Sunday, September 16, 2012

harumnya kasturi

Tanyalah ustaz mlm ni tajuk dia ingat sakit ingat mati. akhir zaman manusia byk berhibur. harta yg dicari milik siapa kalau ketentuan besok kite dah takde kat dunia ni kn. kite nk beli kereta besa. umah besar. semua besarlah kalau boleh tapi semua tu untuk siapa nti bile kite dah tinggalkn dunia ini kn. memunasabah diri kejap huhu. walaupun duit byk hati kite xtenang kalu kite xdekat dgn Dia. 

Teringat bau harum kasturi harumnya mmg harum semerbak. rindu akn bau itu. 2 kali aku terbau masa kat mekah / madinah masa pegi umrah aritu. pertama, masa panjat bukit uhud. kalau bukit spti tu ada kat malaysia disuruh naik mmg idok le nk naik nye. tp ustaz suh naik, alang2x da smpi sana kami2x naiklah huhuhu. daki pakai baju kurung pulak tu. nasib baik cik abe ada mengawasi. ada seorg tua arab bertongkat dipimpin oleh seorg laki2x sehat. naik skali dgn kami. bertongkat tp punye lah cepat dia smpi kat atas. ada sebuah gua. dikatakn gua itulah rasulullah bersembunyi masa perang uhud. org tua bertongkat tadi tu masuk berdoa dlm gua tu. masa beliau turun kami2 ni masih terkial2x nk naik. xsanggup nk masuk ke dlm gua sbb ramai yg beratur. berdoa kat situ ajelah. masa dia lalu sblh, bau kasturi menusuk hidung. semerbak. wangi sungguh. bau gua itu melekat kat baju dia kut. tp bau dia sepintas angin lalu je. pastu ilang. muskil jugak.

lepas tu ustaz bawak kami pegi berkuburan org islam yg mati syahid perang uhud. kite cuma bole berdoa kat bhgian luar. sbb dia dinding mcm dinding kaca. tinggi sangat. tp lepas doa kami aktiviti bebas. kat situ ada org jual2 mcm2 ubat. mmg ramailah yg berebut  beli ubat. sbb apa2 yg dr 2 tanah suci adalah akn menjadi ubat dgnn izin Allah. maka ramailah berpesan2 nk beli ubat. aku dgn anas pusing2 kubur. ternampak ada dinding kaca yg pecah. ku intai2x ke dlm. tgk satu tanah lapang yg gersang. takde tanda apa2 pun yg menandakn ia nya adalah tanah perkuburan. tika tu bau kasturi tu lalu lg dihidung ku. menyusuk. wangiii sgt. ooowh mungkin benarlah kut itulah bau kasturi syurga. org mati syahid ni tak akkn busuk dan tak reput. berbau kasturi smpi hari kiamat. waallahualam hanya Allah yg lebih mengetahui.

No comments: