Wednesday, April 7, 2010

Kita sedang diuji

Ari ni aku tersentap lagi dengan shout seorg kawan nih kat facebook . bunyi nya

erm rasenye bile dah jadi Dr hati jadi semakin mati.....kurang rase simpati pade patient..tul ke tp patient pun x pernah simpati dgn Dr....sokmo ingt Dr a very super duper extraordinary man.....


bile baca. rase macam sedey pun ada jugak. kenapa.mengapa.ayat2 sebegini terdetik. Bukan ke kerjaya seorang doktor tu murni dan perlu keikhlasan yang betul tulus nak bantu org laen. nak bantu masyarakat. kenapa buleh terdetik dan tersembur keluar kata2 macam ini. Cuba balik tanya pada hati, kenapa kita bercita2 nk jadi gitu..kenapa kita buat keje gitu. Adakah doktor sekarang ni matlamat dia da tak sama macam perjuangan doktor2 dulu. Adakah ikhlas ke doktor2 semua nak tulun masyarakat kita. Aku ada antara masyarakat itu. Jangan lah kerana sebilangan doktor yang besikap begini, kita jadi berubah cara kita respect org yg bergelar doktor. Masyarakat skrg sudah berpelajaran. Mereka tahu doktor juga manusia biasa. Tapi jangan lah sampai kurang atau hilang rasa simpati sesama manusia. Kita saling memerlukan. Kita saling bergantungan. Bukan doktor sahaja yang penting dalam kehidupan kita. Tukang sapu sampah tu pun penting. Jangan lah kita nilai seseorang tersebut dengan pangkat atau wang ringgit. Semua tu tak kemana. Semua tu boleh datang dan pergi sekelip mata. Jangan kita terlalu alpa dengan keduniaan semua inikan hanya sementara. Ujian Allah itu datang dengan pelbagai cara. Ingat kita sedang diuji.kita sedang diuji.

1 comment:

hazlina said...

zai,manusia mmg cepat lupa..bler dah ada sesuatu bknnye nk bersyukur.Tak apa Allah swt tu Maha Mendengar dan Maha Melihat.Kita just lihat dari jauh sahaja..