Friday, September 25, 2009

majlis khatam Quran kami

sebulan berpuasa bermula dgn tadarus beramai2 ahli famili kami di rumah uda, jadi kami buat le majlis khatam quran. yg khatam quran agaknye mak n aiman je kut. zai ni smpi juzuk 6 je. tp tak ape le join sekaki. mak le mengekepalai majlis tu. ada satu video tazkirah dr mak sementara menunggu isya' masuk. nnti zai up later.













Thursday, September 24, 2009

jin notti


di kesibukan org beraye, sempat lg kite org pegi tgk jin notti. ok bleh le nk komen sket2 cite ni. jalan cerita dia agak bermesej.xde le boring sangat. kalu dibandingkan antara cerita2 melayu boleh le dikategori beh le jugak. lakunan mawi and fafau ni ok le. mawi nmpak bbakat le jugak wlaupun first time keluar wayang. kire ok le, mungkin boleh dikategori sebaris macam filem cinta, sepi (opps sepi lg bes le kut) dsb.

Tuesday, September 22, 2009

suasana beraya belah husband

beraya belah husband ni startnye raye ke3. sbbnye kami sampai raya kedua malam. xkurang meriahnye juga sbb kena serbu dek sedara mara dr tebrau. darang konvoi dalam 3-4 buah kereta. nasib baik cukup mee kari yg zai buat. kebetulan ari tu zai masak mee kari. xtahu plak darang nk datang beraya. bile darang call tu kelam kabut tambah2 ape yg patut. pastu raye hari jumaat ri tu beraya umah my SIL long kat nusa idaman. long belanja makan pizza. fuhh raye2 makan pizza. yg takde time tu ayah n nadiah. ayah tanak ikut sbb dak berape selesa nk travel.nadiah da balik KL sbb keje.tinggal le kami je menyentap ape yg patut di santap.gegege.















Sunday, September 20, 2009

dating @ teluk cempedak


kalu balik kuantan, rase tak sah kalu kite org xdating kat teluk cempedak. ayang ajak keluar pi dating raya pertama malam kat sini ri tu. alang2 terasa lapo le plak sempat le menyantap kfc. sblum tu singgah giant tu yg terbeli kfc tu, ingat ke tadak org juai2 kat teluk cempedak memalam gitu. tp bile smpi sana kedai2 makan kecik tu meriah bbenornye. org plak ramai tu berduyung2. idak le di sangka2. nampaknye yg ramai cina dan melayu. mungkin sebabnye kebetulan malam ujung minggu kut.

suasana beraya belah famili zai

raya pertama turn tahun ni belah famili zai. biasanye pagi raya makan ketupat rendang dan lemang. pastu berjalan raya le. tp raye pertama tu dak sempat nk keluar da kena serbu. xleh nkg jalan memane. mak ngah and famili dtg serbu dlm 3 buah kereta. katanye alang2 pegi menziarah kubur arwah pak ngah, singgah le beraya umah kite org. kami beradik sempat gak le beraya kat umah sedara jiran sbelah2 umah. pastu kena balik layan sedara mara dtg. penat tu tuhan je tahu betapa penatnye. tp wlaupun penat tp sronok sgt. raye begitu bermakna raye tahun ni. raye pertama ari tu zai berbaju kurung biru n anas bbaju melayu biru siap samping. raye kedua sempat le jugak pegi beraye umah abg zie n kak zah yg br dpt baby. petang raye kedua da travel balik jb beraya belah famili husband plak. kat bawah ni antara sedikit bingkisan gamba2 kenangan masa raye ari tu.






















selamat hari raya semua


Di kesempatan ni, zai nak ucapkan selamat hari raya pada seemua. mane le tahu ada terkasar bahasa. ada terguris perasaan. ada ter sentap ke ape ke..araple di maapkan. kadang2 terlupa kadang2 tak sedar.selamat selamat dan selamat hari raya especially tuk suami tercinta ANAS MOHD SHAH arapkan diampun semua dosa2ku ini dan halalkan makan dan minumku.. wat teman seperjuangan yang tak putus bg semangat dan dorongan. teman2 yg sudi denga luahan hati share kongsi sedey medey hepi gepi seme. buat ummie, ayah, bak, moksu, mak dan ayah..ku susun sepuluh jari mohon ampun dan restu dr kalian. adik2 tersayang. abg, kakak. anak sedara. sedara mara semua. dan tak lupa jugaks tuk kastemer2 koleksi deniza atas sokongan korang yang tak putus2. selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Friday, September 18, 2009

shoppin raya


almaklum le taun ni feel nk raye tu dtg lambat. 2 hari nk raye baru le terhegeh2 pi shoppin. pict kat ataih tu tengah duk try2 sandal raye kat east coast mall. fuhh beh gile sale dekat2 nk raye bleh buat wa xbetul. ramai tu darang bsesak2 kat sane. ishk2 nafsu pompuan ni memang xleh nk sangkal2 lg. teruk kan kite ni. uhuhuhu.

Tuesday, September 15, 2009

bbuka puasa kat Equatorial

smlm dpt invitation bbuka pose kat equatorial. hotel equatorial ni kat jalan sultan ismail. eh betul ke sultan ismail ke jalan perak. hotel ni dekat je dr opis husband. jalan kaki je. tp ayg balik amek zai dulu kite org sama2 pegi. satu meja tu ada seme lelaki zai sorg je pompuan yg tu yg tak beh sket. senanye darang xbwk spouse pun. ayg sy je beriya nk bawak bini dia ni. bosan le sket. tp makan tetap makan. YaAllah teruk betui nafsu makan ku ini kan. apakan daya rezeki jangan di tolak. mula2 nk amek makan tuk bbuka tu terpaksa besesak, ramai betul. sket2 mmbantut selera nk mengamek mknn ni.jd ape yg sempat aje le. bbuka tu amek durian goreng (recommended oleh ayg, kate dia bes, uhh mmg beh), aiskrim goreng, pindan roti, kek2 , puding sket2.

da reda org berebut mkn br le kite org round tgk nk makan ape. tgh cef masak seafood kat satu sudt, berapi2. fuhh macam sedap tp kena beratur le. mula2 tu kutip le seafood yg mane2 zai suka.udang, ketam, kerang, bamboo ape ntah satu lupa nama.bg bg kat cef tu. nampak darang rebus dulu. pastu goreng nga sambal yg da siap darang wat. tp meleleh memang sedaap.highly recommended kalu pegi makan sini.ayg mkn yongtaufu and sate. sate dia pun bes. ikan duri salai cicah air asam.nampak gaya nye kat sini memang kbyakan nye masakan kampung. nasi beriani ada, nasi dagang ade. tp tadak le kite org nk makan seme.

perut mcm da full. smbyg maghrib dulu. pastu smbg nga ais kacang, sate lg, ikan duri salai lagi. pastu buah2 sket. tu aje le kut makan kat sini. pastu tunggu darang bborak. fuhh bosan tak henggat. bosan tu menyebabkan perut ku ni bertambah sebu dan kenyang yg pelik. nkg toilet kat sini mcm tak beh sbb nye air tadak tisu je ada. dalam kui9 lebih gak le br smpi umah. murah rezeki puasa tahun ni. ari ni ade lagi invitation bbuka puasa kat crown plaza hotel. yg ni darang bawak spouse skali. kire ok le sket kut nnti. harap2 dpt le enjoy last makan hotel sblum balik kg mlm ni atau esk kut. gamba ada tak transfer tu pc lg. sori le entry seme tak update nga gamba lg. busan kan. hehehe. sabau2.

Monday, September 14, 2009

Plan raya tahun ni

raya tahun ni kami beraya kat umah belah zai sbbnye da dua tahun beraya belah husband. tpii tiap2 tahun cam mane jauh cm mane penat skalipun kami tetap akan balik kedua2 belah. hari rabu malam takpun khamis da bertolak balik kuantan. tahun ni tulun mak zai wat persiapan raya. salunye ape yg beh belah zai, sbb kami ni ramai adik beradik. anak sedara pun ramai da. uwaa zai da tua da. abg ada 4 atas zai yg da kawen dan beranak pinak. ank sedara ada 4+1+1+2 seme skali. seme lelaki.
kuih raye tak beli lg. thn ni tak tahu nape semangat nk raye tu belum smpi lg. satg mesti last minit satg mesti kelam kabut. nk itu nk ini. lagu raya da kedengaran tu. salunye kalu da dgr lagu raye tu mula le dtg mood nk raye. tapi tahun ni rase laen rase sayu nk tinggalkn ramadhan. tahun2 lepas salunye ada le jugak pi beramai kan lg kat jalan tar, wlaupun tanpa tujuan senanye tp suka sbb time raye je org ramai gile bagai nk rak. tp tahun ni rasenye tak kut. maleh nk besesak ke sana. baju raya awai2 da siap.wlaupun yg ditempah tu prob, smpt le jugak zai siapkan sndiri baju kurung raya tahun ni.
pape arapnye tahun ni dapat selamat smpi dan slmt balik semula. semoga raya kali ni meriah ceria meria takde sedey2. amiin. selamat hari raya maaf zahir dan batin semua.

tenet ku prob

since sunday ari tu lg tenetku ini bermasalah. senin da call streamyx. darang ckp mybe modem tak pun cable ke ape ke zai pun tak reti nk cakap sbbnye bak2 ni tak ade le arif sgt. so sskrg tunggu technician streamyx dtg dlm masa 2 hari. kalu 2 hari makna nye ari rabu. rabu mlm maybe da nk bertolak balik kg. uwaa :(( . nampak gaya nye kena le tutup kedai awai. uhuhu~sabau aje le. dugaan. dugaan ni.

Thursday, September 10, 2009

Kelebihan malam 10 terakhir Ramadhan

semalam da malam ke-21.ramadhan da dekat nak berlalu. ramadhan da dekat nk berlalu tinggalkan kite seme tahun ni.tapi ada masih ada masa yg berbaki dan masih ada peluang untuk kita kerana dijanjikan 10 malam terakhir dgn pahala berganda2. di sini zai pastekan kelebihan 10 malam terakhir ramadhan utk mengingatkan diri sndiri dan untk para pembaca setia blog ni seadanye. semoga peluang yg masih bbaki ini kite maafaatkan ia dgn hati yang iklas sbg hamba ke yg Esa.

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

  • Bilakah Lailatul Qadar?

    • Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
    • Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)
    • Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.
    • Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
    • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
    • Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

  • Perkara yang sunat dilakukan.

    • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
    • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
    • Perkara yang harus dilakukan.
    • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
    • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

    Tuesday, September 8, 2009

    BBuka puasa kat Istana Hotel

    Istana hotel tu kat jalan raja chulan. bleh tahan juga kt sini byk choice. Mula2 tu memang rambang mata nk pilih ape nk buka pose ni. nasik padang?nasik kandar?pasta?gulai kawah?asam pedas. Mula2 nk bbuka tu zai amek nasik kandar, seme pilihan lauk nasik kandar tu zai amek. seme yg ada belasah je. ikan, ayam, udang,sotong. smpikan ke telur dadar pun. ayg amek pasta. amek lg bbq(mix), tempura, asam pedas, kek2 sket. fuhh byk gileee makan mcm xhengat dunia. YaAllah nmpak gayanye malam tu tak berterawih le. dakpe le teman husband. ada vendor blanja. ni le nk masanye. da siap makan. ayg ternampak ada member dia makan shusi. ish xbleh jd ni ayg cakap td da round tp xjupe pun. shusi tu memang fav dia. zai dak berapa suka sbb mcm dak berape masak. jd time ni le dia nk makan. kalu ajak zai gi shusi king ke ape ke memang xnk pegi sbbnye dia le sorg makan kalu gitu. tp kami pegi smbyg maghrib dulu. sok2 makan2 smbyg da telepas.

    Byk borak aje le kejenye. satu meja skali tu ada azlan ( ni yang menjemput -vendor le ni), pastu kwn azlan.azlina (coullege abg) and husband dia and anak2 dia 3 org, lubna(coullege abg). tu je. kite org bborak smpi kul10.3 kat situ. xtahu le ape yg diborakkan. dr bak keje smpi le bak bisnes. zai pun join sma. macam2 cerita yg keluar. makan2 makan juga. malam balik dgn longlainye terpaksa skip terawih. salunye kalu xpegi surau, smbyg kat umah. kalu ada abg, beriman le. kalu dak smbyg sorg2. tp malam tu memang dak larat sgt.ada snap gamba sket2 nnti paste later k.


    Monday, September 7, 2009

    Awal Ramadhan kali ini..

    Huahuahuahua da masuk 17 ramadhan ke br nk update blog tajuknye awal ramadhan kali ni...da bersawan mawan da blog ni senanye tak diusik2. tuan empunye diri pun buka jarang2.k la nk cite sal first da ramadhan kali ni kami beramai2 beradik balik kampung belah my husband punye famili. rasenye ni le time adik bradik ipar dan biras belah husband pakat2 balik. long(kak ipar~keje kat PTP), adi(biras~keje kat PTP), anas(husband zai), zai, nadiah (adik anas yg first~ masih belaja part time dan uda bekerja, stay satu umah nga zai kat KL ni), nora (adik anas no2 - still belaja skg tgh praktikal kat hosp kelang)dan adik yg bungsu anas , aiman ( belaja kat Darul Quran kuala kubu). jadi rase mcm waaa da lama tak bkumpul mcm ni. mcm biasa le zai yg terlebih srnk dr darang. kami dr KL berlima balik naik kereta baru nadiah ( 5 tu anas, zai, nadiah, aiman dan nora). bertolak balik dlm kul10 sbbnye malam tu ada citer nur kasih. terawih malam pertama berimam kat umah je.esknye sabtu da puasa jd malam nye kena le terawih. smpi kat jb uda pukul 2.3.

    besahur dlm kul4.3 zai bangun tolong mak panaskan lauk2. mak da siap masak ayam gulai, sambal udang. seme bangun sahur takde sorg pun miss. mak duk sibuk jgn lupa niat satu bulan tu. bbuka pulak ari tu, masak mee goreng, sandwich pastu yg lebih2 tu seme dr param cm murtabak singapore, rojak. esknye ahad da plan nk bertolak balik ke KL kul 10 pg, sbb aiman nk bertolak balik kuala kubu lg pastu kena anta nora pegi klang.

    wlapun first day pose kat umah mentua, zai se srnok. takde bezanye. mak sibuk keluarkan itu ini nk bg kite wat balik KL. bekas kuih raye lah..mangkuk tu mangkuk ni. beg wat smbyg terawih. Mak ada juga bg buku Amalan Sepanjang hayat. kat kulit depan buku tu mak tulis " Untuk Anas & Zai Drpd Mak Semoga Diamalkan. tandatngan mak.tarikh 22.08.09. uhuhu kate mak masa muda ni le kite kena wat amal2an byk bukan tunggu ari tua. sbbnye masa di sana nanti, akan ditanya ape amalan masa muda kita. uhuhuhu terharu. Azam bulan puasa ni makin dikuat2kan tuk bbuat amalan lebih sket nk tampal amalan2 yg lohong bulan laen. org cakap ek eleh bulan puasa br nkg masjid, bulan puasa br nk jd baik. bukan mcm tu kan. mane2 bulan pun. tp bulan ni bulan Ramadhan ganjaran nye belipat kali ganda kn. dakpun jika bulan2 laen terlalu keduniaan sibuk keje seme bulan ni mungkin boleh ddijdkan prmulaan untuk bbuat amalan bpnjgan juga di bulan2 akan dtg.

    semoga bulan Ramadhan ni akan menjadikan kite lebih dekat dgn diriNya Yang Maha Esa.Amin

    Thursday, August 20, 2009

    Jangan Berputus Asa

    Setiap ketentuan dari Allah SWT ada hikmahnya. Janganlah berputus asa jika doa kita tak dimakbulkannya kerana mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah dikurniakan kepada kita walaupun ianya bukan kehendak kita.

    Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

    Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

    Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?

    Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.

    Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

    Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.

    Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

    Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

    Moral:
    Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

    Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

    Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
    Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.

    Ramadhan datang lagi..

    esok jumaat.lusa sabtu 22.09.2009.kite semua akan berpuasa. rase begituu cepat sgt masa berlalu. keghairahan ramadhan kali tak tahu macam mane lagi. awal2 ni mula2 mesti tanam azam dulu. nk sembahyang terawih. nk rajin2 kan baca Quran. nk rajin2 kan diri baca mathurat. nk rajinkan diri bangun malam solat tahajud ke.uhh segalanya azam. harap2nya azam dan niat yang murni ni InsyaAllah mendorong diri sendiri agar Ramadhan kali ini lebih baik dr ramadhan yang lalu.

    Rasa bersyukur kerana Allah memberi peluang lagi pada diri ini bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Harap pertemuan kali ini tidak disia2kan begitu sahaja, gusar tidak ada Ramadhan lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Dia masih lagi memberi kita peluang. peluang untuk beribadat padaNya. peluang untuk mendekatkan lagi diri padaNya. peluang untuk bertaubat padaNya. peluang untuk mencari keredhaanNya. peluang untuk mencari keberkatan dr Nya. Sama2 kita sesama kita berusaha ke arah itu.

    Saturday, August 8, 2009

    Citer NURKasiH

    citerni bes sgt.rugi woo sape tak ikuti. everi Jumaat kul9mlm. skrg daepisod11. citer dia pasai kawen paksa ikutpilihan famili. ada mesej agama+kkeluargaan. rase xsaba nk tunggu nekwik. sape2 yg bizi dak sempat nktgkke.termiss ke ataupun xpuas feelke jom le ke www.tv3.com.my/nurkasih . drama2 beh cm niyg feelin2 cm gini suke le jugak. husband pun suka. kdg2 dia plak yg ingatkan sbb dia pun suka. kdg2 drama ke ape2 ke rancangan kat tv yg sama2 suke kdg2 leh wat kite release stress.duk dpn tv tgk tv sesama kan. xsaba nk tunggu next episod . episod 12.

    Dak sehat da 2 minngu uuwaa :((

    Ari ni da masuk 2minggu 2hari batuk xrenti2.mcmnk baik tp dtg balik. uwaaaa :(( sedey2.otot bawah tulang rusuk blkg sblh kiri sakit.maybe radang kot.dulu penah kena.sakit woo nk2setiapkali batuk. takleh piki se. uda lama nk tulih blog tp takleh nk susun ayat sbb terganggu. sayes terganggu.bisnes pun bia mcmtu je.br je dua tiga hari lepas nk start gear balik. esok appointment nga kidney specialist.bleh le ngadu sket2 ape yg patut.arap2 takberpanjangan.amin.

    Thursday, July 23, 2009

    SeLamAt Study - untuk AyaNg




    • selamat balik zaman belaja
    • selamat baca buku
    • selamat buat nota
      selamat study
      selamat bersengkang mata
      selamat buat asekmen
      selamat menjawab soalan exam
      selamat dan selamat