Wednesday, February 25, 2009

Hepi Besday - Aben



Tuesday, February 24, 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh,
jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Lagu : Ajai
Lirik : Habsah Hasan

Sunday, February 22, 2009

customer dan kale


istilah warna maybe laen orang laen yang digambarkan. kalo cakap sal warna tudung mudung nih ada suka warna lembut ada yang suka warna terang. ada juga suka putih dan ada juga yang suka itam je. mcm aku suka warna tudung itam. tudung kale itam byk (maksudnye lebih dr satu) sbb kalo nak beli je mesti rase nak beli tudung itam sbb machin nga seme baju dan memang aku akan pakai selalu. kale tudung yang alergic nga aku.. putih, kuning, ijau, biru, oren.

kalo sebut sal warna tudung ni terserah pada individu nak mentafsir kale tudung tu cantik ke idak. maybe bg kita cantik tapi pada pandangan perlihatan org laen tak cantik. laen org laen citarasa nye. kalo customer mintak kale yang pelik2 ni kadang aku mati kutu gak le. nak tahu contoh kale2 yang pelik customer mintak :


  1. oren lemak ketam

  2. biru baby blue

  3. biru air laut

  4. ungu / putih nila

  5. ungu tapak manggis

  6. coklat kayu

  7. purple ujala

  8. biru turqoise

  9. oren kemerahan

  10. ungu kemerahan

  11. kuning gold

  12. meroon muda

  13. merah hati

  14. kelabu kehitaman

  15. hijau lumut

  16. hijau askar

  17. hijau pucuk pisang

  18. kelabu tahik anjing

kadang2 ada yang biasa penah kite dengar. mcm kelabutahik anjing tu takpun kelabu kehitaman tapi bile smpi kat supplier tgk bermacam2 jenis kelabu dan bermcm2 kale laen yang dekat2 sama je...kepala mula2 le pening. sbb tu kalo ada code warna tu takde le lari sgt kale yang customer nak dan senang sket nak cari sbnrnye. wlpun code warna tu takde le lengkap sepenuhnye tapi at least dia amat membantu sbnrnye. code warna tu sbnrnye ada akak sorg tu regular customer dia yg bg kat aku. tapi aku tak tahu le itu hak cipta terpelihara sape. ssb bile search kat tenet byk gak le blog tak pun laman web yang jual tudung online ni pakai code tu. kalo sesape tahu dan sesape kata itu hak dia aku mitak maap bebanyak. kalo aku tahu sape tuan nye pasti aku mintak izin dulu.

balik pada citer customer dan kale tadi, tapi ada gak customer yg tanak guna code warna tu tapi bile dapat kale salah tak sama dgn yang nak susah gak tu... kadang agak gak cakap nak kale pink cair. bile tunjuk pink cair..kata idak nak cair lagi. bile tunjuk cair lagi..idak nak cair lagi. uihs pening gak le. tapi tu seme karenah customer yang perlu aku layan. customer is alwaiz right. warna ni terlalu iniversal. terlalu byk meaning. terlalu misteri.misteri? hikhikhik bole le di anggap misteri. pe pe pun be hepi ceria meria selalu.

Thursday, February 19, 2009

hari yang membosankan


ari ni lama sgt kat HKL. pening berpusing2. selalu follow up hosp putrajaya skrg semuanye aku da tuka ke HKL. baru je anta. so diorg da tetapkan tarikh appoitment tu 11.03 tapi sbelom tu staffnurse suh dtg jupe dia amek borang nak wat ujian darah nga urine. so tadi pegi la. ari tu jupe staffnurse tu kat depan bilik 21. so dtg awai tumpang anas g keje. terus pegi tunggu depan bilik 21 tu..tunggu punye tunggu aku se tak sedap ati lak. eh suka ati je tunggu kat sini betol ke ari ni staffnurse ni bertugas kat sini..tmpt sama ke ari2? ishk ni takleh jadi ni. da nak kul9 ni. aku g le tanya kat kaunter "pendaftaran kes2 baru". nampak akak tu macam baik je. dia pun jerit2 nama staffnurse tu. diorg kat blkg cakap ..takde...pegi minum kat bawah. dia kata dik duduk dulu staffnurse tu g minum jap. so aku tunggu le smpi kepala aku asik tertoleh ke tmpt kaunter tu kot2 le staffnurse tu da datang ke..tunggu punye tunggu dah dalam 45min lebih. aku g le kat kaunter..kak , staffnurse tu da naik minum belom. aku tanya dengan nada baik le wlpun dlm ati ku ni da mula suam2 kuku. mane idak nye nak amek borang uji darah je. belom beratur nak uji darah kat bawah lagi tuh. oo dia cakap da naik tu..kat kaunter temujanji tu.

cit nasib baik aku tanya. ye la nak wat cam mane seme diorg ni sibuk. mane nak ingat seme. aku pun sape..di antara beratus-ratus patient yg dtg ari ni. memang tak terlayan. aku pegi le kat kaunter temujanji tu. nasib le akak staffnurse yg manage aku nye rhematoid tu baik sgt. peramah. senyum je. wat aku ilang suam2 kuku dlm ati aku. siap tunjuk arah lg kat mane nak wat test darah tu. al-maklum le first time le kira nye. no aku yg ke 100. no skrg 096. tak lama kejap je tunggu da smpi turn. abg tu bg aku bekas test urine. dia bg arah gak. tapi aku sesat. tak kan nakg toilet pastu nak carik makmal anta urine tu. so aku cari makmal tu dulu belom g toilet. cari2 pusing 2-3 kali tempat sama. tanya diorg pun bleh ke kata tak tahu. padahal diorg keje kat HKL ni. xpe le. nat wat cam mane. aku pusing2 lagi. cari tmpt. at last aku jupe gak. g toilet isi urine and anta. ingatkan terus balik. dia bg kertas kecik hijau suh tunggu 45min. tulih kat situ biologi test ke hape ntah. lama gak tu kena tunggu ni. pelik gak sbb kat putrajaya tu tak nyah le kena tunggu. aku pun pk le...maybe sini lain kot sbb diorg ni nak conduct ramai org maybe kena pegang sndiri result test tu kot. lagi pun kat putrajaya diorg cakap diorg pun anta sini darah and urine tuk buat test. cepat kot. maybe kena amek terus result. eh ni tak bleh jadi tak kan nak melanggut je. baik aku g beli suratkaba. aku beli le berita harian. saje nak baca. ilang bosan. anta tu dalam kul10.08. tunggu punye tunggu nama aku idak di panggil gak.


45min pun da berlalu. ati aku pujuk aku..kejap lagi tu kot. da sejam lebih berlalu.aku pun g tanya le kat kaunter. en tolong cek sy punye ni mane tahu da siap. urine ke dik dia tanya. a'a belom lagi. tapi sy tunggu da sejam lebih. dia amek kertas hijau kecik yg diorg bagi mula2 register tadi. kelam kabut diorg cek. aleh2 dtg kat aku eh patutnye tak nyah tunggu ni. hanggiiin satu badan. mintak maap le dik maybe staff baru tu tak tahu tu. adeh aku tunggu da sejam lebih leh kata tak nyah tunggu. panas. panas. tapi aku dlm je panas aku leh tahan lagi aku senyum je and terus pegi. nak balik nak kena tunggu bas. dr unit nefrologi tu keluar nak kena naik jejantas. smpi tangga turun nampak bas u20 meninggal kan aku. adeh terlepas bas lak. nasib aku tak baik agaknye ari ni. terpaksa tunggu dalam setengah jam lagi kot. ayang sms ajak makan kaskas. hp mati lak takde bateri. aku cari public phone. panas siot tengah hari buta tu. aku call, ayang kata dalam meeting lagi satg baru nak kuar. aiseh man dalam meetin ingat kan ondway. tak pe la yang, zai naik bas aje la.


balik umah penat tak henggat. tensen. petang pegi pejapat pos pastu beli kudapan banyak2. nak makan byk2 supaya sakit perut nak suh ilang sakit ati. ni tengah menguyak kudapan lg ni. kunyak jgn tak kunyak. cam tu kalo aku melepaih kan tensen aku. makan makan dan makan. makan lagi. teringin nak makan kek. sedapnye ciskek nurul. aiseh jauh nak order kalo dekat2 sini mesti aku order lagi. takpe le ni kudapan kat umah ni byk sape nak abeskan kalo bukan aku. makan jgn tak makan.

Wednesday, February 18, 2009

Fenomena Tudung Ekin


Semalam jalan2 g amek stock tuk akak sorang nie. Tengah2 belek tudung manjalara ternampak tudung ekin. spontan terus aku tanye..aik skrg jual tudung ekin pulak? a'a jawab nye. Cit..Femenomena tudung ekin yang melanda muslimah malaysia ni tak dapat nak sangkal2 lagi kan. kiri kanan depan belakang semua org pakai tudung ekin. smpi dalam tv tengok pun org pakai tudung ekin. pasa malam berlambak tudung ekin. rm10 dapat 2 lai. murah tu..tapi kain dia tak elok sket le. cit.. aku nak juai tudung ekin gak ke?

Dulu2 penah gak nak pakai ala2 tudung cam gitu tapi ayang kata aii..nampak macam indon je. jadi kesimpulan nye aku se aku tak sesuai nak pakai tudung ekin. kalau aku juai tudung ekin ni kalo customer tengok tak suka nanti sape nak pakai tak kan aku gak nak kena pakai. kalo tudung bawal tu konpem aku pakai kalo org tanak. Aku se fenomena ni tak lama kot.. tudung bawal ni ever green. dulu kini dan selamanya kot. harap2 yang gitu le kot.

Sampaikan suppleir tudung bawal pun da mula merungut. jualan tudung bawal merundum di sebabkan tudung ekin ni. Entah le nak cakap panjang2 sal tudung ekin ni pun aku tak reti. nak kena belaja gak. nak start juai bukan bleh main suka ati juai je. nak kena tahu gak kain jenis ape. selesa ke.. berkualiti ke idak. skrg ni pun macam2 jenis macam2 rupa da tudung ekin ni. suppleir tudung ekin tak putus asa asik keluar kan patern baru supaya org tak jemu. Aku harap pun fenomena ni tak lama aleh2 nanti orang still akan cari tudung bawal gak. tudung bawal pun ape kurangnya dalam org duk sibuk cari tudung ekin tudung bawal pun ada gak keluar tudung jenis baru..butterfly tu. manik cinta le..mangkuk cincin le..mcm2 cuba nak mencurik perhatian muslimah kita. skrg ni pulak tudung sulam tangan tu da turun harga berbanding nga dulu lu. dulu mahai sgt. bila da murah ni ramai gak le org duk tanya tudung sulam tangan tu. kalo nak beli borong jangan isau kale tak semestinye dalam blog tu aje. byk kale kat supplier. cakap je. anytime aku leh g amek kalo nak beli borong. k la jauh da aku merepek repek ni. harapnye tudung bawal la dulu, kini dan selamanya.

Sunday, February 15, 2009

RAIKAN CINTA



FEBRUARI BULAN CINTA BAGI ORG YANG PERCAYA KONSEP VALENTINE. KITA MUSLIM DAN MUSLIMAH ADA CARA TERSENDIRI MENZAHIRKAN APA ITU CINTA.

Tuesday, February 10, 2009

Wanita..oh wanita. We can do it!


Wanita tidak bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga sbnrnye supaya wanita itu lebih menumpukan pada urusan rumah tangga dan membesarkan anak. Hadis yg diriwayat Ibn Umar " Rasulullah bersabda " Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya". Wlbgmanaskalipun tuntutan hidup arus semasa memaksa wanita seperti kita keluar mencari rezeki membantu manambah pendapatan keluarga. Bukan ke wanita begitu penat dan letih. Wanita nak jadi super hero ke? Komitmen kepada majikan dan juga rumahtangga perlu kesimbangan semasa ke semasa. Namun tatkala juga ada masa2 tertentu keciciran salah satunye bila salah satu menuntut masa dan tumpuan yang lebih. Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah(bapanya) seorang khadam dan mengadu beliau penat bekerja. Jawab Rasulullah , "Engkau tidak akan mendapatnya daripadaku. Mahukan engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada khadam. Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali ketika engkau hendak tidur." Riwayat Muslim.

Friday, February 6, 2009

Selamat Balik Umah Mentua

Ari ni belom sehat betol lagi. smlm kul10.30 lebeh pas pak lang balik aku ajak anas g klinik IDZHAM kat melawati. pC ni pun asik buat hal je. demam jugak! nak online lama2 takleh asik terpadam je. memang sah mintak pc baru ni. sok ingat nakg tgk pc ngan ayah mentua. siang tadi ayah mentua dah siap tepon sok nak tgk pc. Maksudnye aku tak bleh nak update blog lagi disbbkan pc and juga asik bizi g tang tu le tang ni. bizi ape pon tak tahu. Next week la update blog ye. ada stock baru. cantik2!

Kejap je masa. Ngehngeh seronok ni nak balik jb. da lama tak balik jb. exicited..org kata tak leh ecixited sgt tak elok..sabo2. sok nak g umah diorg jupe member msa UTM dulu.. nurul, fiza, nozie n nonie. amek ciskek yg ditempah nga nurul. yea~ soronok nye dapat makan ciskek sok. Malam ni nak bertolak kul11 kata nye ayang. nak tgk raja lawak dulu. ni dah start da tu.. tapi ayang belom balik lagi. pe2 pon doakan selamat dalam perjalanan. selamat balik kg.

Wednesday, February 4, 2009

Mesej teruja

Ari ni rase macam tak sedap badan je. nak kata demam hubby kata idak. malam tadi kaki tangan ni sejuk mcm air batu. pagi td kul3 da bangun anta hubby g airport ada meetin kat kerteh. lagi tambah2 rase senoneng kepala dan tak sedap badan. ada akak tawau ni hantar list order 20 lai lebih nak tudung. ingatkan takmo pegi lagi ari ni amek stock borong ingat nak mintak excuse tetiba je dpat mesej terus "teruja" ilang rase penat. nak tahu mesej ape. ngehngehngeh.

da akak sorg ni dr ranau baru nak start bisnes tudung. smlm akak ni mesej tudung da selamat smpi. ari ni akak ni mesej lg tudung seme da laku. waaa...dasyhat tu. murah rezeki akak. suka le kalo customer cakap cam gitu. senyum lebar smpi ke telinga. hepi je. penat seme ilang bile org suka tudung kite. malam ni nak packin tudung akak tawau. sonok bile sama dapat contribute supply tudung mudung ni. wlpon tudung kite laku satu je pon tapi hepi ke ter uja aan dia tu laen macam sket. kalo beli borong lagi le. kalo borong ni biasa nye aku tak amek untung byk sbb nye diorg2 ni nak berbisnes. untung sket takpe asalkan ada regular customer. kepada akak2 yg borong tudung nga koleksi deniza terima kasih daun keladi kalo boleh order le lagi. semoga dimurahkan rezeki dan hepi2 ceria2 meria selalu.