Monday, December 1, 2008

Aku, kelas 1-9 & mamat tu

Terasa betol2 bersemangat nak pegi fakulti kimia (FKKKSA - UTM). ari ni ari pertama nak masuk kelas selepas seminggu ke 2 minggu(tak henggat sgt) bercuti dan selepas mengharung pahit getir alam forecast 6 bulan. Pas SPM aku masuk program forecast colabration UTM-MARA. Masa time org bercuti tunggu result 6 bulan tu aku tak cuti aku tengah berperang masuk program tu le. Berkat sabo akhirnya aku diterima masuk tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Jimat satu tahun. Aku, nozie, nona, noni, wani, fiza, nurul, syikin kiter org pompuan 8 org dan seorg lg lelaki Zaki. Kiter org ni ke mane2 pun mesti bekepit..very2 close. amek kelas pun sama. semua sama2. seme together2.

Teringat masa kat kelas 1-9 masa ni la besejarah giler aku ternampak sorang mamat ni. tengah tunggu lecturer masuk. masa tu kelas biologi gunaan kelas Dr.Rosli Alias. Hp dia berbunyi dia berlari keluar kelas sambil dengan bergaya bangga dia membuka handphone dia. Time tu tak ramai lagi student yang pakai handphone ni. Alamak menyampah nye aku nengok mamat. Mengada-ngada. Pakai baju jersy warna merah seluar ala2 kelabu hijau gitu. Aku n nozie siap kutuk2 mamat ni. Memang tak suka betol le. Dr. Rosli masuk.tak de belaja2 lagi pun sesi suai kenal. Dr Rosli pun nampak mamat ni jugak eh awak bukan ke anak En. Mohd Shah Lecturer Matematik Fakulti Sains. Mamat tu jawab ya ya. Haaa kantoi..patut pun berlagak gile mamat tu upanya anak lecturer. sumpah memang aku tak suka la mamat ni. action betol.

Tu le org kata jangan terlalu tak suka seseorg. Benci benci lama2 jadi sayang. kan dah jadi hubby aku mamat tu. tengah bilang ari lagi 17 hari genap le 3 tahun aku kawen ngan mamat tu. Adeh! Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan. Jodoh tu kan di tangan Tuhan.

3 comments:

De'niza said...
This comment has been removed by the author.
Slim Abana said...

Tahun ni kita honeymoon kat Cameroon Highland ye, sayang...

De' Niza said...

yeke..bes nye!jom2 sukanye.