Sunday, September 20, 2009
selamat hari raya semua
Friday, September 18, 2009
shoppin raya
.jpg)
Tuesday, September 15, 2009
bbuka puasa kat Equatorial
da reda org berebut mkn br le kite org round tgk nk makan ape. tgh cef masak seafood kat satu sudt, berapi2. fuhh macam sedap tp kena beratur le. mula2 tu kutip le seafood yg mane2 zai suka.udang, ketam, kerang, bamboo ape ntah satu lupa nama.bg bg kat cef tu. nampak darang rebus dulu. pastu goreng nga sambal yg da siap darang wat. tp meleleh memang sedaap.highly recommended kalu pegi makan sini.ayg mkn yongtaufu and sate. sate dia pun bes. ikan duri salai cicah air asam.nampak gaya nye kat sini memang kbyakan nye masakan kampung. nasi beriani ada, nasi dagang ade. tp tadak le kite org nk makan seme.
perut mcm da full. smbyg maghrib dulu. pastu smbg nga ais kacang, sate lg, ikan duri salai lagi. pastu buah2 sket. tu aje le kut makan kat sini. pastu tunggu darang bborak. fuhh bosan tak henggat. bosan tu menyebabkan perut ku ni bertambah sebu dan kenyang yg pelik. nkg toilet kat sini mcm tak beh sbb nye air tadak tisu je ada. dalam kui9 lebih gak le br smpi umah. murah rezeki puasa tahun ni. ari ni ade lagi invitation bbuka puasa kat crown plaza hotel. yg ni darang bawak spouse skali. kire ok le sket kut nnti. harap2 dpt le enjoy last makan hotel sblum balik kg mlm ni atau esk kut. gamba ada tak transfer tu pc lg. sori le entry seme tak update nga gamba lg. busan kan. hehehe. sabau2.
Monday, September 14, 2009
Plan raya tahun ni
tenet ku prob
Thursday, September 10, 2009
Kelebihan malam 10 terakhir Ramadhan
semalam da malam ke-21.ramadhan da dekat nak berlalu. ramadhan da dekat nk berlalu tinggalkan kite seme tahun ni.tapi ada masih ada masa yg berbaki dan masih ada peluang untuk kita kerana dijanjikan 10 malam terakhir dgn pahala berganda2. di sini zai pastekan kelebihan 10 malam terakhir ramadhan utk mengingatkan diri sndiri dan untk para pembaca setia blog ni seadanye. semoga peluang yg masih bbaki ini kite maafaatkan ia dgn hati yang iklas sbg hamba ke yg Esa.
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
- “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: - “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun. - Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia. - Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Bilakah Lailatul Qadar?
- Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)
- Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.
- Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”
- Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
- Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.
Perkara yang sunat dilakukan.
- Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
- Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
- Perkara yang harus dilakukan.
- Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
- Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
Tuesday, September 8, 2009
BBuka puasa kat Istana Hotel
Byk borak aje le kejenye. satu meja skali tu ada azlan ( ni yang menjemput -vendor le ni), pastu kwn azlan.azlina (coullege abg) and husband dia and anak2 dia 3 org, lubna(coullege abg). tu je. kite org bborak smpi kul10.3 kat situ. xtahu le ape yg diborakkan. dr bak keje smpi le bak bisnes. zai pun join sma. macam2 cerita yg keluar. makan2 makan juga. malam balik dgn longlainye terpaksa skip terawih. salunye kalu xpegi surau, smbyg kat umah. kalu ada abg, beriman le. kalu dak smbyg sorg2. tp malam tu memang dak larat sgt.ada snap gamba sket2 nnti paste later k.
Monday, September 7, 2009
Awal Ramadhan kali ini..
besahur dlm kul4.3 zai bangun tolong mak panaskan lauk2. mak da siap masak ayam gulai, sambal udang. seme bangun sahur takde sorg pun miss. mak duk sibuk jgn lupa niat satu bulan tu. bbuka pulak ari tu, masak mee goreng, sandwich pastu yg lebih2 tu seme dr param cm murtabak singapore, rojak. esknye ahad da plan nk bertolak balik ke KL kul 10 pg, sbb aiman nk bertolak balik kuala kubu lg pastu kena anta nora pegi klang.
wlapun first day pose kat umah mentua, zai se srnok. takde bezanye. mak sibuk keluarkan itu ini nk bg kite wat balik KL. bekas kuih raye lah..mangkuk tu mangkuk ni. beg wat smbyg terawih. Mak ada juga bg buku Amalan Sepanjang hayat. kat kulit depan buku tu mak tulis " Untuk Anas & Zai Drpd Mak Semoga Diamalkan. tandatngan mak.tarikh 22.08.09. uhuhu kate mak masa muda ni le kite kena wat amal2an byk bukan tunggu ari tua. sbbnye masa di sana nanti, akan ditanya ape amalan masa muda kita. uhuhuhu terharu. Azam bulan puasa ni makin dikuat2kan tuk bbuat amalan lebih sket nk tampal amalan2 yg lohong bulan laen. org cakap ek eleh bulan puasa br nkg masjid, bulan puasa br nk jd baik. bukan mcm tu kan. mane2 bulan pun. tp bulan ni bulan Ramadhan ganjaran nye belipat kali ganda kn. dakpun jika bulan2 laen terlalu keduniaan sibuk keje seme bulan ni mungkin boleh ddijdkan prmulaan untuk bbuat amalan bpnjgan juga di bulan2 akan dtg.
semoga bulan Ramadhan ni akan menjadikan kite lebih dekat dgn diriNya Yang Maha Esa.Amin
Thursday, August 20, 2009
Jangan Berputus Asa
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi?
Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,pasti Allah akan menolongnya.
Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.
Ramadhan datang lagi..
Rasa bersyukur kerana Allah memberi peluang lagi pada diri ini bertemu dengan bulan yang penuh barakah ini. Harap pertemuan kali ini tidak disia2kan begitu sahaja, gusar tidak ada Ramadhan lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Dia masih lagi memberi kita peluang. peluang untuk beribadat padaNya. peluang untuk mendekatkan lagi diri padaNya. peluang untuk bertaubat padaNya. peluang untuk mencari keredhaanNya. peluang untuk mencari keberkatan dr Nya. Sama2 kita sesama kita berusaha ke arah itu.
Saturday, August 8, 2009
Citer NURKasiH
citerni bes sgt.rugi woo sape tak ikuti. everi Jumaat kul9mlm. skrg daepisod11. citer dia pasai kawen paksa ikutpilihan famili. ada mesej agama+kkeluargaan. rase xsaba nk tunggu nekwik. sape2 yg bizi dak sempat nktgkke.termiss ke ataupun xpuas feelke jom le ke www.tv3.com.my/nurkasih . drama2 beh cm niyg feelin2 cm gini suke le jugak. husband pun suka. kdg2 dia plak yg ingatkan sbb dia pun suka. kdg2 drama ke ape2 ke rancangan kat tv yg sama2 suke kdg2 leh wat kite release stress.duk dpn tv tgk tv sesama kan. xsaba nk tunggu next episod . episod 12.
Dak sehat da 2 minngu uuwaa :((
Thursday, July 23, 2009
SeLamAt Study - untuk AyaNg
Tuesday, July 14, 2009
Adaa aKu KeSah..
Monday, July 13, 2009
Lirik Slot Akasia – The Fabulous Cats
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak
secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga
belum dijamah pahitnya jelas
terasa..
ref 1:
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah
buat kita berbalah
Dendam terwujud segala yang indah
Hilang hilang..
ref 2:
Dari satu hujung ke satu
penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita
dalam hidup kita
Hingga paling kelam
kan terpapardi slot akasia…
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..
Aoww… ooo oww..Aoww… ooo oww..
repeat ref 1
repeat ref 2
Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan
yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata
ditutup disitu ada cinta..
Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal
mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat
dipinggirkan
Namun kita manusia senang
dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkantinggi
Tak menjunam jatuh menghempas
ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontara sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nakdikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpingeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
repeat ref 2
Thursday, July 9, 2009
sOtOnG CeLup TepUNg yang PEEErgh
kalo korang ondway dr Kuantan ke KL singgah le kat Restoren Seafood Mesra Kat batu 11 Jalan Gambang tepi stesen minyak shell. tepi jalan je. pasti tak menyesal. servis dia memang tiptop. da banyak kali da den berenti menyantap kat sini. ajakfamili dtg mkn ramai2 sini pun penah. tapii sotong celup tepung dia peergh memang takleh lupa. terasa mcm makan mozzarella cheese kat burger king plak. pendek kata highly recommended le memang xleh lupa mkn skali mesti mau pegi lg.
Wednesday, July 8, 2009
SALAH KE AKU DOK UMAH JE
Tuesday, July 7, 2009
pregy..no..no..no
zai pi la wat pregnency test.mane le tahu kot2 le. negetive. pi jupe doctor ape sal le jadi cam gini..nak tahu nape..maybe sebab terlalu inginkan baby kot jadi cm gitu.masa dolu2 penah gak jadi cm gini. byk bulan gak le zai mcm ni, morning sickness ni. salu le beli asam tu asam ni. nak ilang loya2. maybe juga sbb sejak dua menjak ni org kat sekeliling zai asik bgtahu kabar gembira yg darang da pegnen.(bulat, irah, kakzah, kaksha, kak intanz seme pegnen ni). kalo nak kata nakbaby sgt rasa nya tak le jugak..sbb nye doc da bg warning zai xleh pegnen coz i'm on MMF. MMF ni ada le satu ubat ni coz skrg ni zai ade kidney prob.maybe agak lama le jugaks on MMF ni, maybe setahun maybe dua tahun. depend on kesihatan zai le. sbb tu skrg ni xmo pressure2 takmo tensen2 rest mesti lebih2. dlm mindset ni dlm setahun dua ni memang xleh pegnen wlupun pun boleh takut baby xnormal.
sedih tu memang le sedih. tpii da bleh terima seme tu. Itukan dr pada Nya. Dia lebih mengetahui apa yang tidak ketahui. ada gak yg cdgkan anak angkat. bukan tanak amek anak angkat,kalo ikutkan memang le nak tapi ermm rasenye byk org taksetuju dr setuju. my SIL yg wat majlis kawen nga zai dulu tu pun belum pegnen. kalo ikutkan bia le long (SIL)pegnen dulu.bia le long bg cucu dulu kat mak dan ayah. zai lambat lg agaknya. tengok pd rezeki. InsyaAllah suatu hari nanti pasti tiba gak detik tu.
Monday, July 6, 2009
bizi di hujung2 minggu
Tuesday, June 23, 2009
FADHILAT BULAN REJAB
- Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
- Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
- Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
- Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
- Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
- Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
- Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
- Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
- Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
- Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
- Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
- Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
- Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
- Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
- Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
- Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya.
- Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah.
- Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
- Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
- Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
- Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
- Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
- Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
- Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
- Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
- Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
- Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
- Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
- Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
- Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
- Israk dan Mikraj (27 Rejab)
- Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
- Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.
Buku motivasi ape zai beli tu..JENG JENG JENG ~~

Saturday, June 20, 2009
MAKAN makan Makan MAKAn
Thursday, May 28, 2009
Monday, May 4, 2009
MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP

Buku kak intan yg rekmen suh baca. memang begitu beriya-iya suh zai baca. memang bes dan berbaloi rasenye itu le komen yg mula2 terkeluar bile baca sket baca muka depan dan belakang kulit buku ni. bile da khatam ni rase kalo kita tak baca buku ni kita agak rugi. rase nye kalo org melayu semua baca buku ni persepsi org melayu kalo tak banyak pun sikit pasti berubah. kadang kita ni dikerundung oleh tabiat lama. kita kadang salah kan adat salahkan tradisi tp sbnrnye kita yang liat untuk berubah ke arah yang lebih baik. tp persepsi orang dulu dan sekarang di kampung ataupun di bandar lebih kurang sama dr segi beberapa perkara. kdg rasenye mende tu tak bleh nak ubah2 lg kan. rimas! sesape yg dahagakan motivasi diri terasa ingin memebesarkan jiwa yang kecil try le baca buku ni.
sorry guys
Thursday, April 23, 2009
TERLANJUR CINTA - ROSSA feat PASHA (UNGU)
(Rossa)
Mengertikah engkau
(Pasha)
Apa yang ku genggam
Aku pun tak mengerti yang terjadi
(Pasha)
Monday, April 20, 2009
Selamat Pangantin Baru Bilal & Dayah
Dari setinggi dan seluas kasih sayang Mu
Kau limpahkanlah Rahmat jua keampunan-Mu kepada
Hafizal & Hidayah
Andai kau berkenan,
Limpahilah rasa cinta kepada mereka
sebagaimana yang Kau jadikan pengikat
rindu Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
sebagaimana yang Kau jadikan
air mata kasih sayang
Ali bin Talib dan Fatimah Az-zahra,
dan sebagaimana yang Kau jadikan
penghias keluarga Nabi Mu yang suci,
Ya Allah, Andai semua itu tidak layak bagi mereka,
Maka cukuplah permohonan kami
hanya dengan redha-Mu
jadikanlah mereka suami & isteri yang sentiasa
mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketaqwaan, serta saling menyempurnakan
dalam peribadatan.



PC ku demam teruk

Pc zai ni demam teruk da seminggu da dia demam. da tak tau da nak bg ubat ape da. Mula2 ari tu start dgn hang. pastu ayg install antivirus kaspersky. nampak mcm okey..upanye kejap jek ok. bile pc ni demam ni zai mula le ikut sama nak demam + tensen plus plus. tak bole nak wat keje. kedai pun tak berape berjalan lancar. miscommunication le hape le. baru je pakai sebulan pc ku ini. pc ku ini destop. dolu2 pakai laptop lama abg. tapi yg tu prob sebab da tua. keyboard oasak. kipas pun osak. pun ter off sndiri bile da lama2 kite pakai. ni destop osak terpakse tekeja2 kejap on laptop. kadang2 dia okey. lama gak boleh guna bile da tak ok berlari pulak masuk bilik depan on pc nadiah(adik ipar), terpaksa pinjam kejap. Ni baru je format tak tahu le ok ke tidak lg. tp mcm ok sket le tapi ada jugak ter off tu. nak kata kipas osak mcm okey je. ni mesti virus/ vulnerability. tak tahu le apo masa'aleh nye. zai ni bukan reti sgt sal pc ni. arap bantuan ayg aje. pape pun tengah pc cam gini ni, arap2 kastemer koleksideniza jgn le mare2 kalo zai lambat reply mesej ke, email ke. wlpun lambat reply insyaAllah cam mane skali pun zai akan reply, dont wori. satu je tp jgn le tepon2 nerbes le. kdg zai duk sibuk wat mende laen kadang tak perasan hp bunyi. biasa le org da berumah tangga ni kadang2 hp tak tau letak mane. ekeke. arap2 prob tak berpanjangan. cepat le baik pc ku ini.

Saturday, April 18, 2009
Air Mata


- Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah tentukannya?
- Janganlah menangis kerana menonton filem, itukan cuma lakonan saja.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal.
- Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)Sesungguhnya semua amal tergantung pada niat dan amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan ikhlas adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi tidak ikhlas. Sifat taqwa merupakan benteng yang menjadikan seseorang itu merasa dekat dengan tuhannya tanpa mengira situasi apapun ia berada sama ada di dalam kelopok orang ramai atau bersendirian. Setiap perlakuannya dipersembahkan kerana Allah.
Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak. Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:
- Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan para sahabat.
- Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
- Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka
Air mata tanda rahmat Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud, jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu :
- Apabila dahinya berpeluh.
- Airmatanya berlinang.
- Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
- Imam (raja atau penguasa) yang adil,
- Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah,
- Orang yang hatinya tergantung di masjid,
- Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Seorang laki-laki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata, 'Aku takut kepada Allah.'
- Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya.
- Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri kerna mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah SWT."(Shahih Muslim, diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan Ibnu Majah)
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan
- dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memiliki mu.

.jpg)
.jpg)
















.jpg)





