Saturday, November 8, 2008

Bercuti Panjang 10.11 - 13.11

Kat semua blog2 bisnes aku terpaksa aku letak " Saya akan bercuti panjang dr 10.11.08 (isnin) - 13.11.08 (khamis). Segala urusan penempahan boleh dibuat seperti biasa melalui email e_deniza@yahoo.com tetapi urusan pengeposan barang akan dibuat selepas tarikh itu. Segala kesulitan amatlah dikesali. :) ".


Sebenarnye, last Tuesday aku tetiba jek dapat call dari neprologi HKL. Dengar je bunyi dr sane aku dah terketaq lutut aku tang tu jugaks. ni mesti takde sal laen ni mesti sal biopsi kidney aku ni. Katanya suh aku datang on thursday jupe pakar neprologi kul8.30 pg. nasib aku tak kena tahan on de dot juga time p appoitment ari khamis tuh. makna nya ari isnin aku kena daftar masuk wad. jangkaan biopsi nye ari selasa. Kalau takde pape aral melintang maybe leh kuar ari tu jugaks atau pun rabu. Itu kalo takde pape prob mintak2 hendaknya. Hari khamis 13.11.08 ifah dah tolong set kan appoitmen nak jupe pakar mata. tu satu lg nak cek katarak coz aku ni on steroid jangka panjang takot2 side effect dia ada mende tuh. Balik umah dr appoitment apa la laso aku search le tenet ape mende nye biopsi ni..takut je bunyi nye sbb aku ni takot jarum..jarum kecik pun takot wlpun hmpir dah beribu-ribu lemon dah aku kena inject sejak aku disahkkan sle ni.

Jom check it out mende ape biopsi ni. nak terang panjang aku ni bukan belaja doktor just aku tulih ape yg aku paham aje lah kot. Biopsi ni dibuat sbg suatu cara yang pasti untuk menentukan tahap kerosakan buah pinggang akibat aktiviti SLE aku. katanya, suatu jarum yang halus dimasukkan ke dalam dan suatu sampel tisu diambil keluar. Seorang pakar patologi kemudiannya akan meneliti tisu tersebut di bawah mikroskop untuk mengesan tahapnya. Rawatan susulan bergantung kepada tahap kerosakan buah pinggang. Ada 6 tahap kesemuanya.



Takot tu takot le jugaks sbb first time. tapi aku mesti kuatkan semangat. kena senyum2 selalu. tabahkan hati hadapi dengan senyuman. Tawakal aje lah pada yg Esa. Doakan aku yek.

" Ya Allah ! Tuhan sekelian manusia. Hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah. Engkaulah Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan penawar-Mu. Penawar yang tidak diikuti penyakit"...Amin.

No comments: