Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi..

esok jumaat.lusa sabtu 22.09.2009.kite semua akan berpuasa. rase begituu cepat sgt masa berlalu. keghairahan ramadhan kali tak tahu macam mane lagi. awal2 ni mula2 mesti tanam azam dulu. nk sembahyang terawih. nk rajin2 kan baca Quran. nk rajin2 kan diri baca mathurat. nk rajinkan diri bangun malam solat tahajud ke.uhh segalanya azam. harap2nya azam dan niat yang murni ni InsyaAllah mendorong diri sendiri agar Ramadhan kali ini lebih baik dr ramadhan yang lalu.

Rasa bersyukur kerana Allah memberi peluang lagi pada diri ini bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Harap pertemuan kali ini tidak disia2kan begitu sahaja, gusar tidak ada Ramadhan lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Dia masih lagi memberi kita peluang. peluang untuk beribadat padaNya. peluang untuk mendekatkan lagi diri padaNya. peluang untuk bertaubat padaNya. peluang untuk mencari keredhaanNya. peluang untuk mencari keberkatan dr Nya. Sama2 kita sesama kita berusaha ke arah itu.

No comments: