Wednesday, December 31, 2008
Monday, December 29, 2008
PERTAMA kali
Pertama No.2
Pertama No.3
Pertama No.4
Pertama kali naik kapal terbang...Pertama kali naik flight ni time keje nga PELORUS dulu. wat Port Health Safety Management System tuk Sabah Port. Dr KLIA g Kota Kinabalu. Masa tu gak first time g sabah. Waa seronok irup udara yg jauh dr pencemaran. tak sama macam KL. time masa tu yang pelik nye kat sana waktu dia laen awai satu jam. so difficult woo mata macam tak leh terima je.pening2 lalat dia buat nye.
Sunday, December 28, 2008
DOA AWAL TAHUN
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AKHIR TAHUN
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Tuesday, December 23, 2008
UNTUK BACAAN DAN AMALAN
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
KEFAHAMAN DAN INGATAN
Monday, December 22, 2008
Long knitted Cardi
YEA2~ DAPAT GELANG KRISTAL
Dinner di Yankiest Hut
Wednesday, December 17, 2008
3rd anniversary
Friday, December 5, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILA DHA
Sedey~Sedey~
BOLA NO.7
malam semalam lepah gian main bowling. waaaa srnok nye dah lama tak main. tetiba jek abg ajak main bowling. tensen byk keje katanya. aku ikot aje.
Pegi 3 org je.. aku, abg(hubby aku) and joe (adik aku). Ajak Fauzi bespren abg tapi dia kena keje pulak. Main 3 org aje lah. Frame pertama langsung tak bersemangat~kalah teruk~~toin~toin~ bola no.7. takde! dah puas round2 tak jupe pun bola no.7 yang available. time frame yg kedua baru jupe bola no.7. yea~akhirnya at last dapat jugaks kalahkan abg and joe.
Monday, December 1, 2008
Siti kerana kau Siti
Ada sorang kawan rapat aku sorg ni nozie, fanatik gile Siti Nurhaliza. Org satu negeri ngan Siti ni. Memang suka gile le siti. Tak boleh sikit pun org kutuk siti ni mesti dier marah giler. Dia selalu kata muka nya macam siti. Aku ni nak kata tak suka tu tidak le..suka juga lagu2 dia yg best2 tu. Aku jenis pilih lagu bukan pilih artis. Tak kesah le sape artis nye asalkan lagu sedap halwa telinga aku menengar nye. Kawan aku si cik Fiza ni memang suka sangat menyakat si nozie..siti itu la siti ini le..bukan ape saje dia nak menyakitkan ati si nozie ni. Masa time Jusco Taman U baru bukak heboh siti nak datang. aku n si fiza ni ape la laso jom la tengok siti. si nozie ni tak nak pegi tak ingat aku ape alasan nye tanak pegi. tapi dia tak pegi. aku ngan fiza ni bersemangat nak salam siti nak bg nozie jeles. Jahat. Niat tak elok ni tau bukan sebab minat ke ape ke sbb nak bg jeles org pulaks. Naik moto fiza. waaa best nye dapat tengok siti face to face. Siti pakai baju warna merah macam ala2 kemeja gitu dan seluar putih. Org lelaki jadi gile tengok dia bergedik2.
Mak aii ada sorg mamat ni tak sedar diri siap tolak2 aku. Gile ke hape mamat ni. Aku pun ngan fiza berpakat nak tunggu siti pas dia perform sbb nak salam. sanggup berhujan. tak sangka pulak jadi gitu. Alih2 tak dapat jugak sbb bodyguard siti ngan abg siti control dia giler2. Ala balik la aku ngan fiza. hujan lebat giler sanggup kiter org redah. Motor fiza spark plug masuk air. Alamak tolak motor la pulak. bukit la pulak tu nak balik umah sewa Sri Pulai. bukit pun bukit la ujan pun ujan la. Tolak jangan tak tolak. Nozie kerana kau nozie. Siti kerana kau Siti. Ampun Nozie.
Aku, kelas 1-9 & mamat tu
Terasa betol2 bersemangat nak pegi fakulti kimia (FKKKSA - UTM). ari ni ari pertama nak masuk kelas selepas seminggu ke 2 minggu(tak henggat sgt) bercuti dan selepas mengharung pahit getir alam forecast 6 bulan. Pas SPM aku masuk program forecast colabration UTM-MARA. Masa time org bercuti tunggu result 6 bulan tu aku tak cuti aku tengah berperang masuk program tu le. Berkat sabo akhirnya aku diterima masuk tahun 2 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli. Jimat satu tahun. Aku, nozie, nona, noni, wani, fiza, nurul, syikin kiter org pompuan 8 org dan seorg lg lelaki Zaki. Kiter org ni ke mane2 pun mesti bekepit..very2 close. amek kelas pun sama. semua sama2. seme together2.
Sunday, November 30, 2008
Banjir ooo Banjir Rumah Kita Naik Air o
Thursday, November 27, 2008
Dapat Kawan SLE..
Kuatkan semangat aku ini..
Wednesday, November 26, 2008
Bab Sakit
Sunday, November 16, 2008
Biopsi oh biopsi aku
aku diminta mendaftarkan diri di wad neprologi HKL tingkat 3 sebelom pukul9. mindset aku tetap mengatakan doktor pakar nefrologi cakap biopsi tak sakit. Umie merenget nak temankan aku kat hospital tapi aku yang tanak. Bukan ape susah2 pulak dah le umie tak bape sihat. Aku decide tanak bgtahu sesape pun nanti diorg ni susah nak dtg melawat pulaks. selepas keputusan darah aku dipastikan dlm keadaan ok, doktor2 membuat keputusan aku boleh biopsi keesokan paginya.
Tengok pesakit2 yg laen agak mengerikan aku. ada yang cuci darah..cuci air lah. Wayar sana sini..kat leher le..kat perut. Haish takot nya..mintak2 aku dijauhkan dr mende2 cam gitu. Tak sanggup nak bawak wayar2 seme2 tu ke mane2.
Katil tepi tingkap. Mengiring sebelah kanan nampak kelip2 KLCC dan KL tower. Tak de pape nak buat. ape lg tido le. Malam tu aku tido lena selenanya. Bengkak mata sbb terlebey tido.
11 november 2008
Aku namakan doctor pakar nepro tu Dr. W. seorg chinese. Dia aku tgk pg2 dah kelihatan round2 pesakit dlm wad tingkat3 tu. Smpi turn aku, dia senyum je smbil cakap pasti ye pg ni biopsi. Ada kakak nurse dtg suh aku salin baju. Pakai baju dia je baju2 lain takleh pakai. Baring atas katil troli,kakak tu tolak aku ke bilik biopsi tingkat2. Lama aku tunggu Dr.W. Sejuk tak ingat. Agak sejam jugaks le aku tunggu. tp doc yg datang bukan Dr. W tapi seorg doctor melayu. Patutnya sampling tu 2 kali tapi tula sampai 5 kali. Kali pertama dapat. kali ke2 tak cukup.kali ke3 tak dapat langsung. Alih2 kali ke4 dan ke5 Dr W yang buat.Adeh mak aiii...sakitnya. aku ingat tak sakit. Masa tu hubby pun takde..mak ayah pun jauh (tu le sal umie kata nak teman kite yg tanak). Air mata ni mula le nak meleleh. Sampai nya ati diorg ni buat aku cam gini mentang2 la mak ayah aku takde kat sini..mentang2 le hubby aku takde, suka ati mak bapak diorg je cucuk2 aku. Sekali cucuk tak sakit tak ape. Ni...Tuhan je yang tahu. Wlpun dibius tapi sakitnya terasa. tapi aku pujuk ati aku ni, tak ape lah dah abes dah pun. 6 jam tidak dibenarkan bangun atau pun duduk.kena baring je.Sepanjang 6 jam tu adeh seksa nya. Nak kucil pun panggil nurse. Makan tengahhari hubby yg suapkan.
12 november 2008
Boleh balik setelah Dr.W pastikan dlm urine takde darah.Yea! boleh balik. Kalo laen diorg suh wat biopsi lagi haish rasa macam tanak dah. sakit tak henggat.tipulah kata tak sakit.tapi syukur lah Alhamdulillah semua nye dah selesai. Resultnya satu minggu lagi.arap2 nya tak de yang memudaratkan hendaknya.
Saturday, November 8, 2008
Hadapi Dengan Senyuman
Bercuti Panjang 10.11 - 13.11
Takot tu takot le jugaks sbb first time. tapi aku mesti kuatkan semangat. kena senyum2 selalu. tabahkan hati hadapi dengan senyuman. Tawakal aje lah pada yg Esa. Doakan aku yek.
" Ya Allah ! Tuhan sekelian manusia. Hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah. Engkaulah Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan penawar-Mu. Penawar yang tidak diikuti penyakit"...Amin.
Tuesday, November 4, 2008
FOCUS
F = FOLLOW
O = ONE
C = COURSE
U = UNTIL
S = SUCCESSFUL
Sunday, November 2, 2008
MAK MERTUA VS MAK SENDIRI NAK DTG
Wednesday, October 15, 2008
Dr Suhaila Call...
semalam Dr Suhaila call.urine ada infection.disbbkan aku nye antibodi dilemahkan n takot infection tu melarat ke kidney aku kena g amek ubat antibiotik kat hosp putrajaya ari ni.maleh nye nak pegi.tapi tu le risau juga kalo dr pakar dah call sampai ke rumah.gambar kat atas ni le kaunter klinik perubatan yg selalu aku deal tiap2 kali aku g hosp putrajaya.diorg seme ni dah familar ngan muka aku nih.adik yg jaga kaunter ni org johor nama tak sempat nak tanya.hehe.suka senyum.daa nak siap2 nakg hosp.
Tuesday, October 14, 2008
SEPI the movie
Sebuah filem arahan kabis bhatia.
NASHA AZIZ - SUZY AFDLIN SAUKI -ADAM VANIDA IMRAN - ILYANA
"yang penting mereka saling cinta mencintai. Dalam setiap perkahwinan, ramuannya mesti betul.Kena cukup asamnya.Kena cukup garamnya.
ZAIN, MARYA, SUFI
"ada berjuta orang di dunia ini,kenapa kita ditakdirkan berjumpa, kalau bukan untuk bersama. "