Monday, December 1, 2008

Siti kerana kau Siti


Ada sorang kawan rapat aku sorg ni nozie, fanatik gile Siti Nurhaliza. Org satu negeri ngan Siti ni. Memang suka gile le siti. Tak boleh sikit pun org kutuk siti ni mesti dier marah giler. Dia selalu kata muka nya macam siti. Aku ni nak kata tak suka tu tidak le..suka juga lagu2 dia yg best2 tu. Aku jenis pilih lagu bukan pilih artis. Tak kesah le sape artis nye asalkan lagu sedap halwa telinga aku menengar nye. Kawan aku si cik Fiza ni memang suka sangat menyakat si nozie..siti itu la siti ini le..bukan ape saje dia nak menyakitkan ati si nozie ni. Masa time Jusco Taman U baru bukak heboh siti nak datang. aku n si fiza ni ape la laso jom la tengok siti. si nozie ni tak nak pegi tak ingat aku ape alasan nye tanak pegi. tapi dia tak pegi. aku ngan fiza ni bersemangat nak salam siti nak bg nozie jeles. Jahat. Niat tak elok ni tau bukan sebab minat ke ape ke sbb nak bg jeles org pulaks. Naik moto fiza. waaa best nye dapat tengok siti face to face. Siti pakai baju warna merah macam ala2 kemeja gitu dan seluar putih. Org lelaki jadi gile tengok dia bergedik2.

Mak aii ada sorg mamat ni tak sedar diri siap tolak2 aku. Gile ke hape mamat ni. Aku pun ngan fiza berpakat nak tunggu siti pas dia perform sbb nak salam. sanggup berhujan. tak sangka pulak jadi gitu. Alih2 tak dapat jugak sbb bodyguard siti ngan abg siti control dia giler2. Ala balik la aku ngan fiza. hujan lebat giler sanggup kiter org redah. Motor fiza spark plug masuk air. Alamak tolak motor la pulak. bukit la pulak tu nak balik umah sewa Sri Pulai. bukit pun bukit la ujan pun ujan la. Tolak jangan tak tolak. Nozie kerana kau nozie. Siti kerana kau Siti. Ampun Nozie.

2 comments:

hazlina said...

Tula zai..jgn benci sgt pd org,tgk skrg apa dah jadi..jodoh zai..hehe.aku doakn mg bahagia hingga akhr hyt nge anas

De' Niza said...

bulat..ni salah template ni.ngeh ngeh ngeh