka aku nih.adik yg jaga kaunter ni org johor nama tak sempat nak tanya.hehe.suka senyum.daa nak siap2 nakg hosp.

Tuesday, October 14, 2008

SEPI the movie

Best citer ni.dah masuk 5 x tgk citer ni.sape tak tgk rugi.sokong le filem tempatan kiter.

Sebuah filem arahan kabis bhatia.

CINTA TAK DATANG HANYA SEKALI
SUZY, ADAM, ILYANA


NASHA AZIZ - SUZY AFDLIN SAUKI -ADAM VANIDA IMRAN - ILYANA

"yang penting mereka saling cinta mencintai. Dalam setiap perkahwinan, ramuannya mesti betul.Kena cukup asamnya.Kena cukup garamnya.

ZAIN, MARYA, SUFI

RIEZMAN KHUZAIMI - ZAIN
EJA - MARYA
TONY EUSOFF - SUFI

"ada berjuta orang di dunia ini,kenapa kita ditakdirkan berjumpa, kalau bukan untuk bersama. "

EAN, KHALIL,IMAAN

SYED HUSSEIN - EAN
KHALIL - PIERRE ANDRE
BAIZURA KAHAR - IMAAN

AT LAST....

Aii semua, setelah nama kupendam isi2 kat dlm ni akhirnya dapat juga at last aku mencipta blog tuk aku menconteng mengores melakar sikit sebanyak tentang idup aku sehari-hari.ewah sernoknya bukan main. dolu2 suka tulih2 kat blog dlm friendster tapi udah lama tak update blog situ. Nak update tu macam terasa berat macam ada gam jek.alih2 aku bukak le laman baru dengan cerita baru. Akan kulakar dan kugores abes2 kat sini.Kwang2x.