Thursday, July 23, 2009

SeLamAt Study - untuk AyaNg




  • selamat balik zaman belaja
  • selamat baca buku
  • selamat buat nota
    selamat study
    selamat bersengkang mata
    selamat buat asekmen
    selamat menjawab soalan exam
    selamat dan selamat

Tuesday, July 14, 2009

Adaa aKu KeSah..

ari ni tingin nak makan nasik kerabu pasa malam. ada satu tempat tu kena amek no. zai dapatla no 38. zai denga makcik tu panggil 31. makne nye tadak le lama zai nak kena tunggu. stlh beli belah kat pasa nk balik. parkin jauh siot. adeh ujung jalan. xpe2 bersenam sket ptg2 nih. rileks no stress pun. ondway balik tu masuk highway mrr2 zai nak u-turn le ada le satu skuter ni lembab mcm teragak-agak. maybe terlanggar sket tepi kete. nampak ada sticker L tapi bonceng. muka cam dak baru pas spm. yg bonceng tu siap amek hp amek no kete zai smbil tunjuk isyarat "jaga la kau". Dia yg terlanggar kete org aku tak berenti mintak gantirugi pun mujo. Dah le lesen L bonceng. nak amek no plat kete pun amekla ada aku kesah!

Monday, July 13, 2009

Lirik Slot Akasia – The Fabulous Cats




Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak
secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga
belum dijamah pahitnya jelas
terasa..

ref 1:
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah
buat kita berbalah
Dendam terwujud segala yang indah
Hilang hilang..

ref 2:

Dari satu hujung ke satu
penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita
dalam hidup kita
Hingga paling kelam
kan terpapardi slot akasia…

Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..Aoww… ooo oww..

repeat ref 1
repeat ref 2

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan
yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata
ditutup disitu ada cinta..
Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal
mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat
dipinggirkan
Namun kita manusia senang
dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkantinggi
Tak menjunam jatuh menghempas
ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontara sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nakdikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpingeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
repeat ref 2

Thursday, July 9, 2009

sOtOnG CeLup TepUNg yang PEEErgh




kalo korang ondway dr Kuantan ke KL singgah le kat Restoren Seafood Mesra Kat batu 11 Jalan Gambang tepi stesen minyak shell. tepi jalan je. pasti tak menyesal. servis dia memang tiptop. da banyak kali da den berenti menyantap kat sini. ajakfamili dtg mkn ramai2 sini pun penah. tapii sotong celup tepung dia peergh memang takleh lupa. terasa mcm makan mozzarella cheese kat burger king plak. pendek kata highly recommended le memang xleh lupa mkn skali mesti mau pegi lg.

Wednesday, July 8, 2009

SALAH KE AKU DOK UMAH JE

ha..tajuk macem melepaih kan geram.memang geram pun. pegi mane2 bile org tanya keje. tak duk umah. xkeje. wat on9 bisnes kecik2 jek. ooo. muka semacam jek. da tahu da ape kat dlm tu darang nak lepaih kan pas ni. ermm da lama da tak keje. da lama da since sle yg d worst skali serang. oo RUGI LE ADA DEGREE tapi tak keje. haa da start da. ni maleh nak hadap nih. yg ni memang hampeh. salah ke kalo aku duk umah. aku bleh buat ikut suka ati aku nak. aku leh rest - maksudnye aku yg paling tepat aku leh tido2. bukan saje2 aku nak duk umah wei. aku pun kalo ikutkan aku pun dolu2 ade cita2 aku sndirk tp aku ade berjuta alasan yg susah aku nak describe kat org laen. yg paham aku adalah aku. selain dr tu mak aku. pastu ayang. tu aje. darang bleh cakap je. bleh umpat je ape yg darang suka. darang tahu ke sakit aku macam mane. darang penah rase ke. nak ke rase? bak sini meh kita doakan ramai2 agar karang pun kena mcm aku kena. ha rase le baru tahu langit tinggi ke rendah le. baru tahu sakitnya mcm nak mati.
susah betulkan nak ubah mindset org melayu2 nih. nak2yg baya mak kita nih. bagi darang bile keje kat opis ada ekon gaji lg besa. darang tak tahu ke yg berniaga ni lagi besa. memang le berbisnes ni ada naik turun. depend on rezeki le tu memang takleh nafi le. rezeki tu ada mane2.
bia le ape darang nak cakap. yg penting aku hepi. yg penting hubbi aku memahami ape yg aku buat. darang jeles..jeles..jeles. darang ingat bisnes on9 ni xbeh ke. income dia lg banyak da dr gaji aku dulu. nama je tak grand bile org tanya. mana taknye dlm mindset darang yg grand tu doktor, engineer, majistret. ini kesah ibu mertua ku ke.. erkk. korang kat opis tensen mension keje berpeluh2 duit dpt cm tu jugak ujung bulan. dulu masa kije aku se duit aku dpt tu sket je, ujung bulan abes ujung bulan je abes. xnyah le piki pasai duit sgt. duit xbawak gi memane pun. xsemestinya bahagia kan korang. yg penting ni ni ni kat hati korang ni mesti ikhlas, tahu ape korang da buat, Duit tu rezeki. Rezeki tu Dia yang bagi. Back to Dia. seme nye dr Dia.
ape2 tengok2.benci2 le sekeh kan pala baru tau.

Tuesday, July 7, 2009

pregy..no..no..no

nak citer sal satu mende.. ari tu cm dlm 2 minggu lepaih gak le, time tu nak menulih blog ni memang le rase mcm xlarat. tak tahu nape. petang2 mesti pening pala.pening yg amat smpi zai kena tido kejap. pas tido tu ok mcmtadak pape. cek suhu, ok normal. cek blood pressure ok. satu lg tgk mknan yg pelik2 terasa mual2 mcm nak muntah tp xmuntah terutama nye waktu pagi. ahh morning sickness ke?haiyak pegnen ke?

zai pi la wat pregnency test.mane le tahu kot2 le. negetive. pi jupe doctor ape sal le jadi cam gini..nak tahu nape..maybe sebab terlalu inginkan baby kot jadi cm gitu.masa dolu2 penah gak jadi cm gini. byk bulan gak le zai mcm ni, morning sickness ni. salu le beli asam tu asam ni. nak ilang loya2. maybe juga sbb sejak dua menjak ni org kat sekeliling zai asik bgtahu kabar gembira yg darang da pegnen.(bulat, irah, kakzah, kaksha, kak intanz seme pegnen ni). kalo nak kata nakbaby sgt rasa nya tak le jugak..sbb nye doc da bg warning zai xleh pegnen coz i'm on MMF. MMF ni ada le satu ubat ni coz skrg ni zai ade kidney prob.maybe agak lama le jugaks on MMF ni, maybe setahun maybe dua tahun. depend on kesihatan zai le. sbb tu skrg ni xmo pressure2 takmo tensen2 rest mesti lebih2. dlm mindset ni dlm setahun dua ni memang xleh pegnen wlupun pun boleh takut baby xnormal.

sedih tu memang le sedih. tpii da bleh terima seme tu. Itukan dr pada Nya. Dia lebih mengetahui apa yang tidak ketahui. ada gak yg cdgkan anak angkat. bukan tanak amek anak angkat,kalo ikutkan memang le nak tapi ermm rasenye byk org taksetuju dr setuju. my SIL yg wat majlis kawen nga zai dulu tu pun belum pegnen. kalo ikutkan bia le long (SIL)pegnen dulu.bia le long bg cucu dulu kat mak dan ayah. zai lambat lg agaknya. tengok pd rezeki. InsyaAllah suatu hari nanti pasti tiba gak detik tu.

Monday, July 6, 2009

bizi di hujung2 minggu

Terasa dah begitu lamatak update blog kesayangan ni. xtahu nape.xde reason yg nak bg.nak kata takde idea nak tulih, ada jek terawang-awang kat kepala. ada jek kala nye, wah beh ni kalo masuk dlm blog. keep dlm tulisan kan lebih beharga.nanti bile da tua2 sok panjang umo bleh baca pastu senyum sowang2.sejak dua menjak, bile tiba time ujung minggu jek mesti zai lesap.ada je mende kena buat. ada2 jek le memacam.
ujung minggu baru2 ni anta adik balik u. bukan register dak baru2 tu. adik da masuk tahun dua da pun. tp konvoi nga dia sbb belikan moto tuk dia. kesian gak dia duk pujuk2 nak beli moto sbb hostel nga tempat kuliah tu jauh. asik duk tumpang org katanya. hari jumaat konvoi dr KL ke kuantan. tido rehat2 kat umah umie kat Kuantan. pastu Ahad tu konvoi ke Dungun. Alhamdulillah selamat gak smpi. semuanye ok.da lama xpeknik2 ni. teringin nak makan tepi pantai. wlaupun thu sbnrnye zai xleh lama2 kat pantai. umie duk sik duk sebut2 nak bwk bak jalan2 makan2 tepi pantai. petang sabtu2 tak rancang pape pun, tetiba jek zai call adik zai yg duk matrik gambang tu tanya dia free tak nak ajak makan dorian tepi pantai. dikna terus cancel seme studi group dia.wahahaha sebab nk ikut pi makan tepi pantai. ape la laso konvoi lagi ke tepi Pantai Sepat. makan doriian kat sana. sonok tengok seme hepi.nanti nak paste gamba soon.
nextwik ujung minggu pun da kena block suda. nak register ayang smbg belaja. seme da setel da.medical check up suda. borang da isi seme. cuma satu je belum matikan setem lg. ingat2 balik masa ayang decide nak sambung master dulu tu, tetiba jek bile dia ternampak iklan kat the star ada part time smbg master kat UTM. terus dia bitau nak smbg. ingat ke main. sayes memang masa tu ingat memang dia main2. upanye da smpi seru dia nk smbg belaja balik. xde dlm perancangan sbnrnye. masa time pakwe makwe dulu pun tak penah duk sebut nk smbg. da kawin lg le duk sibuk mcm2 langsung tak penah tesebut2. seme ayg yg uruskan,. call lecturer. isi borang nak mohon. ingat ke da tak dapat sebab anta borang lmbat. masa tarikh tutup tu ayg kat offshore. sek bek sekteri dia tolong manage. da smpi surat twaran kat umah ni le baru zai betul2 percaya ayg nak smbg belaja lg. Good lucksss sayang.
bagi kastemer2 / dealer2 sik boring je kot. hihihi, bile ujung minggujek ilang. ujung minggu jek ilang. kesian darang salu delay. nk wat cammane, xleh nak dielak2 lg. sowii sesgt.










Tuesday, June 23, 2009

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Esok satu rejab, tahun ni nak tak tanam azam nak puasa sunat seberapa banyak yang boleh bulan rejab ni. Kuatlah semangat ku ini YAALLAH dan BERKATI LAH IBADATKU kepada Mu YAALLAH. Pas sembahyang maghrib tadik rase mcm sejuk tenang terase macam dlm bulan RAMADHAN pulak. Datangnye rejab esok ramadhan pun semakin dekat menjenggah. sonok nye rase xlama lagi ramadhan datang lagi.k la kat bawah ni zai copy fadhilat amalan bulan rejab untuk menaikkan semangat zai dan semngat sape2 yg baca blog ni. Jom kita baca :~~
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
  • Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
  • Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
  • Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
  • Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
  • Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
  • Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
  • Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
  • Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
  • Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
  • Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
  • Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
  • Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
  • Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
  • Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Lain-lain:
  • Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
  • Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
  • Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
  • Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
  • Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
  • Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
  • Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

  1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.

Buku motivasi ape zai beli tu..JENG JENG JENG ~~


Ni la buku yg zai beli nak baca ri tu. Pas baca buku Dr Rusly yg first ri tu mcm ketagih lak nak baca buku dia seterusnya. saje nak setkan minda jd seme positif jek. almaklum le sle ni kan kena thinkin positif jek. baca buku ni beh gak. under pressure sket sbb dia menceritakan kesusahan dia pas dia bankrup nak bangun balik. tgk tuk jd org berjaya pun byk kali gagal. tak semestinya cuba skali terus berjaya. idup kita ni kadang2 kita kat atas kadang2 kita kat bawah. walau kat mana skali pun kita, bersyukur pd Dia yang lagi Mengetahui. Dalam apa jua keadaan, kita tak tahu ada yg lagi teruk/baik dr apa yang kita dapat. Senyum la selalu :)

Saturday, June 20, 2009

MAKAN makan Makan MAKAn

Kalo sebut bak masak memasak ni, nak kate terer tu jauh lg. basic2 tu ade le sket2. weekend yg lepaih ajak ayg gi jusco keramat AU semata smmg nye niat dr rumah nak beli buku motivasi. nak memantapkan diri. Teringat kate2 irfan khairi dlm buku first dia tu yg maksudnye ala2 kalo kite ade duit lebih kat mane kita nak laburkan duit tu, mula2 skali pd buku le, menambahkan ilmu di dada. gitu2 le lebih kurang. dlm2 duk memilih ni terpandang le satu buku ni, ape salahnye kan zai menambah kemahiran memasak yg memang da bekarat tu. Kompilasi masakan ayam. Nape zai pilih ayam..sbb nye ayg sy ni tak berapa gemar ikan, salah masak dia xmakan. ayam ni memang dia makan. asik masak ayam ni smpi da kebuntuan xtahu nak pelbagai mskn ayam ni. so, rase elok bebenorle kalo zai ada buku ni. Dipendekkan cerita semalam hari ahad nan ceria try le satu resepi ni AYAM MASAK ITAM. Mula2 tgk resepi ni taktau le ape rase nye. Nak tahu rase kena try buat. tgk gamba dia mcm soodap jek. japletak gambar mula2 ni versibuku punye.


Bahan2 dia : ayam, daun limau purut, serai, bunga kantan, minyak masak, pes tomyam, mayonis, madu, tepung jagung, sos tiram, telur, air, garam dan gula. Ayam ni mula2 kena perap 2 jam dengan tepung jagung, sos tiram, telur, garam dan gula. Goreng ayam smpi masak. Minyak panaskan, tumis serai, bunga kantan dan pes tomyam smpi naik bau. Masuk air, mayonis, madu. Pastu bia smpi pekat. Dah pekat masuk daun limau purut, garam, gula. Dah pun siap. Alhamdulillah ayg kata dia suka. Rase dia macam makan nasik kerabu,munkin sbb dia ada campuran bunga kantan dan serai yg tumis tu. aku pun suka gak le resepi ni. Haa last but not least kat bawah ni AYAM MASAK ITAM VERSI ZAI.




Thursday, May 28, 2009

Monday, May 4, 2009

MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP


Buku kak intan yg rekmen suh baca. memang begitu beriya-iya suh zai baca. memang bes dan berbaloi rasenye itu le komen yg mula2 terkeluar bile baca sket baca muka depan dan belakang kulit buku ni. bile da khatam ni rase kalo kita tak baca buku ni kita agak rugi. rase nye kalo org melayu semua baca buku ni persepsi org melayu kalo tak banyak pun sikit pasti berubah. kadang kita ni dikerundung oleh tabiat lama. kita kadang salah kan adat salahkan tradisi tp sbnrnye kita yang liat untuk berubah ke arah yang lebih baik. tp persepsi orang dulu dan sekarang di kampung ataupun di bandar lebih kurang sama dr segi beberapa perkara. kdg rasenye mende tu tak bleh nak ubah2 lg kan. rimas! sesape yg dahagakan motivasi diri terasa ingin memebesarkan jiwa yang kecil try le baca buku ni.

sorry guys

ari nii da masuk ari yg 13 da zai batuk2 dan deman..tak sodap badan. batuk tu memang batuk kronik le smpi luka. ada skali tu batuk2 kuat sgt smpi keluar darah. 2 kali ludah je. makne nye luka nye takde le besa. ari ni ari yg ke 13 ni da byk da kurang. alhmdulillah rase lega. spjg tak sehat ari tu memang sungguh takde mood nak wat keje2 bisnes2 ni. aduh. mlm awai sgt tido ngantok sbb makan ubat batuk. kdg pagi2 pun ngantok gak. sbb memang tersgt le berat mata ni bile da telan ubat batuk tu. terasa mcm nak amek cuti jek seminggu dua time tu nak rest. pada kastemer2 try duk nak tanya time malam2 sowi le, sbb memang ym tu online tp yg duk depan pc ni husband zai duk main game. kdg2 dia tolong jawab kan kalo dia rajin. maap le ssengat. terutama skali kepada adik feeqa, akak mintak le maap byk2. bukan akak yg jwbkan ym tu akak da tido. bukan sengaja akak memang tertido. i'm sowi byk2. dan teristimewa untuk hazlina bulat aku mintak maap sbb waktu tu aku tak dapat na share saat kegembiraan tu. sowiiii sesgt. ape2 pun aku tumpang gumbira. syukur sgt! aku pun dak sabo nak tunggu detik2 gitu gak. huahuahua. jgn kesihatan jgn diri jaga baby kat dlm tuh. makan mknan yg bkhasiat jek tau. kim salam kat ur hubby cakap aku nga anas ucap tahniah ek.

Thursday, April 23, 2009

TERLANJUR CINTA - ROSSA feat PASHA (UNGU)



(Rossa)

Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

(Pasha)
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
(Korus)
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….
(Rossa)
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

(Pasha)
Apa yang ku genggamTak mudah untuk aku lepaskan…

Monday, April 20, 2009

Selamat Pangantin Baru Bilal & Dayah

Ya Allah, Ya Tuhan kami
Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu
Kau limpahkanlah Rahmat jua keampunan-Mu kepada

Hafizal & Hidayah

Andai kau berkenan,
Limpahilah rasa cinta kepada mereka
sebagaimana yang Kau jadikan pengikat
rindu Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
sebagaimana yang Kau jadikan
air mata kasih sayang
Ali bin Talib dan Fatimah Az-zahra,
dan sebagaimana yang Kau jadikan
penghias keluarga Nabi Mu yang suci,
Ya Allah, Andai semua itu tidak layak bagi mereka,
Maka cukuplah permohonan kami
hanya dengan redha-Mu
jadikanlah mereka suami & isteri yang sentiasa
mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketaqwaan, serta saling menyempurnakan
dalam peribadatan.









PC ku demam teruk


Pc zai ni demam teruk da seminggu da dia demam. da tak tau da nak bg ubat ape da. Mula2 ari tu start dgn hang. pastu ayg install antivirus kaspersky. nampak mcm okey..upanye kejap jek ok. bile pc ni demam ni zai mula le ikut sama nak demam + tensen plus plus. tak bole nak wat keje. kedai pun tak berape berjalan lancar. miscommunication le hape le. baru je pakai sebulan pc ku ini. pc ku ini destop. dolu2 pakai laptop lama abg. tapi yg tu prob sebab da tua. keyboard oasak. kipas pun osak. pun ter off sndiri bile da lama2 kite pakai. ni destop osak terpakse tekeja2 kejap on laptop. kadang2 dia okey. lama gak boleh guna bile da tak ok berlari pulak masuk bilik depan on pc nadiah(adik ipar), terpaksa pinjam kejap. Ni baru je format tak tahu le ok ke tidak lg. tp mcm ok sket le tapi ada jugak ter off tu. nak kata kipas osak mcm okey je. ni mesti virus/ vulnerability. tak tahu le apo masa'aleh nye. zai ni bukan reti sgt sal pc ni. arap bantuan ayg aje. pape pun tengah pc cam gini ni, arap2 kastemer koleksideniza jgn le mare2 kalo zai lambat reply mesej ke, email ke. wlpun lambat reply insyaAllah cam mane skali pun zai akan reply, dont wori. satu je tp jgn le tepon2 nerbes le. kdg zai duk sibuk wat mende laen kadang tak perasan hp bunyi. biasa le org da berumah tangga ni kadang2 hp tak tau letak mane. ekeke. arap2 prob tak berpanjangan. cepat le baik pc ku ini.




Saturday, April 18, 2009

Air Mata

Pagi ni dapat forward email2 ni adalah salah satu email fwd dr SIM nenarik perhatian zai. So untuk selalu peringatkan zai yg memang cengeng sket ni zai paste kan kat blog nanti leh baca selalu.


PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.






10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah
  1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
Tangis tercela atau terpuji?Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah SWT, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi atau menangis sehingga meratap mayat dengan meraung, memukul-mukul dada dan badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan dapat memadamkan api NerakaAda jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis yang bermaksudnya: “Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.Air mata taubat Nabi Adam a.s.Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!”Air mata yang tidak dituntut
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
  • Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
  • Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

  1. Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
  2. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  3. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka

Air mata tanda rahmat Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :

  1. Apabila dahinya berpeluh.
  2. Airmatanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah SWT untuk si mayat.Dari Abu Hurariah r.a., dari Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah SWT pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah SWT;
  1. Imam (raja atau penguasa) yang adil,
  2. Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
  3. Orang yang hatinya tergantung di masjid,
  4. Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
  6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
  7. Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
Sucikanlah empat hal dengan empat perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
  4. dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.
Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT.Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

dikna



alhmdulillah dikna dapat matrik gambang dekat aje le nga umah umie. semalam baru cek kat tenet ni. tak sure le kalo dpt yg laen maybe tengok keadaan nak pegi tak yg ini.


AF7




Bile time malam je mengadap pc ni mata zai ni macam nak katup..tak tahu le ape yang tak kena...maybe badan ni kalo leh cakap mesti dia cakap weh rehat la woi takpun pii le tido..wakaka.ntah le tak tahu i'm still here..kedek2 duk menaip2 update blog ni. baru le pas tengoj konsert AF7, my hubby keluar borak ngan bes pren dia kat kedai mamak. Sebut sal AF nih, nak kata bes sesgt AF7 ni takde le ok2 jek. Biasa le tiap2 ta'un yg bersemangat duk tertunggu AF ni my hubby le, Mr Anas. Hehehe..mesti ramai tak caye ni. kwang2x. tetapi itu le kenyataan nye. bile dia2 mula da bersemangat tgk zai pun ikot layan skali le. Senang2 zai bahasakan my hubby tu ayang lah takpun abg..memang itu le panggilan zai kat die. tak biasa my hubby2 ni sbnrnye..terikot2 org aje nih. Tahun ni ayg suka AISHAH yang comey dan cute. Alang dia suka Aishah zai cari le student2 yg mane yg bekenan di hati sesaje nk fight nga ayg ni..idak2 last zai pilih le HAFIZ sebab dia memang nampak boleh le dikatakan berkebolehan, comey and cute le jugaks. sesaje le involve in sokong AF ni sebab ade le jugak mende yg leh duk sama2 depan tv smbil suka2 ujung minggu. itu aje. takde lebih2.

Tuesday, April 14, 2009

Monday, April 13, 2009

Maleh se nak packin2 mlm2 gini

Maleh betol zai se nak packin2 tudung2 nih malam ni. tak tahu nape. berat je perasaan nih. adeh. tulun2 perut ni asik meragam2 sejak kena gastrik 2 hari lepas. Mane idak nye kena gastriknye zai makan buah "pauh ringan" ala buah mempelam yg kecik2 tu yg masem tak henggat tuu. pa idaknye sekilo sorg2. apa la laso ke klinik Idham le mintak ubat gastrik gelak je doctor kat sane. tp perut masih tak beberape nak ok lg. zai bukan bleh nampak asam2 ni lg masam lg kecur air liur ni. sanggup tunggu kedai bukak semata nak kan buah pauh tu. ni stop kejap bukan serik tp bg perut ni elok sket. ubat standby da ada. ekekekeke.


org keje opis masuk 8.30 pg balik 5.30 ptg. baru ku tahu keje wat bisnes sndirik ni kadang2 menuntut pengorbanan wlpun sbnrnye kite le yg atur sndiri ke mane dan di mane kite. org cuti sabtu ahad kdg2 kite duk mengadam pc ni masukkan stock baru. tu org duk kate2 rezeki Allah tu ada mana2. masa time raye dulu ada org yg sudi membantu. sape lg hubby kesayangan zai yg baik ati (ecece ni bodek ni). zai selalunye bile amek stock tudung dr supplier balik cek tudung dulu, mane benang2 yg terlebey tu nak kena edit2 gak. kalo xbersih ke kdg2 basuh sndirik kalo idak anta supplier balik. tp leceh le kan nak kena pegi balik. kos transport gak tu kirenye. pas da edit2 tu biasa nye zai iron kasik cantik. masuk dlm plastik. packing cantik sebelom masuk kotak. tgk le kalo byk order sape je yg ada kat umah ni jd mangsa le. ari tu adik zai, joe jd mangsa. hubby zai tu memang da paham le kalo byk sgt mesti dia turun padang gak. tp skrg ni tadop sape. hubby sibuk sgt skrg ni dgn keje dia. ni jam da dekat kui 9.30 mlm belom lg smpi umah. kesian dia penatnye keje. seb bek le skrg ni boleh le handle sorg2. ni zai letak satu pict kat bawah ni tudung mudung da siap packin nak masuk kotak.

Friday, April 3, 2009

mEEt UncLe SaLLEh

Kenape meet uncle salleh? ekeke org duk sibuk meet uncle husin yg ini sibuk nak wat group gak. detail nye leh le baca kat blog my husband nih http://anas-kacak.blogspot.com/2009/04/album-pertama-meet-uncle-salleh.html .

Mempelam Satu meter Nak try Berbuah - Episod 2

Kiosk

Ni gamba amek masa g carrefour wangsamaju. alang2 g pos opis pos tudung g cuci2 mata ilangkan poneng kepala. Memang berangan nak buka kiosk kalo dimurahkan rezeki; kalo dimurahkan rezeki lagi nak buka butik.. tu tengah survey2 mane tempat yg cun2 ke. tu nama nye angan-angan mat jenin. takpe5 mula2 angan dulu mana tahu sok2 dapat bukak butik betoi2. InsyaAllah, YaAllah kurniakanlah rezeki yang berlimpah ruah kepada kami YaAllah..amin. amin. amin. hihihihi rezeki kan ada mane2 tak kira tempat dan cara yang penting niat dan ikhlas. Pakar motivasi pun kata kalo kite berangan hendak kan sesuatu tu kalo boleh sekerap mungkin kita tengok gamba mende tu. Contohnye kalo kite ada kereta idaman kita, kita letak bawah bantal ke tiap kali belom tido kite tengok, tu akan jadi motivasi kat kite tuk dapatkan ia. alamak ape yg zai merapu memalam ni. maybe time to sleep. ngantok. zzzzzzzz.

Wednesday, April 1, 2009

Celoteh sorg2 tengah MALAM

Mata ni mcm da ngantok tapi baru je siap update blog kain pasang. sejak terlibat terbabit terjerumus dlm bisnes kain psang ni entah mcm pening2 lalat sket. takpe2 baru2 mesti le mcm tu tp zai suka. suka sebab memang suka. hehehe. thanks byk2.

tp start je sejak zai tutup kedai ari jumaat ari zai tak leh nak concentrate sgt sebab nye ada msalh famili sket yg tak dapat nak elak. mak ayah famili seme ada KL sibuk le sket almaklum le mak sndiri dtg ni zai se zai lagi takut dr mak mertua dtg. tapi takpe le di smping terkeja2 layan diorg and nak setel famili prob zai tuh sempat gak le zai setel kan order akak sorang yg bek ati dan comey tu. letih tu tak tahu nak kata ape tapi kesian kat akak sebab nye akak da masuk kan duit ari jumaat lagi. masa tu le dpt panggilan urgent suh balik kg mlm jumaat tu ada mesej kat akak, takut nak simpan duit akak lama2 ingat nak transfer balik duit akak, bile da setel semua mslh famili zai ni baru suh akak transfer balik. tp akak ni bek ati sgt suh zai simpan je. cakap percaye kat zai. zai se tak tenang sket kalo pegang duit customer lama2. nak2 yg order borong. yg byk2. isau sbb duit orang. oklah cam gitu tp tuk ilang kan sket ke tidaktenangan ati tu zai bg no tepon hubby and ummie zai kat akak. td baru setel order akak. kesian gak kat akak tunggu lama sket. biasanye 1-3 zai da setelkan order kalo borong and tempah le. tu le tetiba je aral melintang tanpa disangka time2 yg memang genting lak tu. k la da ngantok.

Sunday, March 29, 2009

Nak update ke tanak..

Nak update ke tanak blog ni. kalo ikutkan ati memang le nak tapi tanya badan ni kpenatan masih terasa. ececece. ni le my very first time aku drive sorang2 dr kuantan ke KL. hubby g offshore lagi. maybe 10 hari lagi. ada prob lg kat sana kena setel. tp aku travel bukan sorg2 seme skali 4 orang ~ umie, bak and dikna. ada hal sket nak setel kat sini. so diorg ikut skali. lupa plak tambah lagi nga aben dan julie. (aben ~ my lovely cat) and julie (dikna punye lovely cat yang tengah sarat pegnen tunggu masa je). Alhamdulillah selamat smpi kat KL.

kepala ni asik duk pk order org yg belom setel lagi. tapi kenyataan nye family first apa pun famili lg utama dr bisnes ke keje laen ke kan. da dua hari setengah tutup kedai. sok lum sure lagi nak buka kedai. wlpun customer da mula tanya2. aku cakap ari isnin aku akan update dan reply diorg nie. gegege. harap2 customer paham le situasi sbnrnye keadaan tuan hamba. arap2 nye hal famili aku ni dapat di setelkan dlm satu atau dua hari ni. jadi boleh le aku setel kan order dengan senang hati dan layan my very valueable customer. isau gak sbnrnye nye ni. ada satu akak yang bek ati dan yang comey tu (alolo bodek ni) da masuk kan duit tuk hampir hundred lai tudung. jenuh gak tu. takleh wat main2. Mula2 memang tulih nak update ke idak blog skali start tu dia pnjg le lebar aku berceloteh. aku kat suka menulih blog ni wlpon takde isi ke ape ke tapi aku suka. gegegegege.

Sunday, March 22, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Tuesday, March 17, 2009

BaLik kAMpUnG

tak tau tangan ni terasa gatai nak update blog tapi idea ni kering kontang tak tau nak tulih ape2. aku sbnrnye baru je semalam balik dr kg aku. sorang2 huhuhu~. plan nye lain jadi laen. kalo ikutkan ayang turun offshore balik KL sesama tapi tetiba je ape ntah prob kena extend lg smpi next sabtu ni.. uhh lama nye. terpaksa le aku naik bas balik KL sorg2. sunyi tau kalo takde ayang kat umah ni. wlpon skrg ni adik ipar ada duk sini tapi tu le tak sama. still gak rase ketiadaan dia tu. xpe2 tak lama lagi da.. ari ni rabu sok khamis lusa jumaat tulak sabtu..yea~ arap2 nye ayang balik nga selamat.

balik kg dr ari khamis 12.03 smpi le ari isnin 16.03. byk gak mende yg aku setel kan kat sana. kesian ummie and bak kat sana. abg ngoh merajuk tak dtg2 umah. so takded sape nak bwk bak g klinik. aku balik aku le yg bawak diorg g check up. time aku balik gak le ummie amek peluang nakg beli brg2 keperluan dapur. mcm2 gak le ummie borong almaklum le time ni le bile anak2 balik le baru ummie bekesempatan nak shoppin barang2 dapur. kalo idak kedai runcit sebelah2 umah tu le tempatnye beli sket2 barang2 keperluan dapur. nasib kedai tu dekat. wlpon idak le besa kedai tu tapi ada le barang2 yg kite nak sket2.


yg kelaka nye masa time sbelom balik tu aku g amek stock tuk sape ntah tak ingat plak tapi yg pasti nye aku g amek stock tudung bawal ni le. smbil2 tu merewang2 tempat laen skali. alang2 da outing tu..ecece..aku memang tgh survey kat ane org borong tudung ekin. sbb nye aku ni plan nak expand bisnes tudung aku ni. plan nye belom le clear betoi2 lagi. tp duk berangan2 le. kalo nak arap2 juai tudung bawal aje mcm tak ngam so aku cari le alternatif lain tuk dijadikan produk aku skali. yg penting ia nye kualiti dan paling penting MURAH. jalan2 tu aku pun ter le beli tudung ekin satu kodi. ala tudung ekin yg corak2 tu campo2. aku yg pilih sndiri wlpon corak dia langsung tak menarik perhatian aku. nasib le aku tak amek satu bandle yg di packin tu kalo idak corak nye sama je. tapi i bila aku balik umah..aku ter piki2 betol ke aku beli ni tudung ekin ni..wat ape aku beli terus..bukan ke aku nak survey dulu. aiseh man ni kes naya ni ni kes terpedaya nga org juai2 tu le ni. aku pun bawak balik skali le tudung ekin ni balik kg. uhh~ mula2 mcm org berminat sgt nampaknye almaklum le tengah2 bulan.budject ciput. aku juai rm10 je pun sbb aku nak lelong je sbb aku se ter beli tak tersengaja. maleh nak juai kat blog tudung ekin ni. tak sangka lak at last laku plak tudung mudung ekin ni. maybe ngam kot dengan corak2 dia ala2 mcm nak kata tuk org muda sgt tu idak tua sgt pun idak. kak nora smpi borong 4 lai. kuikuikui..kelaka.


kak nora ada gak le nengok2 tudung bawal yg aku bwk. dia kata dia baru je beli tudung sulam tangan byr dua kali nga ada org kat opis husband dia. sulam tangan yg biasa tu yang aku duk juai rm40 - rm45 tuh.. dia kata hege dia rm100 bayar dua kali makne nye rm50 x 2. mak aii mahai nye. terasa lak aku juai murah sgt ke. kalo ikutkan ari tu aku g tgk kat pasa malam kat umah aku ni sulam tangan yg biasa2 tuh diorg juai rm45. lebih kurang aku juai gak le. wlpon stock baru sulam tangan skrg ni aku juai rm40 se lai. balik kg smbil menyelam minum air le kire nye aku nih. smbil2 balik smbil minum air. ekekeke.


result spm pun da keluar. alhmd dikna dpt 8A. sekolah kg dapat cam gitu da kire ok le tu. srnok dia sbb di umumkan pelajar cemerlang sekolah tu time tu gak. and time tu gak le pengetua sekolah panggil ke depan tempat perhimpunan tu tuk amek duit rm3rts. fuhh dpt le free 3rts. aku dulu dpt gak 8A tapi tak de sape pun care. srnok le dia. beriya - iya ajak aku makan mcD.


Ari ahad sbelom aku balik KL tuh aku bwk le ummie, bak and dikna g jalan2.. g taman gelora and taman teruntum tapi nasib tak menyebelahi kite org ujan turun dgn lebatnye. juz bleh duk dlm kete je. nasib kat taman gelora tu ada pasa g beli makan2 sket. makan dlm kete je. xpe le asalkan aku da tunaikan janji aku nak bawak bak g jalan2. tu aje le spjg aku balik kali ni. ummie suh aku balik tiap2 bulan bwk bak g check up kat spital. InsyaAllah aku next month aku balik lg.

Friday, March 6, 2009

personality quizbox

Your view on yourself:
You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education:
You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.