Sunday, November 16, 2008

Biopsi oh biopsi aku

10 november 2008
aku diminta mendaftarkan diri di wad neprologi HKL tingkat 3 sebelom pukul9. mindset aku tetap mengatakan doktor pakar nefrologi cakap biopsi tak sakit. Umie merenget nak temankan aku kat hospital tapi aku yang tanak. Bukan ape susah2 pulak dah le umie tak bape sihat. Aku decide tanak bgtahu sesape pun nanti diorg ni susah nak dtg melawat pulaks. selepas keputusan darah aku dipastikan dlm keadaan ok, doktor2 membuat keputusan aku boleh biopsi keesokan paginya.

Tengok pesakit2 yg laen agak mengerikan aku. ada yang cuci darah..cuci air lah. Wayar sana sini..kat leher le..kat perut. Haish takot nya..mintak2 aku dijauhkan dr mende2 cam gitu. Tak sanggup nak bawak wayar2 seme2 tu ke mane2.

Katil tepi tingkap. Mengiring sebelah kanan nampak kelip2 KLCC dan KL tower. Tak de pape nak buat. ape lg tido le. Malam tu aku tido lena selenanya. Bengkak mata sbb terlebey tido.

11 november 2008
Aku namakan doctor pakar nepro tu Dr. W. seorg chinese. Dia aku tgk pg2 dah kelihatan round2 pesakit dlm wad tingkat3 tu. Smpi turn aku, dia senyum je smbil cakap pasti ye pg ni biopsi. Ada kakak nurse dtg suh aku salin baju. Pakai baju dia je baju2 lain takleh pakai. Baring atas katil troli,kakak tu tolak aku ke bilik biopsi tingkat2. Lama aku tunggu Dr.W. Sejuk tak ingat. Agak sejam jugaks le aku tunggu. tp doc yg datang bukan Dr. W tapi seorg doctor melayu. Patutnya sampling tu 2 kali tapi tula sampai 5 kali. Kali pertama dapat. kali ke2 tak cukup.kali ke3 tak dapat langsung. Alih2 kali ke4 dan ke5 Dr W yang buat.Adeh mak aiii...sakitnya. aku ingat tak sakit. Masa tu hubby pun takde..mak ayah pun jauh (tu le sal umie kata nak teman kite yg tanak). Air mata ni mula le nak meleleh. Sampai nya ati diorg ni buat aku cam gini mentang2 la mak ayah aku takde kat sini..mentang2 le hubby aku takde, suka ati mak bapak diorg je cucuk2 aku. Sekali cucuk tak sakit tak ape. Ni...Tuhan je yang tahu. Wlpun dibius tapi sakitnya terasa. tapi aku pujuk ati aku ni, tak ape lah dah abes dah pun. 6 jam tidak dibenarkan bangun atau pun duduk.kena baring je.Sepanjang 6 jam tu adeh seksa nya. Nak kucil pun panggil nurse. Makan tengahhari hubby yg suapkan.

12 november 2008
Boleh balik setelah Dr.W pastikan dlm urine takde darah.Yea! boleh balik. Kalo laen diorg suh wat biopsi lagi haish rasa macam tanak dah. sakit tak henggat.tipulah kata tak sakit.tapi syukur lah Alhamdulillah semua nye dah selesai. Resultnya satu minggu lagi.arap2 nya tak de yang memudaratkan hendaknya.

No comments: