Thursday, June 24, 2010

@ manggo chilli





Thursday, June 17, 2010

Sunday, June 6, 2010

restoren AMJAL

Ada apa dengan restoren AMJAL ni. nampak macam biasa saje mcm restoren2 lain kan. tapi senanye nilai dia lebih dr tu. restoren ni le tempat dating mak n ayah masa belaja kat UM dulu. romantik sunggoh. so sweeet.




register aiman @ uia PJ





Tuesday, May 18, 2010

walau pun da lama blog ini kusam je sbbkan tuannye terlalu bizi ke sana ke mari. hukhukhuk kesian nye blog ni. tapi tak bermakna lupa cuma nk duk termenung menaip2 ni makan masa lebih dari salu tu yang asik tertangguh2 tu. kalu da tekeja sana sini rase nye aktiviti berblog tepaksa di kemudian kan dr yg laen. waktu ni jam kat dinding ni da pukul 1.45 pagi. baru je selesai ngapdet akaun ari ni. ngapdet stok tu idak lg. salu ditangguhkan itu. bukan sengaja. kadang2 nk kata tade stok, stok ada cuma kita tpaksa di re stok kat supplier. smtime kite pun takleh nk ckp stok tu sold out ke idak, sbb kadang2 ramai kastme yg orde di awang2an.

tapi bukan pasai bisnes bukan pasai akaun bukanpasai kstme ingin diluahkankat sini. sejak dua menjak ni rase ati ni gelisah je. ada smtin yg tak kena. salu kalu gelisah cengini, mesti umie duk sebut lama tak talipon. talipon umie tanya kaba, katanya semua nye ok tade yg perlu dirisaukan.

mungkin ke sbb husband jauh kut, smlm husband baru balik oustation. gundah gulana tu ada lgi sikit walau sebahagian besa agaknya da ilang. mungkin ke aku ni terlalu sibuk dengan hal dunia, tada masa untuk Dia. Al-Quran da lama tak baca ni. Sembahyang malam pun. Solat dhuha..mungkin sbb tu kut hati ni jadicengini. Nak nangis tapi tade sebab rasenye nk nangis.tapi rasenye perlu nangis tuk rase lebih tenang. YaAllah kuatkan semangat hamba ini. YaAllah sesungguhnya aku sentiasa lupa mengingati Mu ya Allah. Ampunkan lah daku YaAllah kerana itu. Aku akan berusaha mendekati mu Ya Allah.

Wednesday, April 28, 2010

Org Sakit Mengidam nk makan spegeti





Last weekend, sabtu cam biasa full day sibuk kat flea market KL Sentral Monorail. My husband dia mengadu sakit sendi plus bisa2 badan.wisau jugak takut demam denggi. Maybe jugak tonsilitis. sbb salu gak le husband kena tonsilitis ni. Udara kat KL Sentral ni pun bukan le elok sgt. terdedah le jangkitan mcm2 penyakit. My husband ni takleh sakit manja dia bergaban2. Dia jarang sakit, tapi kalu dah sakit, manja dia laen mcm sikit. Anak mak le katakan. Balik flea market, mandi terus g Klinik Idham. Cek2 memang sah le tonsilitis, nasib baik bukan denggi. Ala balik nmpak bertenaga sikit, dia mula cakap nk makan beh2 sbb mulut dia pahit. Zai oke je memane. Jadi dia le pilih nk makan ape. Nak makan speggeti upanye. Jom le makan.

p/s: asik entry je citer pasai makan. tadak citer laen.wahaha. no idea ma!

Gambar Sekitar Flea Market @ KL Sentral Monorail >> Minggu 1&2















Sunday, April 18, 2010

flea market @ KL Sentral Monorail


First time kite join flea market cam gini. eksperience yang betul2 tak dapat dilupakan. beh sgt. semngat menguja dan teruja. sonok jupe dengan ramai kastmer. seronok study ape yang darang nak sebenarnye. walaupun penat,rasenye sonok.

Rasa bertuah kerana zai sedar, banyak org yang betul2 baik hati dekat dengan zai. Terima kasih sesgt untuk my husband yang bersusah payah loading barang. Sayang sangat kat ayang. Buat Kak sha+ Abg fendi-jasa mu dikenang. Sanggup turun dr shah alam sama packing+loading barang2. Thanks a lot. Tak ketinggalan wat kak ba. Semua2 orang ni sungguh2 baik hati :).

Wednesday, April 7, 2010

Kita sedang diuji

Ari ni aku tersentap lagi dengan shout seorg kawan nih kat facebook . bunyi nya

erm rasenye bile dah jadi Dr hati jadi semakin mati.....kurang rase simpati pade patient..tul ke tp patient pun x pernah simpati dgn Dr....sokmo ingt Dr a very super duper extraordinary man.....


bile baca. rase macam sedey pun ada jugak. kenapa.mengapa.ayat2 sebegini terdetik. Bukan ke kerjaya seorang doktor tu murni dan perlu keikhlasan yang betul tulus nak bantu org laen. nak bantu masyarakat. kenapa buleh terdetik dan tersembur keluar kata2 macam ini. Cuba balik tanya pada hati, kenapa kita bercita2 nk jadi gitu..kenapa kita buat keje gitu. Adakah doktor sekarang ni matlamat dia da tak sama macam perjuangan doktor2 dulu. Adakah ikhlas ke doktor2 semua nak tulun masyarakat kita. Aku ada antara masyarakat itu. Jangan lah kerana sebilangan doktor yang besikap begini, kita jadi berubah cara kita respect org yg bergelar doktor. Masyarakat skrg sudah berpelajaran. Mereka tahu doktor juga manusia biasa. Tapi jangan lah sampai kurang atau hilang rasa simpati sesama manusia. Kita saling memerlukan. Kita saling bergantungan. Bukan doktor sahaja yang penting dalam kehidupan kita. Tukang sapu sampah tu pun penting. Jangan lah kita nilai seseorang tersebut dengan pangkat atau wang ringgit. Semua tu tak kemana. Semua tu boleh datang dan pergi sekelip mata. Jangan kita terlalu alpa dengan keduniaan semua inikan hanya sementara. Ujian Allah itu datang dengan pelbagai cara. Ingat kita sedang diuji.kita sedang diuji.

Faizal Tahir - Selamat Malam


Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Tuesday, April 6, 2010

Boyot Eksiden huhuhu ~





Nak share satu citer. sedey plus kelaka pun ada gak kalu teringat balik. Citer pasai kucing zai ilang. Satu hari sebelum kucing ilang, kucing jiran zai adik buang sebab dia memang nak buang air je masuk umah zai. nak tencin je duk main kat luar je dia carik jalan nak masuk umah. uih sapo bleh sabo. las skali dia buang air besaq atas tilam adik zai kat blkg. mengamuk sakan adik zai terus dia g buang kat foodcourt melawati. at least tade le zalim sangat, sebab nye situ memang tempat kedai makan2 banyak2.

Boyot ilang esoknye. Selalu zai balik keje mesti dia tunggu nk makan. Mengiau mengesek2 kat kaki. Tapi ari tu tak sedap ati, bila yg ada cuma muffin (kucing lagi sekor). Muffin n boyot tak ngam. muffin salu kena buli nga boyot. Darang bukan satu mak satu bapak. Boyot ni anak kucing adik zai kat kampung. Muffin plak kucing jiran lorong blkg umah zai bagi sbb dia nk pindah. Zai shout kat fb carik boyot. boyot boyot balik la, sapa nk kejutkan subuh sok. Boyot ni tido dalam rumah. Time dekat2 nk subuh dia akan buat bising sebisingnya sebab dia nak keluar. Nak tanak memang kena bangun keluarkan dia. Kalu ada dia, memang terjamin le subuh. Kalu dia demam ke, sakit ke,dia terlajak subuh, dengan kita2 terlajak subuh. uhuks.

Satu lagi kalu husband out station ke dia le teman nya. Agak garang tapi dia manja nga tuan dia ni. ehek. zai pun memang manjakan dia pun. hehehe. kebetulan malam boyot hilang, husband zai ke johor bahru ada keje sikit dengan kawan dia. Jam da kul11 , tapi boyot belum balik lagi pun. Hati ni mula syak adik yang buang boyot kut. Tak tentu hala skali, zai drive sorang2 keluar ke foodcourt taman melawati. carik2 mcm org gila. sambil mengomel kesian boyot kesian boyot. makan apa la boyot. mesti boyot lapo. menangis2 teresak. call my mum kat kampung, bagitahu maybe adik zai buang kucing zai. huhuhu. mak terus call adik, adik kata adik tak buang kucing tu. so, hati tenang sikit. maybe boyot gi mana2.

esoknya g keje macam biasa. muka ketat. malas nak senyum. Lebih kurang dalam tengah hari, jiran anta sms cakap boyot ada balik. cedera teruk . eksiden. zai dengan kelam kabut, tutup kedai terus memecut balik rumah. boyot nampak je zai, dia mengiau kesakitan. sampai dekat, zai tgk mata boyot, terus zai menangis teresak. mulut mengomel kesian boyot kesian boyot. jiran yg tengok pun ikut nangis tgk zai nangis.tu yang kelaka kalu di ingat balik tu.

dia terus dia datang rumah. tepuk2 bahu zai cakap sabo2. bawak boyot gi klinik. Doktor cakap rahang lari sikit. Muka bengkak sangat. Mata maybe buta sebelah. Kat klinik tu, air mata ni becucuran tak berenti2. tapi da slow tak le sederas tadi. ingat balik apo la hai si zai ni, kucing eksiden pun cengini rupanye. buruk betoi la hai. jap zai paste gamba boyot seblum sedang dan selepas.