Tuesday, April 6, 2010

Boyot Eksiden huhuhu ~





Nak share satu citer. sedey plus kelaka pun ada gak kalu teringat balik. Citer pasai kucing zai ilang. Satu hari sebelum kucing ilang, kucing jiran zai adik buang sebab dia memang nak buang air je masuk umah zai. nak tencin je duk main kat luar je dia carik jalan nak masuk umah. uih sapo bleh sabo. las skali dia buang air besaq atas tilam adik zai kat blkg. mengamuk sakan adik zai terus dia g buang kat foodcourt melawati. at least tade le zalim sangat, sebab nye situ memang tempat kedai makan2 banyak2.

Boyot ilang esoknye. Selalu zai balik keje mesti dia tunggu nk makan. Mengiau mengesek2 kat kaki. Tapi ari tu tak sedap ati, bila yg ada cuma muffin (kucing lagi sekor). Muffin n boyot tak ngam. muffin salu kena buli nga boyot. Darang bukan satu mak satu bapak. Boyot ni anak kucing adik zai kat kampung. Muffin plak kucing jiran lorong blkg umah zai bagi sbb dia nk pindah. Zai shout kat fb carik boyot. boyot boyot balik la, sapa nk kejutkan subuh sok. Boyot ni tido dalam rumah. Time dekat2 nk subuh dia akan buat bising sebisingnya sebab dia nak keluar. Nak tanak memang kena bangun keluarkan dia. Kalu ada dia, memang terjamin le subuh. Kalu dia demam ke, sakit ke,dia terlajak subuh, dengan kita2 terlajak subuh. uhuks.

Satu lagi kalu husband out station ke dia le teman nya. Agak garang tapi dia manja nga tuan dia ni. ehek. zai pun memang manjakan dia pun. hehehe. kebetulan malam boyot hilang, husband zai ke johor bahru ada keje sikit dengan kawan dia. Jam da kul11 , tapi boyot belum balik lagi pun. Hati ni mula syak adik yang buang boyot kut. Tak tentu hala skali, zai drive sorang2 keluar ke foodcourt taman melawati. carik2 mcm org gila. sambil mengomel kesian boyot kesian boyot. makan apa la boyot. mesti boyot lapo. menangis2 teresak. call my mum kat kampung, bagitahu maybe adik zai buang kucing zai. huhuhu. mak terus call adik, adik kata adik tak buang kucing tu. so, hati tenang sikit. maybe boyot gi mana2.

esoknya g keje macam biasa. muka ketat. malas nak senyum. Lebih kurang dalam tengah hari, jiran anta sms cakap boyot ada balik. cedera teruk . eksiden. zai dengan kelam kabut, tutup kedai terus memecut balik rumah. boyot nampak je zai, dia mengiau kesakitan. sampai dekat, zai tgk mata boyot, terus zai menangis teresak. mulut mengomel kesian boyot kesian boyot. jiran yg tengok pun ikut nangis tgk zai nangis.tu yang kelaka kalu di ingat balik tu.

dia terus dia datang rumah. tepuk2 bahu zai cakap sabo2. bawak boyot gi klinik. Doktor cakap rahang lari sikit. Muka bengkak sangat. Mata maybe buta sebelah. Kat klinik tu, air mata ni becucuran tak berenti2. tapi da slow tak le sederas tadi. ingat balik apo la hai si zai ni, kucing eksiden pun cengini rupanye. buruk betoi la hai. jap zai paste gamba boyot seblum sedang dan selepas.

No comments: