Tuesday, February 10, 2009

Wanita..oh wanita. We can do it!


Wanita tidak bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga sbnrnye supaya wanita itu lebih menumpukan pada urusan rumah tangga dan membesarkan anak. Hadis yg diriwayat Ibn Umar " Rasulullah bersabda " Isteri bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga suaminya". Wlbgmanaskalipun tuntutan hidup arus semasa memaksa wanita seperti kita keluar mencari rezeki membantu manambah pendapatan keluarga. Bukan ke wanita begitu penat dan letih. Wanita nak jadi super hero ke? Komitmen kepada majikan dan juga rumahtangga perlu kesimbangan semasa ke semasa. Namun tatkala juga ada masa2 tertentu keciciran salah satunye bila salah satu menuntut masa dan tumpuan yang lebih. Dari Abu Hurairah katanya, Fatimah meminta daripada Rasulullah(bapanya) seorang khadam dan mengadu beliau penat bekerja. Jawab Rasulullah , "Engkau tidak akan mendapatnya daripadaku. Mahukan engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada khadam. Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali ketika engkau hendak tidur." Riwayat Muslim.

No comments: