Thursday, November 27, 2008

Kuatkan semangat aku ini..

Ya Allah kuatkan lah semangat hamba mu ini. Jadikan lah aku sentiasa menginngati Mu setiap detik dan waktu.

Masa lawat bab kat hospital ari tu ada beberapa cerita yang ter " kesan" kat hati aku..terbayang2 smpi lor ni. Salah satunya masa borak ngan kak Ani(menantu bab). Dulu aku penah ter dengar adik kak ani masuk icu..tak tahu sakit ape masa tu. Start dengan masalah buah pinggang.katanya ada protein terlepas.buat biopsi seme le. Pastu radang paru2. 1 syawal koma sebab masalah otak. 18 syawal meninggal. Dalam masa 3 bulan je meninggal adik kak ani tu..meninggalkan suami nya dan sepasang anaknya. Seme2 ni ter rase betol2 pas dia bersalin anak dia yg ke2 tu.masa tu byk kehilangan darah.byk juga le transfer darah. Kemungkinan kecelaruan camporan darah tu agaknye kita pun tak tahu. tak bleh nak kata ape. Upa2nya selepas dikaji2 balik darah dia upanya SLE. nak gugur jantung aku mendengar SLE. dah meninggal baru di sahkan SLE.kesian nya dia.

Aku...aku pun dulu 3 bulan terlantar tak leh bangun. nazak.adik2 sedara2 seme dah keliling aku baca Yassin.masa tu dah pesan memesan nak dikuburkan aku kat mana. tapi Allah panjang kan umo aku smpi skrg. Ya Allah syukurnya tidak terhingga kerna aku masih mampu menghirup udara nikmat Allah ini. takutnya aku akan mati. Rasa nya belom cukup amal aku..Tanah suci Mekah pun belom sempat aku pijak.Tahu..semua org akan mati cuma tidak diketahui bila dan di mana. Semua org akan sampai gilirannya.

Nikmat yang Allah beri kadang2 kita terlupa. bila Allah uji hilangkan nikmat tu seketika baru terasa betapa besarnye nikmat Allah. Kadang2 tengok umat akhir zaman kini kadang2 terlalu lalai terlalu alpa dengan keduniaan. Aku juga mengingatkan diri aku sendiri kerana kadang2 aku juga terhayut dengan nikmat dunia terlupa akhirat juga perlu di tokok tambah sentiasa. Takutnya azab Allah. Takutnya siksa kubur. Takutnya seksa neraka.

Ya Allah aku tidak layak masuk syurga mu namun tidak ku upaya menghadapi api neraka. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar. Ikhlas aku ingin mendekatkan diriku padaMU selalu.

No comments: